PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp22 No. 1 ms. 6-7
  • 1 | Jangan Berat Sebelah

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 1 | Jangan Berat Sebelah
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Ajaran Bible:
  • Maksudnya:
  • Apa yang Boleh Anda Lakukan:
  • 3 | Singkirkan Kebencian daripada Fikiran Anda
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
  • Cara Memutuskan Kitaran Kebencian
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
  • Mengapakah Kitaran Kebencian Wujud?
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
  • Kita Dapat Menghentikan Kebencian!
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
wp22 No. 1 ms. 6-7
Seorang lelaki berkulit hitam memegang gambar seorang lelaki berkulit putih yang tersenyum, dan seorang lelaki berkulit putih memegang gambar seorang lelaki berkulit hitam yang tersenyum. Gambar-gambar di belakang ialah gambar orang yang sedang marah.

CARA MEMUTUSKAN KITARAN KEBENCIAN

1 | Jangan Berat Sebelah

Ajaran Bible:

“Tuhan tidak berat sebelah. Orang daripada bangsa apa pun yang takut kepada-Nya dan berbuat benar diperkenankan-Nya.”​—KISAH 10:34, 35.

Maksudnya:

Tuhan Yehuwaa tidak menilai kita berdasarkan kewarganegaraan, kaum, warna kulit, atau budaya kita. Sebaliknya, Dia berfokus kepada hati dan minda kita. Bible menyatakan, “Manusia melihat rupa luaran sedangkan Yehuwa melihat hati orang.”​—1 Samuel 16:7.

Apa yang Boleh Anda Lakukan:

Walaupun kita tidak dapat membaca isi hati orang, kita dapat berusaha untuk mengikut teladan Tuhan yang tidak berat sebelah. Cubalah menilai seseorang menurut sifat dan keperibadiannya, dan bukannya menurut bangsa atau warna kulitnya. Jika anda mendapati bahawa anda berpandangan buruk terhadap orang daripada bangsa atau negara tertentu, berdoalah dan mintalah bantuan Tuhan untuk mengubah pandangan anda. (Mazmur 139:23, 24) Yehuwa pasti mendengar permohonan anda yang ikhlas dan memberi anda kekuatan untuk bersikap tidak berat sebelah.​—1 Petrus 3:12.

a Yehuwa ialah nama Tuhan.​—Mazmur 83:18; lihat juga nota kaki di Kejadian 2:4 dalam Alkitab Berita Baik.

“Saya tidak pernah ada hubungan yang baik dengan orang putih . . . Tapi sekarang, saya sudah jadi sebahagian daripada persaudaraan antarabangsa yang sejati.”​—TITUS

Kisah Benar​—TITUS

Berjaya Memutuskan Kitaran Kebencian

Titus.

Titus merupakan seorang ahli gengster yang membenci undang-undang perkauman yang tidak adil. Dia berkata, “Geng kami sengaja pergi ke tempat yang tidak mengalu-alukan orang yang berkulit hitam, seperti hotel dan bar, untuk mencari gaduh.” Titus mengaku bahawa dia panas baran dan hatinya penuh dengan rasa benci. Dia berkata, “Jika saya bertengkar dengan seseorang, tidak kira lelaki atau wanita, selalunya sayalah orang pertama yang memberikan tumbukan.”

Titus mula berubah semasa dia belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa. Semasa dia membaca Bible, ayat-ayat Bible telah menyentuh hatinya, terutamanya janji bahawa pada masa depan, “kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.”​—Wahyu 21:3, 4.

Pada mulanya, Titus berasa susah untuk berhenti membenci orang lain. Dia berkata, “Sangat susah bagi saya untuk mengubah cara saya berfikir dan bertindak.” Namun, dia berkata bahawa ayat di Kisah 10:34, 35 telah membantunya. Ayat itu menyatakan bahawa Tuhan tidak berat sebelah.

Apakah hasilnya? Titus menjelaskan, “Semasa saya melihat Saksi-Saksi Yehuwa menunjukkan kasih kepada satu sama lain tanpa mengira kaum atau warna kulit, saya yakin bahawa inilah agama yang benar. Bahkan sebelum saya dibaptis, seorang saudara yang berkulit putih di sidang telah menjemput saya untuk makan di rumahnya. Saya rasa seperti sedang bermimpi. Saya tidak pernah ada hubungan yang baik dengan orang putih, apatah lagi makan di rumah mereka. Tapi sekarang, saya sudah jadi sebahagian daripada persaudaraan antarabangsa yang sejati.”

Bacalah kisah hidup Titus dalam Menara Pengawal bahasa Indonesia, terbitan 1 Ogos 2009, muka surat 28-29.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi