PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g20 No. 1 ms. 14-15
  • Anda Dapat Hidup Tanpa Stres

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Anda Dapat Hidup Tanpa Stres
  • Sedarlah!—2020
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kandungan
    Sedarlah!—2020
  • Kerajaan Tuhan Membawa “Kedamaian yang Melimpah”
    Sedarlah!—2019
  • Apa yang Dapat Dilakukan sewaktu Anda Stres
    Sedarlah!—2020
  • Kerajaan Tuhan—Mengapa Penting bagi Yesus
    Menara Pengawal—2014
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2020
g20 No. 1 ms. 14-15
Seorang budak lelaki dan bapanya bermain di laut, manakala ibunya, kakaknya, dan adik perempuannya melihat mereka dari pantai.

CARA MENANGANI STRES

Anda Dapat Hidup Tanpa Stres

Nasihat yang bijak dalam Bible dapat membantu kita mengelakkan banyak stres. Sudah pasti, kita tidak dapat melenyapkan semua penyebab stres, tetapi Pencipta kita mampu melakukannya. Dia sudah melantik Yesus Kristus untuk membantu kita. Semasa Yesus berada di bumi, dia pernah melakukan mukjizat untuk membantu manusia. Pada masa depan, dia akan melakukan perkara yang lebih menakjubkan di seluruh bumi. Perhatikan beberapa contoh:

YESUS AKAN MENYEMBUHKAN ORANG SAKIT.

“Semua orang yang menderita kerana menghidap pelbagai penyakit dibawa kepadanya . . . , lalu dia menyembuhkan mereka.”​—MATIUS 4:24.

YESUS AKAN MENYEDIAKAN TEMPAT TINGGAL DAN MAKANAN UNTUK SEMUA.

“Orang akan membina rumah dan mendiaminya; mereka akan mengusahakan ladang anggur dan memakan hasilnya. Rumah yang dibina oleh mereka tidak akan didiami oleh orang lain, dan apa yang ditanam oleh mereka tidak akan dimakan oleh orang lain.”​—YESAYA 65:21, 22.

PEMERINTAHAN YESUS AKAN MEMBAWA KEDAMAIAN DAN KESELAMATAN SEDUNIA.

“Di bawah pemerintahannya, orang yang baik akan hidup makmur dan menikmati kedamaian yang melimpah selagi bulan bercahaya. Dia akan memerintah dari laut ke laut, dan dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi. . . . Musuh-musuhnya akan dikalahkan.”​—MAZMUR 72:7-9.

YESUS AKAN MELENYAPKAN KETIDAKADILAN.

“Dia akan mengasihani orang yang miskin dan orang yang lemah, dan dia akan menyelamatkan nyawa orang yang papa kedana. Dia akan menyelamatkan mereka daripada keganasan dan penindasan.”​—MAZMUR 72:13, 14.

YESUS BAHKAN AKAN MELENYAPKAN PENDERITAAN DAN KEMATIAN.

“Kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.”​—WAHYU 21:4.

“MASA GENTING YANG SUKAR DIHADAPI”

“Hari ini, dunia lebih tertekan, khuatir, sedih, dan kesakitan daripada yang pernah kami lihat.”​—M. S. Younis, pengarang urusan Gallup.

Mengapakah dunia sekarang penuh dengan stres? Di 2 Timotius 3:1-5, Bible menjelaskan bahawa “pada hari-hari terakhir, akan tiba masa genting yang sukar dihadapi,” kerana orang pada masa ini akan menunjukkan sifat-sifat buruk seperti tamak, angkuh, berpura-pura alim, garang, tiada kasih sayang, dan tidak tahu mengawal diri. Tetapi hari-hari terakhir ini akan tamat apabila Yesus Kristus memerintah seluruh bumi sebagai Raja Kerajaan Tuhan di syurga.​—Daniel 2:44.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi