PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 3/08 ms. 3-5
  • Konvensyen Distrik Saksi-Saksi Yehuwa 2008

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Konvensyen Distrik Saksi-Saksi Yehuwa 2008
  • Kerja Teokratik Kita—2008
  • Bahan yang Berkaitan
  • Konvensyen Distrik Saksi-Saksi Yehuwa 2009
    Kerja Teokratik Kita—2008
  • Konvensyen Distrik Saksi-Saksi Yehuwa 2007 “Ikutlah Kristus!”
    Kerja Teokratik Kita—2007
  • Kekalkan ‘Kelakuan Baik di antara Orang yang Tidak Mengenal Tuhan’
    Kerja Teokratik Kita—2014
  • Konvensyen Distrik Kita—Kesaksian untuk Kebenaran
    Kerja Teokratik Kita—2012
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2008
km 3/08 ms. 3-5

Konvensyen Distrik Saksi-Saksi Yehuwa 2008

1 Dalam buku Ibrani, hawari Paulus menggalakkan orang Kristian untuk berhimpun bersama-sama dan menggalakkan satu sama lain “lebih-lebih lagi” kerana “hari itu,” iaitu hari pembinasaan sistem dunia ini kian mendekat. (Ibr. 10:​24, 25) Terdapat semakin banyak bukti yang menunjukkan bahawa “hari itu” memang sudah dekat! Oleh itu, kita menghargai peluang untuk berhimpun bersama-sama saudara dan saudari kita bagi menerima pengajaran rohani yang dapat membimbing kita untuk mengharungi “hari-hari terakhir” yang semakin berbahaya ini. (2 Tim. 3:⁠1) Di konvensyen distrik 2008 yang akan datang, kita mempunyai peluang untuk menerima pengajaran sebegini.

2 Hadiri Program untuk Ketiga-tiga Hari: Kami menggalakkan anda untuk menghadiri program konvensyen untuk ketiga-tiga hari. Dengan tidak ‘menghentikan kebiasaan berkumpul bersama-sama,’ kita tidak akan terlepas peluang untuk menikmati sajian rohani yang akan dihidangkan di konvensyen ini. (Ibr. 10:25) Buatlah persediaan seawal yang mungkin. Anda mungkin ingin memaklumkan majikan anda pada tarikh yang awal agar dia dapat membuat penyelarasan yang diperlukan. Jika konvensyen anda akan diadakan pada hari persekolahan, maklumkan rancangan anda kepada guru kelas anak-anak anda. Beritahu mereka bahawa konvensyen tahunan merupakan sebahagian daripada penyembahan anda. Usaha yang anda curahkan untuk mendahulukan kepentingan Kerajaan Tuhan sudah tentu akan diberkati oleh Yehuwa.​—Mat. 6:⁠33.

3 Bantu Orang Lain Hadir: Paulus juga merayu kepada saudara-saudaranya untuk ‘memperhatikan satu sama lain.’ (Ibr. 10:24) Adakah saudara saudari di kumpulan Pembelajaran Buku anda memerlukan bantuan untuk menghadiri konvensyen? Bolehkah anda membantu pelajar-pelajar Bible anda untuk memanfaatkan konvensyen ini walaupun mereka dapat hadir untuk satu hari sahaja? Semasa memaklumkan anggota keluarga yang tidak sekepercayaan tentang rancangan konvensyen anda, undanglah mereka untuk menghadiri konvensyen ini bersama-sama anda. Usaha yang dicurahkan dan kasih yang diperlihatkan oleh anda boleh membawa berkat-berkat yang tiada bandingnya.

4 Memperoleh Maklumat: Setiap tahun, ramai orang menelefon pejabat cawangan untuk memperoleh maklumat tentang tarikh dan lokasi konvensyen-konvensyen yang akan diadakan. Hampir semua panggilan yang diterima oleh pejabat cawangan dibuat oleh saudara saudari yang ingin menghadiri konvensyen lain. Sebelum menghubungi pejabat cawangan, kami menyarankan agar anda berjumpa dengan koordinator badan penatua sidang anda terlebih dahulu. Dia mungkin telah menerima maklumat yang anda perlukan.

5 Jika anda akan menghadiri konvensyen selain daripada konvensyen yang telah ditetapkan untuk sidang anda, anda boleh memperoleh maklumat penginapan dengan menyurati ibu pejabat konvensyen. Gunakan alamat yang dicatatkan pada halaman belakang borang Special Needs Room Request (Permohonan Penginapan Keperluan Khas). Borang ini akan dihantar kepada setiausaha-setiausaha sidang tidak lama lagi. Bagi memastikan surat anda dibalas, sila sertakan sampul surat bersetem yang mempunyai alamat anda.

6 Keperluan Khas: Jika seorang penyiar memerlukan bantuan untuk mendapatkan penginapan, Jawatankuasa Sidang harus memutuskan sama ada penyiar tersebut memenuhi syarat untuk mengisi borang Permohonan Penginapan Keperluan Khas atau tidak. Sebelum setiausaha sidang mengirimkan borang ini kepada Bahagian Penginapan, sila rujuk kepada garis panduan yang terdapat pada borang tersebut dan surat bertarikh 14 Disember 2007 yang ditujukan kepada semua badan penatua.

7 Penempahan Bilik: Senarai hotel pada Recommended Lodging List (Senarai Penginapan yang Disyorkan) akan diletakkan pada papan kenyataan sidang pada penghujung Perjumpaan Aktiviti Penyebaran minggu 24 Mac. Sebelum membuat tempahan bilik, sila rujuk kepada kotak “Garis Panduan Penempahan Bilik” dan “Langkah-langkah untuk Menempah Bilik Hotel.” Jangan terima kadar yang lebih tinggi daripada apa yang tertera pada senarai atau menghubungi hotel yang tidak disenaraikan. Sila tunggu sehingga sidang anda menerima senarai yang baru.

8 Perbuatan Baik: Kepatuhan kepada perintah Yehuwa untuk berhimpun bersama-sama membolehkan kita ‘untuk mempelajari apa yang baik.’ Yang penting sekali, kita berpeluang untuk memuliakan nama Yehuwa. (Yes. 48:17) ‘Perbuatan baik kita mudah dilihat’ oleh ramai orang di konvensyen-konvensyen distrik dan sesetengah orang terdorong untuk meluahkan perasaan mereka. (1 Tim. 5:25) Di sebuah bandar di mana konvensyen kita telah diadakan untuk bertahun-tahun lamanya, seorang pengurus hotel berkata, “Kedatangan Saksi-Saksi Yehuwa dan makna konvensyen ini kepada kami telah menjadi buah mulut ramai penduduk di bandar ini. Kami tahu cara Saksi-Saksi Yehuwa membersihkan dewan sivik (lokasi konvensyen) dan tempat letak kereta. Kami berasa senang hati untuk menyambut Saksi-Saksi Yehuwa pada musim panas ini. Kami berharap agar perhubungan yang terjalin akan berterusan untuk tahun-tahun yang akan datang.” Seorang pengurus yang lain telah menceritakan tentang pelbagai kesusahan yang dihadapi semasa berurusan dengan penghibur-penghibur atau orang lain. Kemudian, dia memberi komen tentang kesabaran dan semangat bekerjasama yang diperlihatkan oleh saudara saudari kita sepanjang masa mereka menginap di hotel. Dia berkata, “Kami berharap semua penginap di hotel kami adalah seperti Saksi-Saksi Yehuwa!” Tingkah laku saudara saudari kita telah mengundang komen sebegini dan banyak komen yang serupa. Bayangkan betapa gembiranya hati Yehuwa, Tuhan kita!

9 Yesus memberitahu kita bahawa jika kita ingin terus hidup, kita harus mendengarkan “setiap kata yang difirmankan oleh [Yehuwa].” (Mat. 4:⁠4) Di konvensyen tahunan, Yehuwa membekalkan kita dengan sajian rohani “pada waktu yang ditentukan.” Makanan ini disediakan oleh “hamba yang setia dan bijak[sana].” (Mat. 24:45) Saudara saudari kita berjerih lelah untuk menyediakan dan menyajikan jamuan rohani ini. Semoga kita memperlihatkan kesyukuran untuk penjagaan Yehuwa yang penuh kasih sayang dengan menghadiri dan memberikan sepenuh perhatian pada setiap bahagian yang terdapat dalam atur cara konvensyen kita.

[Soalan Pembelajaran]

1. (a) Kini, mengapakah kita harus mendengar nasihat Paulus kepada orang Kristian abad pertama dengan perasaan yang mendesak? (Baca Ibrani 10:​24, 25.) (b) Tidak lama lagi, apakah peluang yang akan terbuka kepada kita untuk menerapkan nasihat Paulus?

2. (a) Mengapakah penting untuk menghadiri konvensyen untuk ketiga-tiga hari? (b) Apakah persediaan yang boleh kita buat sekarang untuk menghadiri konvensyen?

3. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita prihatin terhadap orang lain?

4. Bagaimanakah kita dapat memperoleh maklumat tentang tarikh dan lokasi konvensyen-konvensyen distrik?

5. Apakah yang patut kita lakukan jika kita ingin menghadiri konvensyen selain daripada konvensyen yang telah ditetapkan untuk sidang kita?

6. Apakah peringatan-peringatan yang berkaitan dengan borang Permohonan Penginapan Keperluan Khas?

7. Bagaimanakah kita dapat memberikan kerjasama semasa menempah bilik hotel? (Lihat kotak “Garis Panduan Penempahan Bilik.”)

8. (a) Bagaimanakah kita dapat memuliakan nama Yehuwa semasa menghadiri konvensyen? (b) Apakah komen yang telah dibuat oleh kakitangan hotel tentang perbuatan baik saudara saudari kita?

9. Bagaimanakah Matius 4:4 menyoroti pentingnya kita memberikan perhatian pada setiap program dalam atur cara konvensyen?

[Kotak pada muka surat 3]

Waktu Program:

Jumaat dan Sabtu

9:20 pagi - 4:55 petang

Ahad

9:20 pagi - 4:00 petang

[Kotak pada muka surat 4]

Garis Panduan Penempahan Bilik:

◼ Jangan hubungi pihak hotel untuk membuat tempahan sebelum Perjumpaan Aktiviti Penyebaran pada minggu bermula 24 Mac 2008.

◼ Seboleh-bolehnya, buatlah tempahan anda dalam bulan April. Jangan tempah bilik hotel menerusi Internet.

◼ Pilih hotel yang tersenarai pada Senarai Penginapan yang Disyorkan sahaja.

◼ Jangan terima kadar yang lebih tinggi daripada kadar yang tertera pada senarai.

◼ Setiap bilik harus ditempah atas nama penginap.

◼ Bagi mematuhi peraturan keselamatan pencegahan kebakaran, bilangan penginap dewasa dalam bilik hotel tidak boleh melebihi had yang tertera pada senarai.

◼ Jangan batalkan tempahan yang pertama.​—Mat. 5:⁠37.

◼ Jangan hubungi hotel yang tidak ada pada senarai untuk menanya sama ada mereka mempunyai kadar yang istimewa bagi konvensyen kita atau tidak.

◼ Jika anda telah menelefon SEMUA hotel yang ada pada senarai dan tiada bilik yang boleh ditempah lagi atau jika anda mempunyai masalah dengan hotel yang tertentu, sila beritahu setiausaha sidang anda. Dia boleh menghubungi Bahagian Penginapan konvensyen dengan menggunakan maklumat yang tercatat pada bahagian atas senarai tersebut.

◼ Jika anda terpaksa membatalkan tempahan, lakukanlah pembatalan anda secepat yang mungkin. Pastikan anda menerima nombor pengesahan pembatalan.

Langkah-langkah untuk Menempah Bilik Hotel:

1. Telefon hotel pada waktu pejabat dengan menggunakan nombor telefon yang terdapat pada senarai. Buatlah demikian supaya anda dapat menempah bilik dengan harga yang tertera pada senarai.

2. Beritahu pihak hotel bahawa anda akan menghadiri konvensyen Saksi-Saksi Yehuwa.

3. Nyatakan tarikh anda akan mendaftar masuk dan mendaftar keluar dari hotel.

4. Jika tiada bilik kosong yang boleh ditempah, telefon hotel lain yang ada pada senarai.

5. Buat tempahan dan minta nombor pengesahan.

6. Buat bayaran pendahuluan dengan kad kredit, cek, atau kiriman wang dalam masa sepuluh hari. Jangan sekali-kali mengirim wang tunai. Jika bayaran pendahuluan dibuat dengan cek atau kiriman wang, tuliskan nombor pengesahan di belakang cek atau kiriman wang.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi