PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g18 No. 2 ms. 12
  • 9 Identiti

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 9 Identiti
  • Sedarlah!—2018
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MAKSUDNYA
  • MENGAPA PENTING
  • LANGKAH-LANGKAH
  • Siapakah Diriku?
    Jawapan kepada 10 Pertanyaan Kaum Muda
  • Mementingkan Nilai-Nilai Moral
    Sedarlah!—2019
  • Bagaimanakah Saya Dapat Melawan Godaan?
    Kaum Muda Bertanya
  • Kandungan
    Sedarlah!—2020
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2018
g18 No. 2 ms. 12
Seorang pemuda berdiri teguh bersebelahan pokok yang ditiup angin

Identiti yang teguh akan bantu anda mengharungi ribut yang dahsyat

KAUM MUDA

9 Identiti

MAKSUDNYA

Identiti anda bukan sahaja melibatkan nama dan paras rupa anda, malah merangkumi nilai, pegangan, dan keperibadian anda. Identiti anda ialah semua ciri—dari dalam sampai luar​—yang membentuk diri anda.

MENGAPA PENTING

Jika identiti anda teguh, pendirian anda akan teguh, dan anda tidak akan dikawal oleh rakan sebaya.

“Ramai orang seperti boneka di kedai pakaian. Apa yang mereka pakai ditentukan oleh orang lain.”​—Adrian.

“Saya belajar untuk berpegang pada apa yang betul biarpun susah. Kawan sejati akan menghormati pegangan saya dan membuat saya berasa selesa.”​—Courtney.

PRINSIP BIBLE: “Jangan lagi dibentuk mengikut sistem dunia ini, tetapi ubahlah fikiran kamu.”​—Roma 12:2.

LANGKAH-LANGKAH

Fikirkan: Saya orang yang macam mana sekarang? Saya ingin jadi orang yang macam mana pada masa depan? Cuba kenal pasti kekuatan, kelemahan, dan pegangan anda, dengan menjawab soalan-soalan berikut:

Kekuatan: Apakah bakat dan kemahiran saya? Apakah kelebihan saya? (Contohnya: Adakah saya menepati masa? mampu mengawal diri? rajin? murah hati?) Apakah hal baik yang pernah saya lakukan?

TIP: Adakah anda berasa susah untuk menemui perkara positif tentang diri anda? Tanyalah ibu bapa atau sahabat yang dipercayai: Apakah kekuatan saya? Mengapa?

PRINSIP BIBLE: “Hendaklah setiap orang memeriksa perbuatannya sendiri, dan dengan demikian, dia akan berasa gembira kerana apa yang sudah dilakukannya dan bukannya kerana dia membandingkan diri dengan orang lain.”​—Galatia 6:4.

Kelemahan: Apakah sifat-sifat saya yang perlu dimantapkan? Bilakah saya paling mudah tunduk kepada godaan? Dalam hal apakah saya perlu lebih mengawal diri?

PRINSIP BIBLE: “Jika kita berkata, ‘Kita tidak mempunyai dosa,’ kita sedang menipu diri sendiri.”​—1 Yohanes 1:8.

Pegangan: Apakah pegangan moral saya? Mengapakah saya mengikutnya? Adakah saya percaya Tuhan wujud? Apakah bukti yang meyakinkan saya tentang kewujudan-Nya? Bagi saya, apakah perbuatan yang tidak adil, dan mengapa? Apakah yang saya percaya tentang masa depan?

PRINSIP BIBLE: “Daya pemikiran akan melindungimu, dan pengertian akan menjagamu.”​—Amsal 2:11.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi