PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb22 Julai ms. 3
  • Merintis

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Merintis
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2022
  • Bahan yang Berkaitan
  • Matlamat yang Baik untuk Tahun Aktiviti Penyebaran Baru
    Kerja Teokratik Kita—2007
  • Umumkan Keunggulan Yehuwa Secara Meluas
    Kerja Teokratik Kita—2007
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2022
mwb22 Julai ms. 3
Seorang saudari muda, ibu bapanya, dan neneknya membincangkan jadual mereka bersama.

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA | TETAPKAN MATLAMAT UNTUK TAHUN AKTIVITI PENYEBARAN YANG BAHARU

Merintis

Kita menggunakan tenaga kita dengan sebaik-baiknya apabila kita menetapkan matlamat rohani. (1Ko 9:26) Matlamat bantu kita menggunakan masa dengan bijak sebelum akhir sistem dunia ini tiba. (Ef 5:15, 16) Semasa penyembahan keluarga, anda boleh membincangkan matlamat anda untuk tahun aktiviti penyebaran yang baharu. Lembaran kerja ini mengandungi beberapa rencana yang akan bantu anda menetapkan matlamat. Anda boleh mempertimbangkan matlamat itu dan berdoa tentangnya.​—Yak 1:5.

Sebagai contoh, dapatkah ahli keluarga bekerjasama agar salah seorang dapat menjadi perintis biasa? Jika anda tidak pasti sama ada anda dapat memenuhi jumlah masa yang ditentukan, tanyalah para perintis yang mempunyai situasi yang sama dengan anda. (Ams 15:22) Anda mungkin boleh menemu ramah seorang perintis semasa penyembahan keluarga anda. Anda boleh menyediakan jadual yang sesuai dengan situasi anda. Jika anda pernah merintis pada masa lalu, pertimbangkanlah sama ada situasi anda sekarang mengizinkan anda untuk merintis semula.

Dapatkah beberapa ahli keluarga anda menjadi perintis sokongan selama sebulan atau beberapa bulan? Jika keadaan anda terbatas, anda masih boleh menjadi perintis sokongan dengan meluangkan sedikit masa setiap hari dalam aktiviti penyebaran. Jika anda tidak dapat menyertai aktiviti penyebaran pada hari biasa kerana bekerja sepenuh masa atau bersekolah, anda boleh pilih bulan yang ada cuti atau lima hujung minggu. Catatkanlah pada kalendar bila anda ingin menjadi perintis sokongan dan sediakanlah satu jadual.​—Ams 21:5.

SILA LIHAT VIDEO JADILAH BERANI!​—PARA PERINTIS. KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT:

  • Apakah yang kita belajar daripada pengalaman Saudari Emma tentang cara Yehuwa mengasihi dan menjaga mereka yang membuat pengorbanan untuk merintis?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi