PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 2/07 ms. 3-5
  • Umumkan Keunggulan Yehuwa Secara Meluas

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Umumkan Keunggulan Yehuwa Secara Meluas
  • Kerja Teokratik Kita—2007
  • Bahan yang Berkaitan
  • Matlamat yang Baik untuk Tahun Aktiviti Penyebaran Baru
    Kerja Teokratik Kita—2007
  • ‘Khabarkan Berita Baik tentang Rahmat Tuhan’
    Kerja Teokratik Kita—2008
  • Rancanglah Sekarang untuk Menginjil dengan Lebih Giat
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Sudikah Anda Menjadi Perintis Sokongan?
    Kerja Teokratik Kita—2013
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2007
km 2/07 ms. 3-5

Umumkan Keunggulan Yehuwa Secara Meluas

1 “Engkau sungguh besar dan berkuasa. Engkau mulia, semarak, dan agung! Segala sesuatu di langit dan di bumi adalah milik-Mu.” (1 Taw. 29:11) Bagaimanakah kasih dan kesyukuran kepada Yehuwa mempengaruhi kita? Kita didorong untuk ‘mengisytiharkan perbuatan-Nya yang luar biasa. Tuhan sudah memanggil kita keluar daripada kegelapan supaya masuk ke dalam cahaya-Nya yang gemilang.’ (1 Ptr. 2:⁠9) Kita tidak dapat berhenti memberitahu orang lain tentang Tuhan kita yang agung! Kita akan mempunyai peluang keemasan untuk mengumumkan perbuatan Yehuwa yang luar biasa yakni keunggulan-Nya pada bulan Mac, April, dan Mei.

2 Kempen Istimewa untuk Menghebahkan Sambutan Peringatan: Pada hari Isnin, 2 April, kita akan menyerlahkan keunggulan Yehuwa dengan menyambut Perjamuan Malam Tuan. Jemputan istimewa untuk menghadiri sambutan yang penting ini akan diedarkan di serata dunia bermula 17 Mac hingga 2 April. Semua digalakkan untuk mengambil bahagian dengan sepenuhnya. Tempoh ini merupakan masa yang sangat baik bagi mereka yang baru untuk bermula mengkhabarkan berita baik jika mereka layak. Jika anda mempunyai pelajar Bible atau anak-anak yang layak, ambil inisiatif untuk membincangkan hal ini dengan para penatua.

3 Kempen ini akan menyerupai kempen yang telah diadakan sehubungan dengan Konvensyen Distrik “Pembebasan Sudah Dekat!”. Sidang-sidang akan dibekalkan dengan jemputan yang mencukupi agar setiap penyiar mendapat 50 salinan dan setiap perintis mendapat 150 salinan. Pastikan penyampaian anda ringkas. Anda mungkin boleh berkata, “Inilah jemputan anda untuk menghadiri sambutan tahunan penting yang akan datang. Kehadiran anda dialu-alukan. Butir-butir sambutan ini terdapat pada jemputan.” Jika penghuni rumah mempunyai pertanyaan, luangkanlah masa untuk menjawab pertanyaannya. Artikel pada bahagian lampiran mengenai Perjamuan Malam Tuan, yang terkandung dalam buku Bible Teach bermula daripada muka surat 206, dapat membantu kita. Pada setiap hujung minggu, kita akan menawarkan majalah tempatan berserta dengan jemputan istimewa ini. Catatkan butiran mereka yang berminat dan rancanglah untuk kembali.

4 Seboleh-bolehnya, jemputan istimewa ini harus diserahkan terus ke tangan setiap penghuni rumah. Oleh itu, buatlah catatan tentang penghuni yang tiada di rumah dan rancang untuk kembali pada masa yang lain. Bagi sidang-sidang yang mempunyai bekalan jemputan yang berlebihan, jemputan-jemputan ini boleh ditinggalkan di rumah penghuni yang telah keluar, hanya pada minggu sebelum Peringatan. Pastikan bahawa kunjungan kembali, pelajar Bible, saudara-mara, rakan sekerja, jiran, dan kenalan lain juga menerima jemputan.

5 Menjadi Perintis Sokongan: Dapatkah anda meningkatkan usaha untuk mengumumkan keunggulan Yehuwa dengan menjadi perintis sokongan pada bulan Mac, April, dan Mei? Untuk berbuat demikian, anda mungkin perlu membuat beberapa penyesuaian pada jadual harian anda. (Ef. 5:​15-17) Anda boleh yakin bahawa usaha yang dipertingkatkan untuk melayani Yehuwa akan membawa kegembiraan dan berkat daripada Yehuwa. (Ams. 10:22) Memandangkan musim Peringatan kian menjelang, inilah masanya untuk bermula membuat perancangan.​—Ams. 21:⁠5.

6 Seorang saudari yang berumur 90 tahun telah berpeluang menikmati kegembiraan menjadi perintis sokongan pada tahun lalu. Katanya, “Walaupun saya benar-benar gemar berkebun dan ingin mengusahakan kebun saya, saya sedar saya perlu menentukan prioriti yang betul dalam hidup saya. Dengan keinginan untuk mendahulukan kepentingan Kerajaan Tuhan, saya membuat keputusan untuk menjadi perintis sokongan pada bulan Mac.” Adakah dia diberkati untuk usahanya? Dia berkata, “Saya berasa lebih rapat dengan saudara saudari di sidang dan hubungan saya dengan Yehuwa juga lebih erat.” Bolehkah kita menganalisis prioriti kita dan membuat penyesuaian sebegini jika perlu?

7 Untuk memenuhi jumlah masa sebanyak 50 jam sebagai seorang perintis sokongan bukanlah begitu sukar seperti yang anda sangkakan. Berdoalah semasa mempertimbangkan aktiviti harian anda, buatlah satu jadual, dan catatkan semua aktiviti dalam kalendar teokratik anda. Andalah yang paling mengetahui situasi diri anda. Jika kesihatan anda kurang baik atau anda kekurangan stamina, mungkin anda dapat menyertai aktiviti penyebaran untuk lebih kurang dua jam setiap hari. Jika anda bekerja sepenuh masa atau masih bersekolah, anda mungkin dapat menjadi perintis sokongan dengan menyertai aktiviti penyebaran pada waktu petang atau pada hujung minggu.

8 Ramai penyiar telah dapat menjadi perintis sokongan sebagai sebuah keluarga. Beberapa tahun yang lalu, sepasang suami isteri teragak-agak untuk menjadi perintis sokongan kerana mereka rasa bahawa situasi mereka tidak mengizinkan. Apakah yang telah mereka lakukan tentang hal ini? “Kami telah berdoa kepada Yehuwa untuk membantu kami mencapai hasrat kami selama ini.” Dengan perancangan yang secukupnya, mereka telah mencapai matlamat mereka. Mereka menambah, “Pengalaman tersebut sungguh baik. Kami telah menikmati banyak berkat bersama-sama. Kami menyarankan supaya anda mencuba kerja perintis sokongan. Jika kami dapat melakukannya, barangkali anda juga boleh melakukannya.”

9 Bolehkah anda memperuntukkan masa sewaktu pembelajaran keluarga berikutnya untuk membincangkan bagaimana semua dalam keluarga dapat meningkatkan aktiviti masing-masing pada bulan-bulan yang akan datang? Jika semua dalam keluarga tidak dapat menjadi perintis sokongan, mungkin salah seorang ahli boleh melakukannya dengan bantuan dan kerjasama daripada ahli keluarga yang lain. Sekiranya hal ini tidak dapat dilakukan, barangkali keluarga anda boleh menetapkan matlamat supaya menghabiskan lebih banyak masa dalam aktiviti penyebaran pada bulan-bulan istimewa bagi aktiviti ini.

10 Bantu Satu Sama Lain: Perbualan yang bersemangat mudah berjangkit. Bincangkan keinginan anda untuk menjadi perintis sokongan. Perbuatan ini mungkin akan menggalakkan penyiar lain untuk turut menjadi perintis sokongan. Tambahan lagi, mereka yang pernah menjadi perintis mungkin dapat memberi cadangan yang boleh membantu anda untuk mengatur jadual dan urusan harian supaya dapat mencapai matlamat anda. (Ams. 15:22) Sekiranya anda dapat menjadi perintis sokongan, bolehkah anda mengajak seorang lagi penyiar yang mempunyai situasi yang menyerupai situasi anda untuk menyertai anda dalam aktiviti yang menggembirakan ini?

11 Ramai penatua membuat persiapan yang perlu supaya dapat menyertai aktiviti penyebaran dalam bentuk yang istimewa ini. (Ibr. 13:⁠7) Usaha mereka ini benar-benar memberi galakan kepada sidang! Penatua juga dapat menimbulkan semangat yang berkobar-kobar melalui perbualan mereka dengan semua dalam sidang. Sepatah dua kata yang menggalakkan atau beberapa cadangan yang praktikal mungkin merupakan apa yang diperlukan untuk mendorong sesetengah orang menjadi perintis sokongan. Penyelia aktiviti penyebaran akan mengaturkan lebih banyak perjumpaan sebelum kerja penyebaran supaya semua boleh menyertai kesaksian kumpulan, biarpun selepas waktu kerja atau waktu sekolah. Aturan-aturan ini harus diumumkan secara kerap. Dia juga akan memastikan semua penyiar mempunyai kawasan penyebaran dan bahan bacaan yang mencukupi.

12 Meskipun situasi tidak mengizinkan anda untuk menjadi perintis sokongan, anda boleh memberi galakan dan berdoa untuk mereka yang berbuat demikian. (Ams. 25:11; Kol. 4:12) Barangkali anda dapat berusaha untuk meluangkan satu hari lagi dalam seminggu supaya dapat bekerja bersama mereka atau bergiat dalam aktiviti penyebaran untuk lebih lama berbanding dengan apa yang biasa anda lakukan.

13 Sasaran 700 Perintis Sokongan bagi Bulan April: Bilangan perintis sokongan yang tertinggi dalam sejarah Malaysia ialah 624 orang yang dicapai pada Mac 2002. Oleh itu, sasaran yang realistik untuk bulan April yang akan datang ialah sebanyak 700 orang perintis sokongan. Kita dapat mencapai sasaran ini jika secara purata, hanya 1 daripada setiap 4 orang penyiar dari setiap sidang menyertai kerja perintis sokongan. Jika dibandingkan dengan sidang-sidang yang lain, sudah tentu sesetengah sidang akan mempunyai lebih ramai penyiar dengan situasi yang mengizinkan mereka untuk menjadi perintis sokongan. Matlamat sedemikian mudah dicapai oleh kebanyakan sidang. Bayangkan keterujaan yang akan terhasil dalam sidang anda dan kesan positif pada kerja penyebaran di kawasan anda berikutan pencapaian matlamat ini!

14 Mengapakah bulan April merupakan bulan yang sangat baik untuk kita menjadi perintis sokongan? Sambutan Peringatan akan berlangsung pada awal bulan tersebut. Dengan itu, kita mempunyai lebih banyak peluang untuk membuat kunjungan susulan kepada mereka yang menghadiri Peringatan. Kita akan menawarkan majalah tempatan dengan tujuan membuat kunjungan kembali untuk meninggalkan buku Bible Teach dan seterusnya memulakan pembelajaran Bible. Maka, usaha untuk menjadi perintis sokongan pada bulan April akan memberi banyak peluang untuk memulakan pembelajaran Bible. Tambahan lagi, pada bulan April, terdapat lima hari Ahad dan di sesetengah negeri, satu hari cuti am. Hal ini memudahkan mereka yang bekerja secara sekular atau bersekolah untuk menyertai kerja perintis sokongan.

15 Dengan berlalunya setiap musim Peringatan, kita berada setahun lebih dekat kepada penghujung sistem dunia ini. Masa yang tinggal untuk memberitahu orang tentang Tuhan kita yang agung sudah berkurang. (1 Kor. 7:29) Sebaik sahaja musim Peringatan ini berlalu, peluang keemasan untuk memuji Bapa kita di syurga sehubungan dengan musim ini akan terlepas buat selama-lamanya. Semoga kita membuat persiapan dari sekarang supaya dapat berusaha sedaya upaya untuk mengumumkan keunggulan Yehuwa secara meluas pada bulan Mac, April, dan Mei!

[Pertanyaan Pelajaran]

1. Apakah yang mendorong kita untuk mengumumkan keunggulan Yehuwa dengan meluas?

2. Apakah kempen istimewa yang telah dirancangkan untuk menghebahkan Peringatan dan siapakah yang dapat mengambil bahagian?

3. Apakah yang boleh kita katakan untuk menjemput orang lain ke Peringatan?

4. Bagaimanakah jemputan istimewa untuk Peringatan akan diedarkan?

5. Mengapakah kita harus bermula membuat perancangan dari sekarang untuk menjadi perintis sokongan?

6. Apakah yang dapat kita pelajari daripada pengalaman seorang saudari berumur 90 tahun yang menjadi perintis sokongan pada tahun lalu?

7. Adakah sukar untuk melayan sebagai seorang perintis sokongan?

8. Apakah yang membolehkan sepasang suami isteri menjadi perintis sokongan?

9. Apakah yang boleh anda lakukan semasa pembelajaran keluarga yang berikutnya sebagai persediaan bagi bulan-bulan aktiviti istimewa yang akan datang?

10. Mengapakah kita harus membincangkan keinginan kita untuk menjadi perintis sokongan semasa musim Peringatan ini?

11. Bagaimanakah para penatua dapat menimbulkan semangat yang berkobar-kobar di antara para penyiar untuk menjadi perintis sokongan pada bulan-bulan yang akan datang?

12. Apakah yang boleh anda lakukan jika anda tidak dapat menjadi perintis sokongan?

13. Apakah sasaran yang telah ditetapkan untuk Malaysia dan bagaimanakah sidang anda dapat menyumbang ke arah pencapaiannya?

14. Mengapakah bulan April adalah bulan yang sangat baik untuk kita menjadi perintis sokongan?

15. Menjelang musim Peringatan ini, mengapakah kita harus berusaha sedaya upaya dengan kesedaran bahawa masa sudah berkurang?

[Kotak pada muka surat 4]

Bolehkah Kita Mencapai Sasaran 700 Perintis Sokongan bagi Bulan April?

◼ Buat analisis tentang prioriti anda

◼ Bincangkan matlamat sebagai sebuah keluarga

◼ Bincangkan rancangan anda dengan orang lain

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi