Pernahkah Anda Menggunakan Kulit Belakang Majalah Kita?
Semasa orang mendapat senaskhah majalah, mereka biasanya akan melihat kulit depan lalu terus melihat kulit belakang. Kulit belakang Majalah Malaysia mempunyai rencana-rencana yang menarik. Sesetengah rencana ini mungkin memperkenalkan bahan bacaan kita yang lain.
Kita boleh menggunakan ciri ini untuk mendapat idea-idea yang bagus semasa mengajukan soalan bagi memulakan perbualan. Jika kawasan penyebaran kita sering dikunjungi, kita boleh menggunakan isi-isi yang berlainan dalam penyampaian kita sepanjang bulan. Jika penghuni rumah sedang sibuk, kita boleh memendekkan penyampaian kita dengan menggunakan rencana di kulit belakang majalah. Kita boleh menanyakan sebuah soalan tentang rencana itu atau menghalakan perhatian penghuni rumah kepada bahan bacaan yang dipaparkan. Mungkin anda boleh memikirkan cara-cara lain untuk menggunakan kulit belakang bagi menarik minat orang terhadap Majalah Malaysia.