PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr17 September ms. 1-2
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian (2017)
  • Tajuk Kecil
  • 4-10 SEPTEMBER
  • 11-17 SEPTEMBER
  • 18-24 SEPTEMBER
  • 25 SEPTEMBER–1 OKTOBER
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian (2017)
mwbr17 September ms. 1-2

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

4-10 SEPTEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN YEHEZKIEL 42-45

Mencari Permata Rohani

(Yehezkiel 43:8, 9) Raja-raja mereka itu telah membina ambang dan tiang pintu istana mereka di samping ambang dan tiang pintu Rumah-Ku, sehingga hanya satu tembok memisahkan mereka daripada Aku. Mereka mencemarkan nama-Ku yang suci dengan segala perbuatan mereka yang menjijikkan. Oleh itu Aku membinasakan mereka kerana Aku sangat murka. 9 Sekarang mereka mesti berhenti menyembah berhala dan memindahkan jenazah raja-raja mereka. Jika mereka berbuat demikian Aku akan tinggal di tengah-tengah mereka selama-lamanya.”

it-2-IN 201 per. 2

Nama

Orang Israel tidak hidup menurut piawaian Tuhan yang luhur. Perbuatan mereka itu telah mencemari nama Yehuwa yang suci. (Yeh 43:8; Am 2:7) Oleh sebab mereka tidak setia, Tuhan menghukum mereka. Hal ini menyebabkan bangsa-bangsa lain mengutuk nama Tuhan Yehuwa. (Bandingkan Mz 74:10, 18; Yes 52:5.) Mereka berbuat demikian kerana menyangka bahawa Yehuwa tidak berupaya melindungi umat-Nya. Namun, mereka tidak sedar bahawa malapetaka yang menimpa Israel merupakan hukuman daripada Yehuwa. Untuk menyucikan nama-Nya, Yehuwa membebaskan umat Israel dan membawa mereka kembali ke tanah air mereka.—Yeh 36:22-24.

11-17 SEPTEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN YEHEZKIEL 46-48

Mencari Permata Rohani

(Yehezkiel 47:6) Lelaki itu berkata kepadaku, “Hai manusia fana, perhatikanlah semua ini dengan baik-baik.” Kemudian dia membawa aku ke tebing sungai.

it-2-IN 593

Anak Manusia

Dalam kitab Ibrani, gelaran “anak manusia” paling kerap digunakan dalam buku Yehezkiel. Tuhan memanggil nabi itu sebagai “anak manusia” sebanyak lebih daripada 90 kali. (Yeh 2:1, 3, 6, 8) Yehuwa ingin menegaskan bahawa Nabi Yehezkiel hanyalah manusia biasa berbanding dengan Tuhan Yang Maha Tinggi. Yehuwalah Sumber mesej yang disampaikan oleh Nabi Yehezkiel. Gelaran yang sama juga digunakan untuk Nabi Daniel di Daniel 8:17.

18-24 SEPTEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN DANIEL 1-3

Mencari Permata Rohani

(Daniel 2:44) Pada masa pemerintahan penguasa-penguasa itu, Tuhan penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan. Sebaliknya kerajaan itu akan memusnahkan sama sekali semua kerajaan yang lain, lalu kerajaan itu akan memerintah selama-lamanya.

w01-IN 15/10 6 per. 4

Dunia yang Aman—Apakah Kuncinya?

Jawapannya terdapat di Daniel 2:44. Ayat ini berkata, ‘Pada masa pemerintahan penguasa-penguasa [yang memerintah pada hujung sistem ini], Tuhan penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan. Sebaliknya kerajaan itu akan memusnahkan sama sekali semua kerajaan [manusia] yang lain, lalu kerajaan itu akan memerintah selama-lamanya.’ Mengapakah Kerajaan Tuhan harus memusnahkan semua kerajaan di bumi? Kerajaan-kerajaan di bumi meniru sikap yang ditunjukkan Syaitan semasa di Taman Eden. Mereka menolak pemerintahan Tuhan dan mahu mengikut haluan sendiri. Sikap mereka ini membawa akibat yang buruk kepada manusia. Tambahan lagi, mereka sebenarnya sedang menentang Pencipta kita yang agung. (Mazmur 2:6-12; Wahyu 16:14, 16) Maka kita harus menanya diri, “Adakah saya sedang menyokong atau menentang Tuhan?”

25 SEPTEMBER–1 OKTOBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN DANIEL 4-6

Mencari Permata Rohani

(Daniel 4:10, 11) Ketika beta beradu, beta nampak sebatang pokok yang besar di tengah-tengah bumi. 11 Pokok itu bertambah besar dan kuat sehingga puncaknya sampai ke langit dan dapat dilihat oleh setiap orang di dunia.

(Daniel 4:20-22) Pokok itu amat tinggi dan memuncak ke langit, sehingga dapat dilihat oleh setiap orang di bumi. 21 Daunnya segar dan buahnya lebat sehingga cukup bagi makanan orang di seluruh dunia. Binatang buas berteduh di bawahnya dan burung membuat sarang di dahannya. 22 Ya tuanku, tuankulah pokok yang tinggi dan kuat itu. Kebesaran tuanku bertambah sehingga memuncak ke langit, dan kekuasaan tuanku meluas ke seluruh bumi.

w07-IN 1/9 18 per. 5

Sorotan daripada Buku Daniel

4:10, 11, 20-22—Apakah yang dilambangkan oleh pokok yang besar dalam mimpi Nebukadnezar? Pertama, pokok itu melambangkan pemerintahan Nebukadnezar yang merupakan kuasa dunia pada masa itu. Namun, pokok itu dikatakan “dapat dilihat oleh setiap orang di dunia.” Maka, pokok itu melambangkan sesuatu yang jauh lebih unggul. Di Daniel 4:17, mimpi itu dikaitkan dengan pemerintahan ‘Tuhan Yang Maha Tinggi.’ Oleh itu, pokok itu juga merujuk kepada kedaulatan Yehuwa dan hak-Nya untuk memerintah bumi. Kesimpulannya, mimpi ini bukan hanya merujuk kepada pemerintahan Nebukadnezar, tetapi juga kedaulatan Yehuwa.

(Daniel 5:17) Daniel menjawab, “Hamba mohon tuanku menyimpan hadiah tuanku itu untuk tuanku sendiri, atau memberikannya kepada orang lain. Hamba akan membaca dan mentafsirkan tulisan itu bagi tuanku.

(Daniel 5:29) Pada saat itu juga Raja Belsyazar memerintahkan hamba-hambanya mengenakan pakaian diraja, iaitu jubah ungu pada Daniel, dan kalung emas tanda kebesaran pada lehernya. Raja melantik dia menjadi penguasa ketiga dalam kerajaan itu.

w88-ML 1/10 30 per. 3-5

Pertanyaan Pembaca

Apabila Daniel tiba, Raja Belsyazar berkata sekali lagi bahawa dia akan mengurniai Daniel jubah ungu dan kalung emas, serta melantiknya menjadi penguasa ketiga dalam kerajaan itu. Tetapi, Daniel menjawab, “Hamba mohon tuanku menyimpan hadiah tuanku itu untuk tuanku sendiri, atau memberikannya kepada orang lain. Hamba akan membaca dan mentafsirkan tulisan itu bagi tuanku.”—Daniel 5:17.

Maka, Daniel tidak perlu dibayar atau diberikan rasuah untuk menjelaskan erti tulisan itu. Raja Belsyazar boleh menyimpan hadiahnya atau memberikannya kepada orang lain. Sebenarnya, Yehuwa Tuhan yang benar yang membolehkan Daniel untuk mentafsirkan kata-kata penghakiman yang bakal menimpa Babilon.

Di Daniel 5:29, Daniel menerima hadiah daripada raja setelah menerangkan erti tulisan itu. Adakah hal ini bercanggah dengan kata-kata di Daniel 5:17? Tidak. Sebenarnya, Raja Belsyazarlah yang memerintahkan agar pemberian tersebut dikurniakan kepada Daniel. Hal ini menunjukkan bahawa Daniel tidak bersikap tamak lalu menuntut hadiah-hadiah itu daripada raja.

dp-IN 109 per. 22

Empat Perkataan yang Mengubah Dunia Ini

22 Akhirnya erti di sebalik tulisan itu telah dijelaskan. Kuasa Babilon yang kuat akan jatuh ke dalam tangan Media dan Persia. Biarpun berita penghakiman itu amat memalukan bagi Raja Belsyazar, dia tetap berpegang pada janjinya. Dia memerintahkan hamba-hambanya untuk mengenakan jubah ungu dan kalung emas pada Daniel. Raja juga melantik Daniel menjadi penguasa ketiga dalam kerajaannya. (Daniel 5:29) Daniel tidak menolak pemberian itu kerana dia menganggapnya sebagai tanda penghormatan yang layak diterima Yehuwa. Sekiranya niat raja adalah untuk mengambil hati Nabi Daniel agar dapat mengelakkan hukuman daripada Yehuwa, dia sudah terlambat.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi