Jadual Perjumpaan Aktiviti Penyebaran
Minggu Bermula 10 Mac
Lagu 131
10 min: Pengumuman tempatan. Dengan menggunakan cadangan pada muka surat 8 atau mana-mana penyampaian yang sesuai, tunjukkan cara menawarkan majalah tempatan No. 803 Violence Against Women—What Is the Bible’s View? dan majalah tempatan No. 802 Death—Is It Really the End? bersama dengan jemputan ke sambutan Peringatan.
20 min: Mengapakah Kita Perlu Berhimpun? Ceramah dan perbincangan bersama hadirin berdasarkan majalah pembelajaran (E) 15 Mei 2007, muka surat 11-13. Jemput para hadirin untuk menceritakan bagaimana mereka memperoleh manfaat daripada menghadiri perjumpaan dan bagaimana mereka berjaya mengatasi halangan agar dapat menghadiri perjumpaan secara tetap.
15 min: “Kita Masing-masing Boleh Memberikan Sesuatu kepada Yehuwa.”a Jika masa mengizinkan, jemput para hadirin untuk memberikan komen berdasarkan ayat-ayat rujukan daripada Bible.
Lagu 8
Minggu Bermula 17 Mac
Lagu 144
10 min: Pengumuman tempatan. Ingatkan para hadirin untuk membawa majalah tempatan No. 804 Will We Ever Be Free of Crime? dan majalah tempatan No. 803 Violence Against Women—What Is the Bible’s View? ke Perjumpaan Aktiviti Penyebaran minggu hadapan. Semua orang patut membuat persiapan untuk membincangkan penyampaian-penyampaian yang sesuai untuk kawasan penyebaran tempatan. Pengumuman terpilih daripada Kerja Teokratik Kita.
15 min: Kotak Pertanyaan. Untuk dikendalikan oleh seorang penatua. Baca dan bincangkan seluruh artikel.
20 min: “Bagaimanakah Kita Dapat Membantu Mereka yang Menghadiri Peringatan?”b Semasa membincangkan perenggan 5, adakan satu demonstrasi ringkas yang menunjukkan cara memulakan pembelajaran Bible dengan seseorang yang telah menghadiri sambutan Peringatan tetapi belum menerima pembelajaran Bible.
Lagu 214
Minggu Bermula 24 Mac
Lagu 111
Perhatian: Maklumat tentang konvensyen distrik tidak patut dibincangkan sebelum minggu bermula 24 Mac. Jika tiada kunjungan penyelia litar pada minggu bermula 24 Mac, sidang tidak patut memindahkan Perjumpaan Aktiviti Penyebaran untuk minggu 24 Mac ke minggu yang lebih awal. Recommended Lodging List (Senarai Penginapan yang Disyorkan) harus diletakkan pada papan kenyataan selepas Perjumpaan Aktiviti Penyebaran. Jika Perjumpaan Aktiviti Penyebaran sidang pada minggu 24 Mac dibatalkan kerana perhimpunan litar, Senarai Penginapan yang Disyorkan harus diberikan kepada setiap penyelia kumpulan pembelajaran buku. Mereka patut mengumumkan tarikh dan lokasi konvensyen semasa pembelajaran buku minggu tersebut. Para penyiar dalam kumpulan boleh mencatatkan nombor telefon hotel untuk membuat tempahan mereka. Namun, salinan senarai tersebut tidak boleh dibuat untuk para penyiar.
8 min: Pengumuman tempatan. Bacakan laporan kewangan dan surat akuan derma.
12 min: Membuat Persediaan untuk Menawarkan Majalah Tempatan. Perbincangan bersama hadirin. Secara ringkas, nyatakan kandungan majalah tempatan No. 804 Will We Ever Be Free of Crime? dan majalah tempatan No. 803 Violence Against Women—What Is the Bible’s View? Kemudian, tanya para hadirin: Artikel manakah yang mungkin akan menarik minat penduduk di kawasan penyebaran? Apakah sebabnya? Jemput hadirin untuk menyatakan isi-isi spesifik daripada artikel yang ingin diperkenalkan. Apakah soalan yang boleh digunakan untuk memulakan perbualan? Apakah ayat Bible dalam artikel yang boleh dibacakan? Dengan menggunakan penyampaian-penyampaian yang dicadangkan, tunjukkan cara menawarkan majalah tempatan No. 804 Will We Ever Be Free of Crime? dan majalah tempatan No. 803 Violence Against Women—What Is the Bible’s View?
25 min: “Konvensyen Distrik Saksi-Saksi Yehuwa 2008.”c Untuk dikendalikan oleh setiausaha sidang. Sebelum membincangkan sisipan ini, bacakan surat konvensyen yang bertarikh 15 Mac 2008. Semasa membincangkan perenggan 7, bacakan setiap butiran dalam kotak “Garis Panduan Penempahan Bilik” dan “Langkah-langkah untuk Menempah Bilik Hotel” pada kotak di muka surat 4. Hal ini tidak perlu dilakukan sekiranya konvensyen diadakan di kawasan tempatan dan para penyiar dalam sidang tidak perlu menginap di hotel. Galakkan semua agar membuat perancangan seawal yang mungkin untuk menghadiri konvensyen.
Lagu 29
Minggu Bermula 31 Mac
Lagu 37
10 min: Pengumuman tempatan. Ingatkan para penyiar untuk menyerahkan laporan aktiviti penyebaran untuk bulan Mac.
20 min: Gunakan 2008 Yearbook dengan Baik. Ceramah dan perbincangan bersama hadirin. Bincangkan “Sepucuk Surat daripada Badan Pimpinan,” pada muka surat 6 Kerja Teokratik Kita (ms. 3-5 2008 Yearbook). Jemput dua atau tiga orang yang hadir untuk menceritakan pengalaman daripada Yearbook yang telah banyak menggalakkan mereka. Maklumkan satu atau dua orang penyiar terlebih dahulu untuk memberikan komen tentang cara mereka menjadualkan masa untuk membaca Yearbook secara peribadi. Akhiri bahagian ini dengan menggalakkan hadirin untuk membaca seluruh buku ini.
15 min: “Menggalakkan Satu Sama Lain semasa Menjalankan Aktiviti Penyebaran”d
Lagu 122
Minggu Bermula 7 April
Lagu 186
10 min: Pengumuman tempatan.
20 min: Mengapakah Anda Menangguhkan Pembaptisan? Ceramah yang disampaikan oleh seorang penatua berdasarkan majalah pembelajaran (E) 1 Julai 2006, muka surat 29-30, perenggan 14-17. Secara ringkas, temu ramah satu atau dua orang penyiar yang telah dibaptiskan semasa mereka masih remaja. Apakah yang telah mendorong mereka untuk mengambil langkah yang penting ini pada usia yang muda? Bagaimanakah pembaptisan membantu mereka untuk menjadi matang secara rohani dan dengan demikian melindungi mereka daripada jerat-jerat Syaitan?
15 min: Pernahkah Anda Mencuba Pendekatan Secara Langsung? Ceramah dan perbincangan bersama hadirin berdasarkan sisipan Kerja Teokratik Kita (E) Januari 2002, muka surat 6. Bincangkan contoh-contoh penyampaian yang diberikan dan bagaimana penyampaian tersebut boleh diubahsuaikan untuk memulakan pembelajaran Bible dengan menggunakan buku Bible Teach. Kemudian, adakan satu atau dua demonstrasi. Galakkan para hadirin untuk mencuba pendekatan secara langsung sekurang-kurangnya sekali pada minggu yang akan datang untuk memulakan pembelajaran Bible dengan menggunakan buku Bible Teach.
Lagu 225
[Nota kaki]
a Pastikan komen pengenalan tidak melebihi seminit, kemudian ikuti dengan perbincangan dalam bentuk soal jawab.
b Pastikan komen pengenalan tidak melebihi seminit, kemudian ikuti dengan perbincangan dalam bentuk soal jawab.
c Pastikan komen pengenalan tidak melebihi seminit, kemudian ikuti dengan perbincangan dalam bentuk soal jawab.
d Pastikan komen pengenalan tidak melebihi seminit, kemudian ikuti dengan perbincangan dalam bentuk soal jawab.