PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr20 September ms. 1-7
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2020
  • Tajuk Kecil
  • 7-13 SEPTEMBER
  • Mencari Permata Rohani
  • 14-20 SEPTEMBER
  • Mencari Permata Rohani
  • 21-27 SEPTEMBER
  • Mencari Permata Rohani
  • 28 SEPTEMBER–4 OKTOBER
  • Mencari Permata Rohani
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2020
mwbr20 September ms. 1-7

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

7-13 SEPTEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | KELUARAN 23-24

“Jangan Terikut-Ikut dengan Pendapat Orang Ramai”

(Keluaran 23:2) Jangan terikut-ikut dengan orang ramai untuk berbuat jahat. Semasa memberikan kesaksian dalam suatu perselisihan, jangan memesongkan kebenaran dan terikut-ikut dengan pendapat orang ramai.

it-1 884 per. 4

Harun

Harun telah berbuat salah sebanyak tiga kali. Setiap kali, dia berbuat salah kerana dia tertekan dan terikut-ikut dengan pendapat orang lain. Semasa kesilapannya yang pertama, dia sepatutnya mematuhi arahan berikut: “Jangan terikut-ikut dengan orang ramai untuk berbuat jahat.” (Kel 23:2) Biarpun begitu, Bible masih menyebutnya sebagai orang yang baik. Semasa Yesus berada di bumi, dia juga mengakui bahawa keturunan Harun ialah golongan imam yang dipilih oleh Tuhan.—Mz 115:10, 12; 118:3; 133:1, 2; 135:19; Mt 5:17-19; 8:4.

(Keluaran 23:3) Jangan bersikap berat sebelah semasa mengadili perselisihan yang melibatkan orang miskin.

it-1 484-485 per. 5

Buta

Bible menggambarkan hakim yang berat sebelah sebagai orang yang buta. Bible juga mengandungi banyak perintah yang melarang orang untuk memberikan rasuah, hadiah, atau bersikap prasangka. Hal ini kerana perbuatan sedemikian dapat membutakan mata hakim dan memesongkan keadilan. Bible menyatakan, “Rasuah membutakan mata hakim terhadap apa yang benar.” (Kel 23:8) “Rasuah membutakan mata orang yang bijaksana terhadap apa yang benar.” (Ul 16:19) Biarpun seorang hakim sangat bijaksana dan adil, dia mungkin terpengaruh, secara sengaja atau tidak sengaja, dengan hadiah yang diterimanya daripada pihak yang terlibat dalam suatu kes. Selain itu, Hukum Tuhan menyatakan bahayanya membuat keputusan mengikut perasaan: “Jangan berat sebelah, sama ada terhadap orang miskin ataupun orang kaya. Kamu mesti menghakimi orang lain dengan adil.” (Im 19:15) Maka seorang hakim tidak patut membuat keputusan berdasarkan perasaan sendiri atau pendapat orang ramai, dan sengaja menjatuhkan hukuman kepada pihak yang tidak bersalah hanya kerana dia kaya.—Kel 23:2, 3.

Mencari Permata Rohani

(Keluaran 23:20, 21) “Aku akan mengutus malaikat di hadapan kamu untuk melindungi kamu dalam perjalanan dan membawa kamu ke tempat yang telah Aku sediakan. 21 Dia datang atas nama-Ku, maka dengarlah dan patuhilah kata-katanya. Jangan memberontak terhadapnya kerana dia tidak akan mengampunkan kesalahan kamu.

it-2 126

Mikhael

1. Selain Gabriel, Mikhael ialah satu-satunya malaikat yang namanya disebut dalam Bible. Mikhael juga dipanggil sebagai “ketua malaikat.” (Yud 9) Nama ini muncul buat kali pertama di Daniel bab 10. Di bab itu, Mikhael digambarkan sebagai “salah satu pemimpin yang utama” yang datang untuk membantu satu malaikat melawan “pemimpin Persia.” Mikhael juga dipanggil sebagai “pemimpin [bangsa Daniel]” dan “pemimpin agung yang bertindak bagi pihak bangsa [Daniel].” (Da 10:13, 20, 21; 12:1) Daripada ayat-ayat ini, kita dapat menyimpulkan bahawa Mikhael ialah malaikat yang telah membimbing bangsa Daniel, iaitu bangsa Israel, merentasi padang belantara. (Kel 23:20, 21, 23; 32:34; 33:2) Kesimpulan ini selaras dengan ayat Bible yang menyatakan bahawa “ketua malaikat, iaitu Mikhael, bertikai dengan Iblis tentang mayat Musa.”—Yud 9.

14-20 SEPTEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | KELUARAN 25-26

“Benda yang Terpenting di dalam Khemah Suci”

(Keluaran 25:9) Khemah suci dan semua peralatannya harus dibuat menurut reka bentuk yang Aku tunjukkan kepada engkau.

it-2 922 per. 1

Tabut Perjanjian

Reka Bentuk. Semasa Yehuwa menyuruh Musa untuk membina khemah suci, hal pertama yang disampaikan-Nya kepada Musa ialah reka bentuk tabut perjanjian, kerana tabut itu ialah benda yang terpenting dalam khemah suci dan perkhemahan orang Israel. Tabut itu berukuran kira-kira 111 sentimeter panjang, 67 sentimeter lebar, dan 67 sentimeter tinggi. Tabut itu diperbuat daripada kayu akasia, dan bahagian dalam dan luarnya disaluti emas tulen. Bingkai yang menghiasi bahagian atas tabut diperbuat daripada emas. Seluruh penutup tabut itu pula diperbuat daripada emas tulen, bukan hanya kayu yang disaluti emas. Penutup itu juga mempunyai panjang dan lebar yang sama dengan tabut itu. Di atas penutup itu, terdapat dua kerub daripada emas tempaan. Satu kerub pada setiap penghujung penutup itu. Kerub-kerub itu saling berhadapan, dengan muka memandang ke bawah, dan sayap-sayapnya terbentang untuk membayangi penutup itu. (Kel 25:10, 11, 17-22; 37:6-9) Penutup tabut itu juga dipanggil “tempat pendamaian.”—Kel 25:17; Ibr 9:5, nota kaki.

(Keluaran 25:21) Tutuplah tabut itu dengan penutupnya. Batu-batu tulis yang akan Aku berikan kepada engkau haruslah disimpan di dalam tabut.

it-2 922 per. 4

Tabut Perjanjian

Tabut itu digunakan untuk menyimpan benda-benda suci, khasnya dua keping batu tulis yang mengandungi Sepuluh Hukum. (Kel 25:16) Tabut itu juga mengandungi “balang emas berisi manna” dan “tongkat Harun yang telah bertunas.” Tetapi sebelum Salomo siap membina Rumah Tuhan, kedua-dua benda ini telah dikeluarkan daripada tabut itu. (Ibr 9:4; Kel 16:32-34; Bil 17:10; 1Ra 8:9; 2Ta 5:10) Sebelum Musa mati, dia telah memberikan “kitab Hukum” kepada orang Lewi dan mengarahkan mereka untuk meletakkannya “di sebelah tabut perjanjian Yehuwa,” dan bukannya di dalam tabut itu.—Ul 31:24-26.

(Keluaran 25:22) Aku akan menampakkan diri dan berfirman kepadamu dari atas penutup itu. Di antara dua kerub di atas tabut perjanjian itu, Aku akan memberimu segala perintah-Ku untuk umat Israel.

it-2 922 per. 5

Tabut Perjanjian

Kaitan dengan kehadiran Tuhan. Dari dahulu lagi, tabut perjanjian mempunyai kaitan dengan kehadiran Tuhan. Yehuwa berjanji, “Aku akan menampakkan diri dan berfirman kepadamu dari atas penutup itu. Di antara dua kerub di atas tabut perjanjian itu.” “Aku akan menampakkan diri di dalam awan di atas penutup itu.” (Kel 25:22; Im 16:2) Samuel menulis bahawa Yehuwa “bertakhta di atas kerub” (1Sa 4:4); maka “kerub-kerub itu melambangkan kereta kuda Tuhan.” (1Ta 28:18) Oleh itu, “setiap kali Musa masuk ke dalam khemah pertemuan untuk bercakap dengan Tuhan, dia akan mendengar suara dari atas penutup tabut perjanjian, iaitu di antara dua kerub di atas tabut itu. Begitulah caranya Tuhan bercakap dengan Musa.” (Bil 7:89) Pada kemudian hari, Yosua dan Imam Agung Pinehas juga meminta petunjuk daripada Yehuwa di hadapan tabut itu. (Yos 7:6-10; Hak 20:27, 28) Tetapi, biasanya hanya imam agung yang akan memasuki Bilik Maha Suci dan melihat tabut itu sekali setahun untuk melakukan upacara Hari Pengampunan Dosa, dan bukannya untuk bercakap dengan Yehuwa.—Im 16:2, 3, 13, 15, 17; Ibr 9:7.

Mencari Permata Rohani

(Keluaran 25:20) Kerub-kerub harus saling berhadapan di atas penutup, dengan muka memandang ke bawah, ke arah penutup tabut. Kedua-dua sayap kerub harus terbentang untuk membayangi penutup tabut.

it-1 1253

Kerub

Dalam khemah suci yang didirikan di padang belantara, terdapat dua patung kerub yang diperbuat daripada emas tempaan. Kerub-kerub itu ditempatkan pada kedua-dua hujung penutup tabut. Kerub-kerub itu saling berhadapan dan bersujud di atas penutup, seolah-olah mereka menyembah Yehuwa. Sayap-sayap kerub terbentang untuk membayangi penutup tabut, seolah-olah mereka melindunginya. (Kel 25:10-21; 37:7-9) Selain itu, gambar kerub disulam pada kain khemah suci dan tirai yang memisahkan Bilik Suci dengan Bilik Maha Suci.—Kel 26:1, 31; 36:8, 35.

21-27 SEPTEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | KELUARAN 27-28

“Apakah yang Dapat Kita Pelajari daripada Pakaian Imam?”

(Keluaran 28:30) Masukkan Urim dan Tumim ke dalam penutup dada penghakiman. Dia haruslah sentiasa memakai penutup itu di atas dadanya semasa menghadap Aku, Yehuwa. Semasa Harun menghadap Aku, Yehuwa, dia haruslah membawa Urim dan Tumim yang digunakan untuk menghakimi bangsa Israel.

it-2 1120

Urim dan Tumim

Sesetengah cendekiawan Bible percaya bahawa Urim dan Tumim digunakan semasa membuat undi. Dalam terjemahan James Moffatt, perkataan Urim dan Tumim diterjemahkan sebagai “undi suci.” Ada juga cendekiawan yang berpendapat bahawa Urim dan Tumim terdiri daripada tiga objek; satu diukir dengan perkataan “ya,” satu dengan perkataan “tidak,” dan satu lagi tidak diukir dengan apa-apa perkataan. Semasa membuang undi, objek yang dicabut akan menjadi jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Objek yang tidak mempunyai ukiran pula bermaksud tiada jawapan. Selain itu, ada cendekiawan yang berpendapat bahawa Urim dan Tumim mungkin merujuk kepada dua keping batu yang leper. Satu belah batu itu berwarna putih, dan satu belah lagi berwarna hitam. Apabila undi dibuang dan kedua-dua batu itu menunjukkan warna putih, hal ini bererti jawapannya ialah “ya.” Sebaliknya, jika kedua-dua batu itu menunjukkan warna hitam, jawapannya ialah “tidak.” Namun, jika satu batu menunjukkan warna putih dan satu lagi menunjukkan warna hitam, hal itu bermaksud tiada jawapan. Pernah sekali, Saul bertanya kepada imam sama ada dia patut menyerang orang Filistin atau tidak, tetapi dia tidak mendapat jawapan daripada Tuhan. Maka dia menyimpulkan bahawa ada orang dalam kalangan askarnya yang telah berdosa. Oleh itu, dia berkata, “Ya Tuhan orang Israel, jawablah dengan Tumim!” Hasilnya, Saul dan Yonatan telah dipilih. Kemudian Saul berkata, “Buanglah undi untuk menentukan sama ada beta atau Yonatan yang bersalah.” Catatan ini menunjukkan bahawa Tumim adalah berbeza dengan undi biasa, tetapi kedua-duanya mempunyai kaitan.—1Sa 14:36-42.

(Keluaran 28:36) “Buatlah satu kepingan nipis daripada emas tulen yang berkilat. Ukirkan perkataan, ‘Kesucian milik Yehuwa’ pada kepingan itu. Ukirkannya seperti mengukir meterai.

it-1 517 per. 4

Dahi

Imam Agung Israel. Pada zaman orang Israel, imam agung harus mengikat sekeping emas tulen pada dahinya, iaitu di bahagian depan serbannya, sebagai “tanda pembaktian suci.” Pada kepingan emas itu, terdapat perkataan “Kesucian milik Yehuwa” yang terukir seperti meterai. (Kel 28:36-38; 39:30) Selaku wakil utama ibadat sejati, imam agung harus tetap suci, dan kepingan emas ini akan mengingatkan seluruh umat Israel bahawa mereka harus sentiasa suci agar ibadat mereka diterima oleh Yehuwa. Selain itu, kepingan emas ini melambangkan Yesus Kristus, iaitu Imam Agung yang lebih besar. Dia telah dilantik oleh Yehuwa untuk menjalankan tugas imam dan memelihara kesucian Tuhan.—Ibr 7:26.

(Keluaran 28:42, 43) Buatlah seluar pendek daripada kain linen untuk menutupi bahagian sulit mereka. Panjang seluar itu mestilah dari pinggang ke paha. 43 Semua itu haruslah dipakai oleh Harun dan anak-anak lelakinya semasa mereka memasuki khemah pertemuan, atau semasa mereka mendekati mazbah untuk bertugas di khemah suci. Mereka mesti berbuat demikian supaya mereka tidak berdosa lalu dihukum mati. Perintah ini haruslah sentiasa dipatuhi oleh Harun dan keturunannya.

w08 15/8 15-16 per. 17

Muliakan Yehuwa dengan Menunjukkan Hormat

17 Kita harus memastikan bahawa kita menunjukkan hormat, terutamanya semasa menyembah Yehuwa. Pengkhutbah 5:1 menyatakan, “Perhatikanlah langkahmu semasa kamu pergi ke rumah Tuhan yang benar.” Musa dan Yosua disuruh untuk menanggalkan kasut mereka apabila mereka berada di tempat yang suci. (Kel. 3:5; Yos. 5:15) Mereka berbuat demikian untuk menunjukkan hormat kepada Tuhan. Para imam Israel juga wajib memakai seluar pendek daripada kain linen “untuk menutupi bahagian sulit mereka.” (Kel. 28:42, 43) Hal ini memastikan bahawa mereka tidak mendedahkan diri sewaktu bertugas di mazbah Tuhan. Semua ahli keluarga imam harus mematuhi piawaian Tuhan yang tinggi.

Mencari Permata Rohani

(Keluaran 28:15-21) “Buatlah sehelai penutup dada penghakiman. Penutup dada ini haruslah disulam daripada bahan-bahan yang digunakan untuk membuat efod, iaitu benang emas, benang biru, benang merah, kain bulu yang dicelup ungu, dan kain linen halus yang dipintal. 16 Penutup dada itu haruslah berbentuk segi empat apabila dilipat dua. Ukurannya haruslah 22.2 sentimeter panjang dan 22.2 sentimeter lebar. 17 Penutup dada itu harus ditatah dengan empat baris batu permata. Pada baris pertama, batu delima, batu topaz, dan batu zamrud. 18 Pada baris kedua, batu firus, batu nilam, dan batu jasper. 19 Pada baris ketiga, batu leshem, batu akik, dan batu kecubung. 20 Pada baris keempat, batu krisolit, batu oniks, dan batu jed. Batu-batu itu haruslah ditatah pada bingkai emas. 21 Ukirkan nama 12 anak lelaki Israel di atas batu-batu itu, seperti mengukir meterai. Ukirkan satu nama di atas satu batu. Nama-nama itu melambangkan 12 suku Israel.

w12 1/8 26 per. 1-3

Tahukah Anda?

Dari manakah orang Israel mendapatkan batu-batu berharga untuk membuat penutup dada imam agung?

Selepas orang Israel keluar dari Mesir, Tuhan menyuruh mereka untuk membuat penutup dada ini. (Keluaran 28:15-21) Penutup dada ini ditatah dengan batu-batu berharga, seperti delima, topaz, zamrud, firus, nilam, jasper, leshem, akik, kecubung, krisolit, oniks, dan jed. Dari manakah mereka mendapatkan batu-batu berharga ini?

Pada zaman Bible, batu-batu berharga amat bernilai dan selalu digunakan dalam urusan jual beli. Contohnya, orang Mesir kuno mendapatkan batu-batu berharga dari kawasan yang jauh, seperti Iran, Afghanistan, dan kemungkinan besar India. Lombong di Mesir menghasilkan beberapa jenis batu berharga. Raja Mesir menguasai kebanyakan lombong dalam kawasan pemerintahan mereka. Selain itu, Ayub pernah menyatakan bahawa pada zamannya, orang menggali lombong di bawah tanah untuk mencari batu-batu berharga, seperti nilam dan topaz.—Ayub 28:1-11, 19.

Buku Keluaran menyatakan bahawa orang Israel “menjarah harta orang Mesir” sewaktu mereka meninggalkan Mesir. (Keluaran 12:35, 36) Maka, kita dapat menyimpulkan bahawa batu-batu berharga yang digunakan untuk membuat penutup dada imam agung mungkin diambil dari Mesir.

(Keluaran 28:38) Harun mesti memakainya pada dahinya, dan dia akan bertanggungjawab apabila orang Israel berdosa terhadap benda-benda suci, iaitu semasa mereka mempersembahkan korban suci kepada-Ku. Kepingan itu mestilah selalu diikat pada dahi Harun, supaya Aku, Yehuwa, berkenan kepada mereka.

it-1 1356 per. 2

Kesucian

Binatang dan Hasil Tuaian. Anak jantan sulung lembu, bebiri, dan kambing, tidak boleh ditebus kerana binatang-binatang itu suci bagi Yehuwa. Binatang-binatang ini harus dikorbankan, dan sebahagian daripadanya harus diberikan kepada para imam. (Bil 18:17-19) Hasil tuaian pertama dan persembahan persepuluhan juga suci. Begitu juga dengan semua korban dan pemberian yang dikhaskan untuk kegunaan khemah suci. (Kel 28:38) Semua benda yang dikhaskan untuk Yehuwa adalah suci dan tidak boleh dipandang ringan atau digunakan untuk tujuan yang lain. Contohnya, jika seseorang mengekhaskan sebahagian hasil tuaian gandumnya sebagai persembahan persepuluhan untuk Yehuwa, tetapi kemudiannya dia atau ahli keluarganya secara tidak sengaja menggunakan gandum itu untuk tujuan lain, seperti memasak, dia sudah melanggar hukum Tuhan. Hukum Tuhan menyatakan bahawa dia harus membayar balik jumlah yang diambilnya dan menambah 20 peratus lagi daripada jumlah itu. Selain itu, dia harus mempersembahkan seekor bebiri jantan yang tidak ada kecacatan sebagai korban ganti rugi. Ya, hukum ini menekankan betapa pentingnya menghormati benda-benda yang suci bagi Yehuwa.—Im 5:14-16.

28 SEPTEMBER–4 OKTOBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | KELUARAN 29-30

“Sumbangan kepada Yehuwa”

(Keluaran 30:11, 12) Yehuwa berfirman kepada Musa, 12 “Apabila kamu mengadakan banci untuk mengira bilangan lelaki umat Israel, setiap lelaki mesti membayar wang tebusan bagi nyawanya kepada Aku, Yehuwa. Dengan demikian, mereka tidak akan ditimpa bencana semasa banci dijalankan.

it-2 367

Pendaftaran

Di Sinai. Pada bulan kedua tahun kedua selepas orang Israel keluar dari Mesir, mereka sampai di padang belantara Sinai. Di situ, Yehuwa mengarahkan Musa untuk melakukan pembancian buat kali pertama. Setiap suku memilih seorang ketua untuk membantu Musa melakukan kerja pembancian. Semua lelaki yang berumur 20 tahun dan ke atas dan layak menjadi askar Israel harus didaftarkan. Selain itu, mereka harus membayar cukai kepala sebanyak setengah syekel ($1.10). Cukai itu akan digunakan untuk membiayai segala kerja yang dijalankan di khemah pertemuan. (Kel 30:11-16; Bil 1:1-16, 18, 19) Bilangan orang yang didaftarkan berjumlah 603,550. Bilangan ini tidak termasuk suku Lewi yang tidak mempunyai tanah warisan. Mereka tidak perlu membayar cukai kepala dan dikecualikan daripada khidmat tentera.—Bil 1:44-47; 2:32, 33; 18:20, 24.

(Keluaran 30:13-15) Mereka yang telah dihitung haruslah memberikan setengah syekel perak menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci. Satu syekel sama dengan 20 gera. Ya, sumbangan yang harus diberikan kepada Aku, Yehuwa, ialah setengah syekel perak. 14 Setiap orang yang dihitung, iaitu mereka yang berusia 20 tahun dan ke atas, haruslah memberikan sumbangan kepada Aku, Yehuwa. 15 Orang kaya tidak boleh memberi lebih dan orang miskin tidak boleh memberi kurang daripada setengah syekel perak sebagai sumbangan kepada Aku, Yehuwa, untuk menebus nyawa mereka.

it-2 870 per. 3

Sumbangan

Sesetengah sumbangan diwajibkan dalam Hukum Musa. Semasa Musa membanci bangsa Israel, setiap lelaki yang berusia 20 tahun dan ke atas harus membayar wang tebusan bagi nyawa mereka. Jumlah yang perlu dibayar ialah “setengah syekel perak [kira-kira $1.10] menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci.” Bayaran ini ialah ‘sumbangan kepada Yehuwa’ untuk menebus nyawa mereka dan untuk “membiayai segala kerja yang dijalankan di khemah pertemuan.” (Kel 30:11-16) Menurut Josephus, seorang sejarawan Yahudi (The Jewish War, VII, 218 [vi, 6]), “cukai suci” ini harus dibayar setiap tahun.—2Ta 24:6-10; Mt 17:24.

(Keluaran 30:16) Kumpulkan wang perak yang diberikan oleh orang Israel dan gunakannya untuk membiayai segala kerja yang dijalankan di khemah pertemuan. Wang perak ini merupakan tebusan untuk orang Israel dan akan menjadi tanda peringatan untuk Aku, Yehuwa.”

w11 1/11 12 per. 1-2

Tahukah Anda?

Bagaimanakah kerja yang dilakukan di Rumah Tuhan di Yerusalem dibiayai?

Kerja-kerja di Rumah Tuhan dibiayai menerusi cukai, terutamanya persembahan persepuluhan yang diwajibkan dalam Hukum Musa. Tetapi, orang Israel juga perlu membayar cukai-cukai yang lain. Contohnya, sewaktu khemah suci dibina, Yehuwa menyuruh Musa untuk mengumpulkan setengah syekel perak daripada setiap lelaki Israel yang telah didaftarkan. Bayaran ini ialah ‘sumbangan kepada Yehuwa.’—Keluaran 30:12-16.

Pada kemudian hari, cukai ini menjadi “cukai Rumah Tuhan” yang dibayar oleh setiap orang Yahudi sekali setahun. Inilah cukai yang dimaksudkan oleh Yesus semasa dia menyuruh Petrus membayar cukai dengan menggunakan duit perak dari mulut ikan.—Matius 17:24-27.

Mencari Permata Rohani

(Keluaran 29:10) “Bawalah lembu jantan itu ke hadapan khemah pertemuan. Harun dan anak-anak lelakinya haruslah meletakkan tangan mereka di atas kepala lembu itu.

it-2 975 per. 5

Tangan

Meletakkan Tangan. Pada zaman Israel kuno, perbuatan meletakkan tangan ke atas seseorang atau sesuatu membawa maksud tertentu. Pada umumnya, perbuatan ini bererti seseorang atau sesuatu telah dipilih. Semasa upacara pelantikan imam, Harun dan anak-anak lelakinya meletakkan tangan mereka di atas kepala seekor lembu jantan dan dua ekor bebiri jantan, yang akan dipersembahkan sebagai korban. Dengan demikian, mereka sedang menunjukkan binatang-binatang ini telah dipilih untuk dikorbankan bagi pelantikan mereka sebagai imam Yehuwa. (Kel 29:10, 15, 19; Im 8:14, 18, 22) Atas arahan Yehuwa, Musa telah meletakkan tangannya ke atas Yosua agar Yosua dapat “menerima kuasa suci Tuhan dan dikurniai kebijaksanaan” untuk menggantikan Musa sebagai pemimpin orang Israel. (Ul 34:9) Perbuatan meletakkan tangan ke atas seseorang juga bermaksud bahawa orang itu dipilih untuk menerima berkat. (Kej 48:14; Mr 10:16) Yesus Kristus telah menyentuh, atau meletakkan tangannya, ke atas orang yang sakit untuk menyembuhkan mereka. (Mt 8:3; Mr 6:5; Lu 13:13) Kadangkala, para rasul meletakkan tangan ke atas orang agar mereka menerima kuasa suci Tuhan.—Kis 8:14-20; 19:6.

(Keluaran 30:31-33) “Beritahulah orang Israel, ‘Minyak ini harus menjadi minyak suci untuk-Ku secara turun-temurun. 32 Minyak ini tidak boleh digunakan oleh orang biasa, dan jangan membuat apa-apa sahaja dengan menggunakan campuran yang sama. Minyak ini suci, dan kamu harus sentiasa menganggapnya sebagai sesuatu yang suci. 33 Sesiapa yang membuat minyak wangi sepertinya dan menggunakannya bagi orang biasa, haruslah dihukum mati.’”

it-2 1118 per. 3

Mengurapi

Dalam Hukum Musa, Yehuwa memberitahu Musa ramuan untuk minyak suci. Minyak itu harus dibuat daripada bahan-bahan yang terbaik, seperti mur, batang kayu manis, rumput yang harum, kulit kayu manis, dan minyak zaitun. (Kel 30:22-25) Setelah seseorang dilantik dan diurapi dengan minyak itu, pelantikannya adalah suci dan tidak boleh dipandang ringan. Maka, sesiapa yang membuat minyak suci itu dan menggunakannya secara sembarangan, akan dihukum mati.—Kel 30:31-33.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi