Kaum Muda Bertanya—Apa yang akan Aku Lakukan dalam Hidupku? (Bahagian 2)
Di menu utama video “Kaum Muda Bertanya—Apa yang akan Aku Lakukan dalam Hidupku?” (Young People Ask—What Will I Do With My Life?), pilih Temu Ramah (Interviews) dan kemudiannya Bahagian (Sections). Selepas menonton ketiga-tiga bahagian, cuba jawab soalan dalam perenggan 2. Kemudian, di menu utama, pilih Bahan Tambahan (Supplementary Material). Setelah menonton kelima-lima Temu Ramah Tambahan (Supplementary Interviews), jawablah soalan di perenggan 3.
Bahagian (Sections)—Membaktikan Diri kepada Usaha yang Sia-sia atau kepada Tuhan (Dedication to Vain Pursuits or to God): (1) Kaum muda didesak untuk mengejar matlamat apa? (2) Bagaimanakah 1 Yohanes 2:17 membantu kaum muda memutuskan setinggi manakah pendidikan sekular yang harus diperoleh? (3) Mengapakah kita tidak patut membenarkan rasa takut menghalang kita daripada dibaptis? (4) Apakah hal-hal yang membantu kita mencapai matlamat pembaptisan? Belajar Menggemari Aktiviti Penyebaran Anda (Learning to Enjoy Your Ministry): (5) Mengapakah sesetengah orang tidak suka menyebar? (6) Apakah yang dapat membantu kita? (7) Apakah yang lebih menakutkan daripada bercakap dengan orang yang tidak dikenali? Mengapa? (8) Bagaimanakah kita mengatasi rasa takut dan memupuk keberanian untuk bercakap? (9) Mengapakah kita juga perlu mengasah kemahiran menginjil? Peluang untuk Menceburi Khidmat Sepenuh Masa (An Open Door to Service): (10) Bagaimanakah merintis membuka banyak peluang untuk maju secara rohani? (Flp. 3:16) (11) Mengapakah ada yang teragak-agak untuk menceburi khidmat ini? (12) Apakah prinsip Bible yang membantu kita mengatasi kekhuatiran tentang hal kewangan? (13) Apakah yang dilakukan oleh sesetengah perintis agar dapat menampung hidup? (14) Apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang jika keadaan tidak membenarkannya menceburi khidmat sepenuh masa?
Bahan Tambahan (Supplementary Material)—Nilai Pembelajaran Peribadi (The Value of Personal Study): (15) Mengapakah penting untuk melakukan pembelajaran peribadi secara tetap? Kesaksian Alternatif (Alternative Witnessing), (sekarang dipanggil kesaksian awam): (16) Bagaimanakah menyertai pelbagai aspek aktiviti penyebaran membawa lebih banyak sukacita kepada kita? Khidmat Bethel (Bethel Service): (17) Apakah sukacita yang boleh diraih daripada khidmat Bethel? Sekolah Latihan Pengorganisasian (Ministerial Training School): (18) Bagaimanakah mereka memperoleh manfaat dengan menghadiri sekolah ini (sekarang dipanggil Sekolah Bible untuk Saudara Bujang)? Sekolah Latihan Gilead (Gilead Missionary Training): (19) Bagaimanakah Peter dan Fiona membuat persediaan bagi khidmat perintis seberang laut? Bagaimanakah mereka mendapat manfaat daripada Gilead?