PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwyp rencana 124
  • Bagaimanakah Saya Dapat Meningkatkan Kemahiran Berbual?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Saya Dapat Meningkatkan Kemahiran Berbual?
  • Kaum Muda Bertanya
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mengapa berbual secara bersemuka?
  • Cara memulakan perbualan
  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Memulakan Perbualan untuk Memberikan Kesaksian Tidak Formal
    Kerja Teokratik Kita—2014
  • Tunjukkan Minat
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
  • Bagaimanakah Saya Dapat Menangani Perasaan Malu?
    Kaum Muda Bertanya
  • Berbual Secara Santai
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
Lihat Selanjutnya
Kaum Muda Bertanya
ijwyp rencana 124
Seorang remaja lelaki berbual dengan beberapa rakan sekolahnya sewaktu rehat.

KAUM MUDA BERTANYA

Bagaimanakah Saya Dapat Meningkatkan Kemahiran Berbual?

Dalam rencana ini

  • Mengapa berbual secara bersemuka?

  • Cara memulakan perbualan

  • Pandangan remaja lain

Mengapa berbual secara bersemuka?

Sesetengah orang berkata bahawa berbual secara bersemuka susah dan menyebabkan stres. Mereka rasa lebih senang untuk menghantar mesej.

“Kamu rasa lebih tertekan apabila kamu bercakap secara bersemuka kerana kamu tidak dapat edit atau padam apa yang kamu sudah katakan.”—Anna.

“Hantar mesej adalah seperti program yang sudah dirakamkan, manakala bercakap secara bersemuka adalah seperti tayangan langsung. Semasa saya bercakap dengan seseorang, saya selalu beritahu diri sendiri untuk berhati-hati dan jangan salah cakap!”—Jean.

Namun, lambat laun, kamu perlu kemahiran berbual secara bersemuka. Contohnya, kamu perlu kemahiran ini jika kamu ingin menjalinkan persahabatan baharu, dapatkan dan kekalkan pekerjaan, atau menjalinkan hubungan romantik apabila kamu sudah sedia.

Berita baiknya ialah kamu tidak perlu takut untuk berbual secara bersemuka. Kamu dapat belajar cara melakukannya biarpun kamu seorang yang pemalu.

Mentol lampu.

Tip: Jangan risau berbuat silap. Memupuk kemahiran berbual adalah seperti belajar cara untuk menunggang basikal. Kamu mungkin jatuh beberapa kali, tetapi jika kamu berlatih, kamu akan jadi lebih mahir dan suka menunggang basikal!

“Ada kalanya kamu akan salah cakap dan berasa malu. Hal ini tidak dapat dielakkan. Jadi, janganlah terlalu serius terhadap diri sendiri.”—Neal.

Cara memulakan perbualan

  • Tanyalah soalan. Fikirkan satu topik yang diminati orang. Kemudian, cuba mulakan perbualan tentang topik itu. Sebagai contoh:

    “Kamu ada pergi mana-mana semasa cuti baru-baru ini?”

    “Ini laman web yang menarik. Pernah kamu lihat?”

    “Kamu ada dengarkah tentang . . . ?”

    Jika kamu ingin berbual tentang hal yang lebih spesifik, fikirkan persamaan yang kamu ada dengan orang itu. Misalnya, adakah kamu menghadiri sekolah atau bekerja di tempat yang sama? Gunakan persamaan itu untuk tanya soalan.

    Dua remaja lelaki saling berbual tentang bola sepak semasa makan tengah hari.

    “Fikirkan soalan yang kamu rasa menarik dan yang kamu sangat ingin tahu jawapan orang mengenai soalan itu.”—Maritza.

    Mentol lampu.

    Tip: Kamu dapat mulakan perbualan yang baik dengan menggunakan soalan-soalan seperti di atas. Namun, jika boleh, cubalah guna soalan-soalan terbuka yang bukan sekadar dijawab dengan ya atau tidak. Sebagai contoh, kamu akan dapat jawapan yang lebih baik dengan menggunakan soalan terbuka seperti “Apakah adegan yang paling kamu suka dalam wayang itu?” berbanding soalan “Adakah kamu suka wayang itu?”

    Berhati-hati: Janganlah jadi seperti seorang penyiasat dengan menanya banyak soalan. Selain itu, elakkan soalan yang boleh membuat orang itu berasa malu. Kamu mungkin akan buat dia berasa tidak selesa jika kamu tanya soalan seperti “Apakah yang kamu paling takut?” atau “Kenapa kamu selalu pakai warna biru?” Soalan yang kedua itu mungkin bahkan kedengaran seperti kamu sedang mengkritiknya!

    Kamu dapat elak daripada menjadi seperti seorang penyiasat jika kamu kongsi pandangan sendiri tentang soalan yang kamu tanya sebelum atau selepas orang itu jawab. Dengan itu, kamu sedang mengadakan perbualan dan bukannya temu ramah.

    Seorang remaja lelaki yang berpakaian seragam polis sedang marah dan menulis sesuatu pada kertas. Seorang budak lelaki kelihatan takut dan terkejut semasa cahaya lampu yang terang disuluh ke mukanya.

    Adakah soalan-soalan kamu membuat kamu seperti seorang penyiasat?

    Prinsip Bible: “Fikiran manusia bagaikan air di perigi yang dalam, tetapi orang yang berpengertian dapat menimbanya.”—Amsal 20:5, Alkitab Berita Baik.

  • Jadilah pendengar yang baik. Untuk bantu kamu meneruskan perbualan, menjadi pendengar yang baik jauh lebih penting daripada pandai bercakap.

    “Saya menetapkan matlamat untuk belajar satu hal yang baharu semasa saya bercakap dengan seseorang. Kemudian, saya cuba ingat apa yang orang itu kongsi agar saya dapat fikir soalan yang saya boleh tanya dalam perbualan kami yang seterusnya.”—Tamara.

    Mentol lampu.

    Tip: Jika kamu tidak tahu apa lagi hal yang dapat dibualkan, janganlah panik. Perhatikan sekeliling kamu. Adakah kamu berada di sekolah, di tempat kerja, atau di suatu acara? Lokasi kamu dapat jadi asas bagi perbualan kamu. Contohnya, kamu dapat tanya seorang rakan sekerja, “Adakah kamu ambil masa yang lama untuk datang ke tempat kerja setiap hari?”

    Berhati-hati: Janganlah risau tentang apa yang akan kamu katakan seterusnya. Jika kamu dengar dengan teliti, kamu akan dapat jawab apa yang dikatakan orang itu.

    Prinsip Bible: “Setiap orang mesti cepat mendengar, tetapi lambat berkata-kata.”—Yakobus 1:19.

  • Tunjuklah minat yang ikhlas. Kamu akan lebih menikmati perbualan jika kamu ambil berat terhadap orang itu.

    Dua remaja perempuan sedang duduk di luar sambil memandang satu sama lain. Salah seorang daripada mereka sedang mendengar dengan teliti dan seorang lagi meluahkan perasaannya.

    “Apabila kamu membuat orang itu berasa bahawa kamu benar-benar ambil berat terhadap apa yang dia katakan, perbualan itu akan lebih menyenangkan biarpun ada saat-saat yang buat kamu rasa malu.”—Marie.

    Mentol lampu.

    Tip: Pujilah orang itu dengan ikhlas dan kemudian tanyalah dia soalan. Sebagai contoh, “Cantik baju kamu. Di mana kamu beli?”

    Berhati-hati: Jangan tanya soalan yang dapat membuat mereka rasa tidak selesa. Kamu mungkin bersikap tidak sopan jika kamu kata, “Cantik baju kamu. Berapa harganya?”

    Prinsip Bible: “Jagalah kepentingan orang lain, dan bukan hanya kepentingan diri kamu sendiri.”—Filipi 2:4.

Bagaimanakah kamu dapat mengakhiri perbualan? “Cuba akhiri perbualan dengan mengatakan sesuatu yang positif,” kata seorang pemuda yang bernama Jordan. “Jika kamu mengatakan sesuatu seperti ‘Saya gembira dapat berbual dengan kamu’ atau ‘Harap kita jumpa lagi,’ kamu akan lebih senang untuk mengadakan perbualan yang baik semasa kamu berjumpa dengan orang itu lagi.”

Pandangan remaja lain

  • Bethel.

    “Belajar untuk berbual dengan orang dapat disamakan dengan belajar bahasa baharu. Kamu akan rasa susah pada mulanya, tapi dengan usaha dan latihan, kamu akan jadi lebih mahir.”—Bethel.

  • Isaac.

    “Semasa seseorang bercakap, dengarlah dengan baik. Pandanglah matanya, anggukkan kepala jika sesuai, dan berikan senyuman. Orang akan hargai jika kamu tunjukkan bahawa kamu benar-benar peduli tentang apa yang mereka katakan.”—Isaac.

  • Kate.

    “Dulu saya berasa gementar semasa bercakap dengan orang. Kadangkala saya masih rasa begitu. Tapi, apabila saya menunjukkan minat terhadap orang itu dan bukannya bertumpu kepada perasaan takut saya, hal itu dapat membantu.”—Kate.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi