PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g20 No. 1 ms. 4
  • Apakah Penyebab Stres?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Penyebab Stres?
  • Sedarlah!—2020
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah Itu Stres?
    Sedarlah!—2020
  • Adakah Anda Stres?
    Sedarlah!—2020
  • Kandungan
    Sedarlah!—2020
  • Apa yang Dapat Dilakukan sewaktu Anda Stres
    Sedarlah!—2020
Sedarlah!—2020
g20 No. 1 ms. 4

CARA MENANGANI STRES

Apakah Penyebab Stres?

Menurut Mayo Clinic, “kebanyakan orang dewasa menghadapi semakin banyak tekanan. Kehidupan moden tidak menentu dan penuh dengan perubahan.” Perhatikan beberapa penyebab stres:

  • perceraian

  • kematian orang tersayang

  • sakit tenat

  • kemalangan yang serius

  • jenayah

  • kehidupan yang terlalu sibuk

  • bencana

  • tekanan di sekolah atau tempat kerja

  • kerisauan tentang pekerjaan dan masalah kewangan

“SEMASA KEHILANGAN KERJA,”

kata Persatuan Psikologi Amerika, “seseorang mungkin sangat hancur hati. Tamparan itu dapat menyebabkan dia jatuh sakit, mengalami masalah perkahwinan, dibebani kekhuatiran, menjadi murung, atau bahkan ingin bunuh diri. Apabila seseorang kehilangan kerjanya, seluruh kehidupannya dipengaruhi.”

STRES PADA ZAMAN KANAK-KANAK

Kanak-kanak pun dapat berasa stres. Ada yang dibuli di sekolah atau diabaikan di rumah. Yang lain didera secara fizikal, emosi, atau seksual. Ramai kanak-kanak berasa tertekan kerana peperiksaan dan keputusan di sekolah. Ada pula yang melihat ibu bapa mereka bercerai. Kanak-kanak yang tertekan mungkin mengalami mimpi ngeri, berasa susah untuk belajar, menjadi murung, atau cenderung menyendiri. Ada yang susah mengawal emosi sendiri. Kanak-kanak yang menderita akibat stres perlu dibantu dengan segera.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi