PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 9/12 ms. 1
  • Gunakan Pendekatan yang Berkesan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Gunakan Pendekatan yang Berkesan
  • Kerja Teokratik Kita—2012
  • Bahan yang Berkaitan
  • “Menawarkan Majalah Lama atau Brosur yang Menarik Minatnya”
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Menyebar kepada “Semua Orang”
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Kotak Pertanyaan
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Bagaimanakah Keadaannya?
    Kerja Teokratik Kita—2011
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2012
km 9/12 ms. 1

Gunakan Pendekatan yang Berkesan

1. Apakah yang kita belajar daripada pendekatan yang digunakan oleh orang Kristian masa awal?

1 Orang Kristian masa awal menyebarkan berita baik kepada orang dari pelbagai budaya dan agama. (Kol. 1:23) Walaupun beritanya sama, iaitu tentang Kerajaan Tuhan, pendekatan disesuaikan mengikut pendengar. Contohnya, Petrus mula dengan memetik kata-kata nabi Yoel semasa menginjil kepada orang Yahudi yang amat menghormati Firman Tuhan. (Kis. 2:14-17) Sebaliknya, perhatikan cara Paulus menaakul dengan orang Yunani di Kisah 17:22-31. Dewasa ini, orang di sesetengah kawasan menghormati Bible, dan kita senang menggunakan Bible sewaktu menginjil kepada mereka. Namun, kita mungkin perlu lebih bijaksana sewaktu bercakap dengan mereka yang tidak berminat terhadap Bible dan agama, atau mereka yang bukan beragama Kristian.

2. Bagaimanakah kita menggunakan tawaran bahan bacaan untuk membantu mereka yang menghormati Bible dan mereka yang tidak?

2 Gunakan Tawaran Bahan Bacaan dengan Baik: Tawaran bahan bacaan untuk tahun aktiviti penyebaran ini akan berubah setiap dua bulan, dan menunjukkan cara menawarkan pelbagai majalah, risalah, dan brosur. Meskipun kebanyakan orang di kawasan penyebaran tidak berminat pada Bible, kita masih boleh membincangkan topik-topik yang dapat menarik minat mereka. Kita mungkin tidak membaca atau merujuk kepada Bible pada kunjungan pertama, namun kita boleh kembali dengan tujuan untuk membina iman mereka yang berminat terhadap Pencipta dan Firman-Nya. Sebaliknya jika kita menyebar di kawasan yang penduduknya menghormati Bible, gunakanlah bahan bacaan dan pendekatan yang bersesuaian dengan kepercayaan mereka. Sebenarnya, kita boleh menawarkan buku Ajaran Bible, brosur Dengarlah Cakap Tuhan, atau Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya bila-bila masa, tidak kira apa yang ditawarkan pada bulan itu. Apa yang penting ialah menggunakan pendekatan yang berkesan.

3. Bagaimanakah hati orang di kawasan penyebaran kita disamakan dengan tanah?

3 Sediakan Tanah: Hati seseorang boleh disamakan dengan tanah. (Luk. 8:15) Ada tanah yang memerlukan lebih banyak persediaan sebelum benih kebenaran Bible dapat berakar dan bertumbuh. Penyebar abad pertama berjaya menanam di pelbagai jenis tanah, dan hal ini memberi mereka kepuasan dan sukacita. (Kis. 13:48, 52) Kita boleh meraih kejayaan yang sama dengan bertumpu pada pendekatan kita semasa menginjil.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi