PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 9/15 ms. 2
  • Kerja yang Paling Penting

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kerja yang Paling Penting
  • Kerja Teokratik Kita—2015
  • Bahan yang Berkaitan
  • Sepucuk Surat daripada Badan Pimpinan
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • ‘Khabarkan Berita Baik’ tentang Kerajaan Tuhan dengan Sepenuhnya
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Cara Mendapat Kekuatan semasa Membaca Bible
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
  • Adakah Anda Menggunakan Daya Imaginasi dengan Bijak?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2015
km 9/15 ms. 2

Kerja yang Paling Penting

1. Oleh sebab kita amat menghargai aktiviti penyebaran, apakah pengorbanan yang akan kita lakukan?

1 Mengapakah kita digalakkan dari semasa ke semasa untuk menghabiskan masa, tenaga, dan sumber kita demi kerja penyebaran? Hal ini kerana tiada kerja lain yang lebih penting daripadanya! Apabila kita memikirkan bagaimana kerja ini akan memberi kesan yang meluas, kita pasti lebih berhasrat untuk menyertai kerja ini yang tidak akan diulangi lagi.—Kis. 20:24.

2. Bagaimanakah kerja penyebaran kita membantu menyucikan nama Yehuwa yang mulia?

2 Menyucikan Nama Yehuwa: Kerja penyebaran menegaskan bahawa Kerajaan Yehuwa yang diperintah oleh Kristus Yesus akan menggantikan semua kerajaan manusia dan menyelesaikan segala masalah yang menimpa manusia. (Mat. 6:9, 10) Menerusi kerja penyebaran, Yehuwa dimuliakan sebagai satu-satunya Tuhan yang boleh membebaskan kita daripada cengkaman penyakit dan maut. (Yes. 25:8; 33:24) Oleh sebab kita menjunjung nama-Nya, orang yang memerhatikan kelakuan baik dan semangat kita mungkin akan memuji-Nya. (1 Ptr. 2:12) Alangkah puasnya hati kita kerana dapat menghebahkan nama Tuan Yang Berdaulat, Yehuwa, di serata bumi!—Mzm. 83:19.

3. Apakah berkat yang akan dinikmati oleh mereka yang menyambut baik berita Kerajaan Tuhan?

3 Menyelamatkan Nyawa: Yehuwa “tidak ingin seorang pun dibinasakan. Dia ingin agar semua orang berpeluang untuk bertaubat.” (2 Ptr. 3:9) Namun, jika tiada orang yang mengajar mereka, bagaimanakah mereka dapat mengetahui apa kelakuan yang betul atau yang salah dalam pandangan Yehuwa? (Yun. 4:11; Rm. 10:13-15) Apabila seseorang menerima berita baik, mutu kehidupannya dipertingkatkan seraya dia mengikis tabiat yang buruk. (Mi. 4:1-4) Tambahan lagi, dia akan bersukacita kerana mendapat harapan untuk hidup selama-lamanya. Kita dapat menyelamatkan diri sendiri dan orang yang mendengar kita jika kita menjalankan kerja penyebaran serta mengajar Bible dengan giat. (1 Tim. 4:16) Betapa besarnya penghormatan kita kerana dapat menyertai kerja yang paling mustahak ini!

4. Mengapakah kita patut berusaha sedaya upaya untuk menjalankan kerja menyebarkan berita Kerajaan Tuhan dan menjadikan orang murid Yesus?

4 Tidak lama lagi, kesengsaraan besar akan mengakhiri dunia jahat ini secara mengejut. Mereka yang menyembah Yehuwa akan diselamatkan. Maka, kerja penyebaran dan kerja menjadikan orang murid Yesus merupakan kerja yang paling mendesak, penting, dan bermanfaat yang sedang dilaksanakan dewasa ini. Marilah kita mengutamakannya dalam kehidupan kita!—Mat. 6:33.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi