Menyebar kepada “Semua Orang”
1. Bagaimanakah penginjil yang mahir disamakan dengan tukang yang mahir?
1 Seorang tukang yang mahir memiliki banyak alatan. Dia tahu cara dan masa untuk menggunakannya. Begitu juga dengan kita. Sebagai penginjil, kita memiliki banyak alatan yang dapat membantu kita melaksanakan kerja kita. Misalnya, brosur-brosur yang merangkumi banyak topik telah disediakan untuk membantu kita menyebar kepada “semua orang.”(1 Kor. 9:22) Sisipan tentang cadangan untuk menawarkan beberapa brosur ini dan sasaran pembaca telah disertakan.
2. Bilakah kita menggunakan brosur semasa penyebaran?
2 Bila Menggunakan Brosur: Seorang tukang yang mahir akan menggunakan alat yang sesuai untuk kerja tertentu. Begitu juga, kita boleh menawarkan brosur yang memanfaatkan seseorang walaupun bukan tawaran bagi bulan itu. Contohnya, jika tawaran bulanan ialah buku Ajaran Bible dan kita sedang menyebar di kawasan bukan penganut agama Kristian, biasanya penghuni kurang berminat dengan Bible. Maka, adalah lebih baik untuk menawarkan brosur yang bersesuaian untuk memupuk minatnya dan kemudian menawarkan buku Ajaran Bible.
3. Mengapakah kita patut mahir menggunakan alatan penyebaran kita?
3 Bible memuji orang yang cekap bekerja. (Ams. 22:29) Sudah tentu, dewasa ini tiada kerja yang lebih penting daripada melakukan kerja suci semasa kita ‘mengkhabarkan berita baik.’ (Rm. 15:16) Agar menjadi “seorang pekerja yang tidak malu dengan pekerjaannya,” kita akan bertekad untuk mahir menggunakan alatan penyebaran kita.—2 Tim. 2:15.