JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR | TINGKATKAN SUKACITA DALAM AKTIVITI PENYEBARAN
Bantu Pelajar Bible Anda untuk Menghindari Pergaulan Buruk
Jika pelajar Bible ingin menjadi sahabat Yehuwa, mereka mesti memilih pergaulan yang baik. (Mz 15:1, 4) Pergaulan yang baik akan mendorong mereka untuk melakukan apa yang betul.—Ams 13:20; lff pelajaran 48.
Semasa membantu pelajar Bible untuk menghindari pergaulan buruk, cubalah memahami perasaan mereka. Mereka mungkin berasa susah untuk meninggalkan kawan-kawan di dunia. Jadi, tunjukkanlah keprihatinan kepada mereka, bukan hanya semasa pembelajaran Bible. Contohnya, anda boleh menghantar mesej, menelefon, atau melawat mereka. Seraya mereka membuat kemajuan, jemputlah mereka untuk bergaul bersama saudara saudari. Maka, mereka akan sedar bahawa berkat yang mereka terima jauh lebih banyak daripada pengorbanan mereka. (Mr 10:29, 30) Anda juga akan bersukacita kerana keluarga Yehuwa bertambah besar.
SILA LIHAT VIDEO BANTU PELAJAR BIBLE ANDA UNTUK MENGHINDARI PERGAULAN BURUK. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Apakah itu pergaulan buruk?—1Ko 15:33
Apakah tanggapan Jade tentang aktiviti sosial orang Kristian?
Bagaimanakah Neeta membantu Jade untuk mencari sahabat baharu yang baik?