Janganlah Teragak-agak
1. Kita memerlukan keberanian untuk melakukan apa? Mengapa?
1 Pernahkah anda teragak-agak untuk memberikan kesaksian di sekolah kerana takut diejek? Sememangnya anda memerlukan keberanian, khasnya jika anda seorang pemalu. Apakah yang dapat membantu anda?
2. Bagaimanakah kita dapat menggunakan pertimbangan yang baik semasa memberikan kesaksian di sekolah?
2 Gunakan Daya Pertimbangan: Anda mempunyai peluang istimewa untuk memberikan kesaksian di sekolah. Walaupun begitu, anda tidak perlu membincangkan topik rohani dengan semua orang seperti semasa menginjil dari rumah ke rumah. Gunakanlah pertimbangan yang baik untuk menentukan masa yang sesuai untuk memberikan kesaksian. (Ams. 15:23; Pkh. 3:7) Perbincangan dalam kelas atau tugasan sekolah boleh membuka peluang untuk berbuat demikian. Anda juga boleh memberikan kesaksian kepada rakan sekolah yang ingin mengetahui sebabnya anda tidak menyertai aktiviti tertentu. Pada permulaan penggal sekolah, ada pelajar yang memaklumkan guru bahawa mereka ialah Saksi-Saksi Yehuwa dan memberikan bahan bacaan yang menjelaskan kepercayaan kita. Yang lain pula meninggalkan bahan bacaan di atas meja untuk menarik minat pelajar lain.
3. Bagaimanakah anda boleh bersedia memberikan kesaksian di sekolah?
3 Sentiasa Bersedia: Jika anda bersedia, keyakinan anda akan bertambah. (1 Ptr. 3:15) Jadi, cuba fikirkan terlebih dahulu soalan-soalan yang mungkin timbul, dan sediakanlah jawapannya. (Ams. 15:28) Jika boleh, simpanlah Bible dan beberapa bahan bacaan di sekolah sebagai rujukan, contohnya buku Ajaran Bible, buku Cerita Bible, dan maklumat lain tentang penciptaan. Mintalah ibu bapa anda supaya mengadakan sesi latihan semasa penyembahan keluarga.
4. Mengapakah anda patut terus memberikan kesaksian di sekolah?
4 Bersikap Positif: Jangan buat andaian bahawa rakan sekolah akan mengejek anda setiap kali anda memberikan kesaksian. Ada yang mungkin mengagumi keberanian anda lalu mendengar. Tetapi janganlah putus asa jika tiada orang mendengar. Yehuwa pasti menghargai usaha anda. (Ibr. 13:15, 16) Teruslah memohon bantuan-Nya agar anda dapat sentiasa ‘memberitakan perkhabaran dengan penuh keberanian.’ (Kis. 4:29; 2 Tim. 1:7, 8) Cuba bayangkan betapa gembiranya perasaan anda apabila seseorang sudi mendengar dan bahkan menyembah Yehuwa bersama anda!