“Saya akan Ambil . . . sekiranya Kamu Ambil Bahan Bacaan Kami”
Ada penghuni rumah yang berkata demikian kerana kita enggan menerima bahan bacaan mereka yang menyebarkan kepalsuan. Bagaimanakah kita boleh menjawab tanpa menyinggung perasaan mereka? (Rm. 1:25) Kita boleh kata, “Terima kasih. Adakah kandungan ini menyentuh tentang penyelesaian kepada masalah umat manusia? [Izinkan maklum balas. Jika anda disuruh untuk mencari jawapan daripada bahan bacaan mereka, beritahulah bahawa anda perlu mengetahui kandungannya terlebih dahulu. Selepas itu, baca atau petik ayat di Matius 6:9, 10.] Yesus menunjukkan bahawa Kerajaan Tuhan akan melaksanakan kehendak Tuhan di bumi. Oleh itu, saya hanya membaca buku-buku agama yang berkaitan dengan Kerajaan Tuhan. Bolehkah saya tunjukkan daripada Bible tentang apa yang akan dilakukan oleh Kerajaan Tuhan?”