PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w15 1/10 ms. 4
  • Adakah Doa Kita Didengari?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Doa Kita Didengari?
  • Menara Pengawal—2015
  • Bahan yang Berkaitan
  • Menghampiri Tuhan Melalui Doa
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Adakah Tuhan Mendengar Doa Kita?
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Doa—Penghormatan yang Istimewa
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Hampiri Tuhan melalui Doa
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2015
w15 1/10 ms. 4
Semasa murid-muridnya menunduk kepala, Yesus menengadah ke langit dan berdoa

TOPIK UTAMA | APAKAH MANFAATNYA BERDOA?

Adakah Doa Kita Didengari?

Sesetengah orang berasa bahawa doa hanya membazirkan masa kerana Tuhan tidak akan mendengarkan doa mereka. Ada pula yang cuba berdoa tetapi berasa bahawa doa mereka tidak dikabulkan. Seorang ateis cuba membayangkan Tuhan dan berdoa, “Tuhan, cakaplah sesuatu.” Tetapi dia berkata bahawa Tuhan “tetap berdiam.”

Namun, Bible meyakinkan kita bahawa Tuhan wujud dan Dia mendengar doa kita. Bible berkata, ‘Kamu berseru minta tolong kepada Tuhan, Dia akan menjawab.’ (Yesaya 30:19) Satu lagi ayat Bible berkata, “Tuhan berkenan apabila orang baik berdoa.”—Amsal 15:8.

Yesus berdoa kepada Tuhan dan “Tuhan mendengar doanya.”—Ibrani 5:7

Bible juga memberikan contoh mengenai doa orang yang didengari oleh Tuhan. Yesus telah “berdoa dengan bersungguh-sungguh dan merayu . . . kepada Tuhan yang dapat menyelamatkannya” dan “Tuhan mendengar doanya.” (Ibrani 5:7) Contoh-contoh lain boleh didapati di Daniel 9:20, 21 dan 2 Tawarikh 7:1.

Mengapakah sesetengah orang berasa bahawa doa mereka tidak dijawab? Jika kita ingin doa kita didengari, kita harus berdoa kepada Tuhan Yehuwa,a dan bukannya kepada peribadi lain. Tuhan juga ingin kita “memohon apa sahaja yang selaras dengan kehendak-Nya.” Jika kita berdoa dalam cara sedemikian, kita boleh pasti bahawa “Dia mendengarkan kita.” (1 Yohanes 5:14) Jadi, kita harus mengenali Tuhan dan belajar tentang kehendak-Nya.

Banyak orang percaya bahawa doa bukan sekadar upacara agama. Sebaliknya, Tuhan mendengar dan menjawab doa mereka. Isaac, dari Kenya, berkata, “Saya berdoa agar mendapat bantuan untuk memahami Bible. Tidak lama kemudian, seseorang datang dan menawarkan bantuan itu.” Di Filipina, Hilda ingin menghentikan tabiat merokok. Tetapi dia sering gagal, jadi suaminya mencadangkan, “Cubalah berdoa dan minta bantuan Tuhan.” Hilda menerapkan nasihat itu dan berkata, “Saya berasa kagum terhadap cara Tuhan membantu saya. Saya mula hilang keinginan untuk merokok dan dapat menghentikan tabiat ini.”

Sekiranya doa anda selaras dengan kehendak Tuhan, adakah Dia akan membantu anda?

a Yehuwa ialah nama Tuhan seperti yang tercatat di dalam Bible.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi