PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr20 November ms. 1-7
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2020
  • Tajuk Kecil
  • 2-8 NOVEMBER
  • Mencari Permata Rohani
  • 9-15 NOVEMBER
  • Mencari Permata Rohani
  • 16-22 NOVEMBER
  • Mencari Permata Rohani
  • 23-29 NOVEMBER
  • Mencari Permata Rohani
  • 30 NOVEMBER–6 DISEMBER
  • Mencari Permata Rohani
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2020
mwbr20 November ms. 1-7

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

2-8 NOVEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | KELUARAN 39-40

“Musa Mematuhi Perintah dengan Teliti”

(Keluaran 40:1, 2) Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, 2 “Pada hari pertama bulan pertama, engkau harus mendirikan khemah suci, iaitu khemah pertemuan.

(Keluaran 40:16) Musa melakukan segala yang telah diperintahkan oleh Yehuwa. Dia melakukan semuanya seperti yang diperintahkan.

w05 15/7 26-27 per. 3

Adakah Anda Setia dalam Segala Perkara?

3 “Musa berkhidmat dengan setia di dalam rumah Tuhan sebagai seorang hamba,” kata Ibrani 3:5. Mengapakah ayat ini menyatakan bahawa Musa setia? Semasa pembinaan khemah suci, “Musa melakukan segala yang telah diperintahkan oleh Yehuwa. Dia melakukan semuanya seperti yang diperintahkan.” (Keluaran 40:16) Sebagai penyembah Yehuwa, kita setia kepada-Nya dengan mematuhi-Nya dan berkhidmat kepada-Nya. Hal ini juga bererti kita harus setia kepada Yehuwa biarpun dilanda masalah atau cubaan yang besar. Tetapi jika kita setia dalam perkara yang besar, hal ini tidak bererti bahawa kita akan setia dalam segala perkara. Yesus berkata, “Orang yang setia dalam perkara yang kecil juga akan setia dalam perkara yang besar, dan orang yang tidak jujur dalam hal yang kecil juga tidak akan jujur dalam hal yang besar.” (Lukas 16:10) Ya, kita juga perlu tetap setia dalam perkara yang nampaknya kecil.

Mencari Permata Rohani

(Keluaran 39:34) penutup khemah daripada kulit bebiri jantan yang dicelup merah, penutup khemah daripada kulit anjing laut, dan tirai pemisah;

it-1 1362-1363

Kulit Anjing Laut

Cara Orang Israel Mendapatnya. Jika taʹchash yang disebutkan dalam Bible merujuk kepada sejenis anjing laut, kita mungkin tertanya-tanya dari mana orang Israel mendapat kulit anjing laut. Anjing laut biasanya tinggal di kawasan Artik dan Antartik. Tetapi ada juga anjing laut yang suka cuaca yang lebih panas. Contohnya, terdapat sejenis anjing laut yang tinggal di Laut Mediterranean, dan di beberapa kawasan yang lebih panas. Dari dahulu lagi, bilangan anjing laut telah berkurangan dengan mendadak disebabkan oleh manusia. Tetapi pada zaman Bible, terdapat banyak anjing laut di sekitar kawasan Mediterranean dan Laut Merah. Pada tahun 1832, sebuah kamus Bible (Calmet’s Dictionary of the Holy Bible, edisi Inggeris, ms. 139) menyatakan, “Anjing laut boleh dijumpai di banyak pulau kecil Laut Merah dan di sekitar semenanjung Sinai.”—Lihat juga The Tabernacle’s Typical Teaching, oleh A. J. Pollock, London, ms. 47.

Orang Mesir kuno berdagang di Laut Merah, maka mereka pasti menerima barang dagang dari banyak kawasan Mediterranean, seperti kulit anjing laut. Jadi apabila orang Israel meninggalkan Mesir, mereka mungkin membawa kulit anjing laut yang sudah dimiliki mereka. Selain itu, orang Mesir telah memberikan banyak benda yang berharga kepada mereka, dan benda-benda itu mungkin termasuk kulit anjing laut.​—Kel 12:35, 36

9-15 NOVEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | IMAMAT 1-3

“Tujuan Korban-Korban”

(Imamat 1:3) “‘Jika dia mempersembahkan seekor lembu sebagai korban bakar, dia harus mempersembahkan lembu jantan yang tidak ada kecacatan. Dia harus membawa lembu itu ke hadapan pintu masuk khemah pertemuan dan mempersembahkannya dengan rela hati kepada Aku, Yehuwa.

(Imamat 2:1) “‘Jika seseorang mempersembahkan korban bijirin kepada Aku, Yehuwa, dia harus mempersembahkan tepung yang terbaik, yang dituangi minyak dan dibubuhi kemenyan putih.

(Imamat 2:12) “‘Kamu boleh mempersembahkan korban bijirin yang dicampuri ragi atau madu sebagai persembahan hasil tanaman yang pertama kepada Aku, Yehuwa. Tetapi kamu tidak boleh membakarnya di atas mazbah sebagai korban yang baunya menyenangkan hati-Ku.

it-2 501 per. 3

Korban

Korban bakar. Semasa mempersembahkan korban bakar, semua bahagian binatang harus dipersembahkan kepada Tuhan, dan pemberi korban tidak boleh menyimpan mana-mana bahagian daripada binatang itu. (Bandingkan Hak 11:30, 31, 39, 40.) Kadangkala korban ini juga dipersembahkan bersama korban dosa. Apabila seseorang berbuat demikian, dia sedang merayu kepada Yehuwa untuk menerima korban dosa yang dipersembahkannya. Yesus Kristus telah mempersembahkan dirinya secara keseluruhan sebagai “korban bakar.”

it-2 504 per. 7

Korban

Korban bijirin. Korban bijirin dipersembahkan bersama korban pendamaian, korban bakar, dan korban dosa. Korban ini juga dipersembahkan sebagai hasil pertama tanaman. Ada masanya, korban ini dipersembahkan tanpa korban-korban lain. (Kel 29:40-42; Im 23:10-13, 15-18; Bil 15:8, 9, 22-24; 28:9, 10, 20, 26-28; bab 29) Korban ini bertujuan untuk menunjukkan penghargaan kepada Tuhan yang melimpahkan berkat dengan murah hati. Korban ini biasanya disertakan bersama dengan minyak dan kemenyan putih. Tepung yang terbaik, biji-bijian yang sudah dipanggang, roti berbentuk gelang atau roti nipis yang dibakar di dalam ketuhar, dipanggang di atas pemanggang, atau dimasak di dalam periuk, boleh dijadikan korban bijirin. Ada korban bijirin yang diletakkan di atas mazbah korban bakar, ada yang dimakan oleh para imam, dan ada juga yang dimakan oleh pemberi korban semasa korban pendamaian. (Im 6:14-23; 7:11-13; Bil 18:8-11) Semua korban bijirin yang dipersembahkan di atas mazbah tidak boleh dicampuri ragi atau “madu” (nampaknya merujuk kepada sirap buah ara atau jus buah-buahan) yang mungkin menyebabkan penapaian berlaku.—Im 2:1-16.

Mencari Permata Rohani

(Imamat 2:13) “‘Setiap korban bijirin yang dipersembahkan mesti dicampuri garam. Jangan sekali-kali lupa mencampurinya dengan garam, kerana garam melambangkan perjanjian antara kamu dengan Aku. Ya, garam mesti dicampurkan ke dalam semua korban bijirin yang kamu persembahkan kepada Aku.

(Yehezkiel 43:24) Bawalah binatang-binatang itu kepada Yehuwa. Para imam haruslah menaburkan garam ke atas kedua-dua binatang itu lalu mempersembahkannya sebagai korban bakar kepada Yehuwa.

w04 15/5 22 per. 1

Sorotan daripada Buku Imamat

2:13—Mengapakah “setiap korban” yang dipersembahkan mesti dicampuri garam? Tujuannya bukan untuk menambahkan rasa kepada korban. Di serata dunia, garam digunakan sebagai bahan pengawet. Maka kemungkinan besar, garam dicampurkan bersama korban kerana garam melambangkan sesuatu yang tidak rosak atau reput.

(Imamat 3:17) “‘Kamu dan keturunan kamu mesti sentiasa mematuhi perintah ini tidak kira di mana kamu tinggal: Kamu sama sekali tidak boleh makan sebarang lemak atau darah.’”

it-1 785-786

Lemak

Sebab dilarang. Menurut Hukum Musa, darah dan lemak dikhaskan untuk Yehuwa. Darah melambangkan nyawa. Memandangkan hanya Yehuwa boleh memberikan nyawa, darah adalah milik-Nya. (Im 17:11, 14) Lemak pula ialah bahagian terbaik dalam daging binatang. Memandangkan Yehuwa telah memberkati manusia dengan melimpah, perbuatan mempersembahkan lemak kepada-Nya menunjukkan seseorang mengakui bahawa Yehuwa layak menerima apa yang terbaik, dan menunjukkan bahawa dia ingin memberikan apa yang terbaik kepada-Nya. Apabila orang Israel mempersembahkan lemak binatang kepada Yehuwa, mereka sedang memberikan apa yang terbaik kepada-Nya. Maka Bible menggambarkan lemak yang dibakar di atas mazbah sebagai “makanan” dan ‘bau yang menyenangkan hati Tuhan.’ (Im 3:11, 16) Sesiapa yang memakan lemak telah melanggar perintah Tuhan dan merampas apa yang sepatutnya diberikan kepada-Nya, maka orang itu mesti dihukum mati. Tetapi lemak berbeza daripada darah, kerana lemak daripada binatang yang mati biasa atau mati diterkam oleh binatang buas boleh digunakan untuk tujuan lain.—Im 7:23-25.

w04 15/5 22 per. 2

Sorotan daripada Buku Imamat

3:17. Memandangkan lemak ialah bahagian yang terbaik dalam binatang, hukum Tuhan melarang orang Israel untuk memakannya kerana Yehuwa layak menerima apa yang terbaik. (Kejadian 45:18) Hal ini mengingatkan kita bahawa kita juga patut memberikan apa yang terbaik kepada Yehuwa.—Amsal 3:9, 10; Kolose 3:23, 24.

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

nwtsty nota pembelajaran untuk Lu 21:4

“Nilai ‘Dua Keping Mata Wang yang Kecil’”

segala nafkah hidup yang ada padanya: Seperti yang dinyatakan dalam nota kaki di Lu 21:2, mata wang yang dimasukkan oleh balu itu ialah “dua lepton,” iaitu 1/64 daripada upah harian seorang pekerja. Pada zaman itu, lepton ialah mata wang paling kecil di Israel. Menurut Mt 10:29, dengan satu asarion (atau lapan lepton), seseorang dapat membeli dua ekor burung pipit, iaitu burung yang paling murah yang dijual sebagai makanan. Maka wang yang dimasukkan balu ini hanyalah setengah daripada wang yang diperlukan untuk membeli seekor burung pipit. Jelaslah wang itu tidak cukup untuk membeli makanan.

16-22 NOVEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | IMAMAT 4-5

“Beri Yehuwa Apa yang Terbaik”

(Imamat 5:7) “‘Jika dia tidak mampu memberikan seekor bebiri, dia harus mempersembahkan dua ekor burung tekukur atau dua ekor burung merpati muda kepada Aku, Yehuwa, sebagai korban ganti rugi: Seekor bagi korban dosa dan seekor lagi bagi korban bakar.

w09 1/6 26 per. 3

Dia Mempertimbangkan Keterbatasan Kita

Hukum Musa menunjukkan bahawa Yehuwa bertimbang rasa dan baik hati. Hukum itu menyatakan, “Jika dia tidak mampu memberikan seekor bebiri, dia harus mempersembahkan dua ekor burung tekukur atau dua ekor burung merpati muda kepada Aku, Yehuwa, sebagai korban ganti rugi.” (Ayat 7) Ungkapan “jika dia tidak mampu” juga boleh diterjemahkan sebagai “jika tangannya tidak dapat capai.” Hal ini bererti jika seorang Israel terlalu miskin dan tidak mampu memberikan seekor bebiri, dia masih dapat mempersembahkan korban yang mampu diberikannya, iaitu dua ekor burung tekukur atau dua ekor burung merpati. Tuhan senang hati untuk menerima korban-korban ini.

(Imamat 5:11) “‘Jika orang itu tidak mampu memberikan dua ekor burung tekukur atau dua ekor burung merpati muda, dia harus mempersembahkan satu persepuluh efa tepung yang terbaik sebagai korban dosa. Tepung itu tidak boleh dicampuri minyak atau kemenyan putih kerana korban itu merupakan korban dosa.

w09 1/6 26 per. 4

Dia Mempertimbangkan Keterbatasan Kita

Bagaimana pula jika orang itu tidak mampu memberikan dua ekor burung? Hukum itu menyatakan, “Dia harus mempersembahkan satu persepuluh efa [lapan atau sembilan cawan] tepung yang terbaik sebagai korban dosa.” (Ayat 11) Yehuwa memberikan pengecualian kepada golongan yang paling miskin, dan membenarkan mereka untuk mempersembahkan korban dosa yang tidak mengandungi darah. Di Israel, semua orang, tidak kira miskin atau kaya, dapat memperoleh pengampunan dosa dan berpeluang menikmati hubungan yang damai dengan Tuhan.

Mencari Permata Rohani

(Imamat 5:15, 16) “Jika seseorang bertindak tidak setia dan berdosa dengan tidak sengaja terhadap benda-benda suci milik Aku, Yehuwa, dia harus mempersembahkan seekor bebiri jantan yang tidak ada kecacatan kepada Aku, Yehuwa, sebagai korban ganti rugi. Nilai bebiri itu harus ditentukan oleh imam dalam bentuk mata wang perak menurut sukatan yang biasa digunakan di khemah suci. 16 Orang itu akan membayar ganti rugi untuk dosa yang dilakukannya terhadap tempat suci. Dia juga harus menambah 20 peratus daripada nilai itu lalu memberikan semuanya kepada imam. Kemudian imam akan memohon pengampunan dosa baginya dengan mempersembahkan bebiri jantan itu sebagai korban ganti rugi, lalu dosanya akan diampunkan.

it-1 1356 per. 2

Kesucian

Binatang dan Hasil Tuaian. Anak jantan sulung lembu, bebiri, dan kambing, tidak boleh ditebus kerana binatang-binatang itu suci bagi Yehuwa. Binatang-binatang ini harus dikorbankan, dan sebahagian daripadanya harus diberikan kepada para imam. (Bil 18:17-19) Hasil tuaian pertama dan persembahan persepuluhan juga suci. Begitu juga dengan semua korban dan pemberian yang dikhaskan untuk kegunaan khemah suci. (Kel 28:38) Semua benda yang dikhaskan untuk Yehuwa adalah suci dan tidak boleh dipandang ringan atau digunakan untuk tujuan yang lain. Contohnya, jika seseorang mengekhaskan sebahagian hasil tuaian gandumnya sebagai persembahan persepuluhan untuk Yehuwa, tetapi kemudiannya dia atau ahli keluarganya secara tidak sengaja menggunakan gandum itu untuk tujuan lain, seperti memasak, dia sudah melanggar hukum Tuhan. Hukum Tuhan menyatakan bahawa dia harus membayar balik jumlah yang diambilnya dan menambah 20 peratus lagi daripada jumlah itu. Selain itu, dia harus mempersembahkan seekor bebiri jantan yang tidak ada kecacatan sebagai korban ganti rugi. Ya, hukum ini menekankan betapa pentingnya menghormati benda-benda yang suci bagi Yehuwa.—Im 5:14-16.

23-29 NOVEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | IMAMAT 6-7

“Cara Menunjukkan Kesyukuran”

(Imamat 7:20) “‘Jika seseorang yang najis memakan daging korban pendamaian yang dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa, dia mesti dihukum mati.

w00 15/8 19 per. 8

Korban yang Diterima Yehuwa

8 Bagaimana pula dengan orang yang mempersembahkan korban itu? Hukum Musa menyatakan bahawa sesiapa yang datang menghadap Yehuwa haruslah suci dan tidak najis. Sesiapa yang najis harus mempersembahkan korban dosa atau korban ganti rugi terlebih dahulu agar dia diampuni dan tidak lagi najis di mata Yehuwa. Setelah itu, barulah Tuhan akan memperkenankan korban bakar atau korban pendamaian yang dipersembahkannya. (Imamat 5:1-6, 15, 17) Melalui hal ini, kita dapat memahami betapa pentingnya untuk tetap suci di mata Yehuwa. Maka jika kita ingin ibadat kita diperkenankan Tuhan, kita patut segera menghentikan apa-apa perbuatan yang melanggar hukum Tuhan. Kita juga patut menerima bantuan Tuhan yang diberikan-Nya melalui “para penatua sidang” dan “korban untuk memohon pengampunan,” iaitu Yesus Kristus.—Yakobus 5:14; 1 Yohanes 2:1, 2, nota kaki.

Mencari Permata Rohani

(Imamat 6:13) Api di atas mazbah mesti sentiasa menyala dan tidak boleh padam.

it-1 157-158

Api

Berkenaan penggunaannya di khemah suci dan Rumah Tuhan. Api digunakan semasa penyembahan di khemah suci dan kemudiannya di Rumah Tuhan. Setiap pagi dan senja, imam agung harus membakar kemenyan di atas mazbah kemenyan. (Kel 30:7, 8) Hukum Tuhan mengarahkan agar api di atas mazbah untuk korban bakar mesti sentiasa menyala dan tidak boleh dipadamkan. (Im 6:12, 13) Orang Yahudi percaya bahawa api di atas mazbah itu telah dinyalakan secara mukjizat oleh Tuhan. Meskipun kepercayaan ini diterima secara umum, kepercayaan ini sebenarnya tidak disokong oleh Bible. Menurut arahan Yehuwa kepada Musa, keturunan Harun harus “membawa bara api ke mazbah itu dan menyusun kayu-kayu di atas api itu” sebelum meletakkan korban di atas mazbah. (Im 1:7, 8) Selepas upacara pelantikan Harun dan anak-anaknya sebagai imam, iaitu selepas korban bagi upacara itu dipersembahkan, barulah api daripada Yehuwa (kemungkinannya dari tiang awan di atas khemah suci) membakar korban di atas mazbah. Maka Tuhan menurunkan api bukan untuk menyalakan kayu di atas mazbah, tetapi untuk “membakar semua lemak dan korban bakar di atas mazbah.” Api yang terus bernyala di atas mazbah nampaknya berasal daripada Yehuwa dan daripada api yang sudah pun dinyalakan sebelum itu. (Im 8:14–9:24) Begitu juga, semasa upacara pentahbisan Rumah Tuhan pada zaman Salomo, api daripada Yehuwa telah membakar korban-korban yang dipersembahkan.—2Ta 7:1; lihat juga Hak 6:21; 1Ra 18:21-39; 1Ta 21:26 untuk membaca contoh-contoh lain tentang Yehuwa menurunkan api untuk membakar korban yang dipersembahkan oleh hamba-Nya.

(Imamat 6:25) “Beritahulah Harun dan anak-anak lelakinya, ‘Inilah perintah mengenai korban dosa: Binatang untuk korban dosa harus disembelih di hadapan Aku, Yehuwa, iaitu di tempat menyembelih binatang untuk korban bakar. Korban ini merupakan sesuatu yang sangat suci.

si 27 per. 15

Buku Bible Nombor 3—Imamat

15 (3) Jika seseorang melakukan dosa dengan tidak sengaja, dia harus mempersembahkan korban dosa. Jenis binatang yang dipersembahkan bergantung pada dosa siapa yang ingin diampunkan, sama ada imam, seluruh umat, pemimpin, atau rakyat biasa. Tidak seperti korban bakar dan korban pendamaian yang dipersembahkan oleh seseorang secara sukarela, korban dosa ialah korban yang diwajibkan.—4:1-35; 6:24-30.

30 NOVEMBER–6 DISEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | IMAMAT 8-9

“Bukti Berkat Yehuwa”

(Imamat 8:6-9) Maka Musa membawa Harun dan anak-anak lelakinya ke hadapan dan melakukan upacara pembasuhan bagi mereka. 7 Setelah itu Musa mengenakan pakaian berikut pada Harun: Jubah yang bercorak petak, pengikat pinggang jubah, jubah yang tidak berlengan, dan efod. Musa mengikat efod itu dengan rapi pada pinggang Harun dengan menggunakan pengikat pinggang efod. 8 Musa juga mengenakan penutup dada pada Harun lalu memasukkan Urim dan Tumim ke dalam penutup dada itu. 9 Kemudian Musa mengikatkan serban pada kepala Harun. Dia juga mengikatkan kepingan emas yang berkilat sebagai tanda pembaktian suci pada bahagian depan serban itu. Musa melakukan semua ini seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepadanya.

(Imamat 8:12) Selepas itu, Musa menuangkan minyak suci ke atas kepala Harun. Dengan demikian, dia mengurapi Harun untuk menjalankan khidmat suci.

it-2 311

Pelantikan

Musa melakukan upacara pembasuhan bagi Harun dan anak-anak lelakinya, iaitu Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar (atau dia menyuruh mereka untuk membasuh diri mereka) di besen tembaga di halaman khemah suci. Setelah itu, dia mengenakan pakaian imam agung pada Harun. (Bil 3:2, 3) Sekarang Harun memakai pakaian yang indah, yang melambangkan ciri-ciri dan tanggungjawabnya sebagai imam agung. Kemudian Musa mentahbiskan khemah suci berserta semua perabot dan peralatannya, dan mazbah korban bakar serta besen dan semua peralatannya, agar semua itu menjadi benar-benar suci dan dikhaskan untuk khidmat Tuhan. Akhirnya, Musa mengurapi Harun dengan menuangkan minyak suci ke atas kepala Harun.—Im 8:6-12; Kel 30:22-33; Mz 133:2.

(Imamat 9:1-5) Pada hari kelapan, Musa memanggil Harun dan anak-anak lelakinya serta para pemimpin umat Israel. 2 Musa berkata kepada Harun, “Ambillah bagi dirimu seekor anak lembu untuk korban dosa dan seekor bebiri jantan untuk korban bakar. Persembahkanlah binatang-binatang yang tidak ada kecacatan itu di hadapan Yehuwa. 3 Beritahulah umat Israel, ‘Ambillah seekor kambing jantan untuk korban dosa. Ambillah juga seekor anak lembu dan seekor bebiri jantan muda untuk korban bakar. Kedua-dua binatang itu haruslah berumur satu tahun dan tidak ada kecacatan. 4 Selain itu, ambillah seekor lembu jantan dan seekor bebiri jantan untuk korban pendamaian. Persembahkanlah semua binatang itu kepada Yehuwa. Kamu juga harus mempersembahkan korban bijirin yang dicampuri minyak kepada Yehuwa. Lakukanlah semua ini kerana Dia akan menampakkan diri kepada kamu pada hari ini.’” 5 Maka mereka membawa semua yang sudah diperintahkan oleh Musa ke hadapan khemah pertemuan. Kemudian seluruh umat Israel berkumpul di hadapan Yehuwa,

it-2 312 per. 7

Pelantikan

Pada hari kelapan, para imam telah dilantik dan dilengkapi untuk menjalankan khidmat mereka. Maka mereka dapat melakukan upacara pengampunan dosa (tanpa bantuan Musa) untuk seluruh umat Israel buat kali pertama. Pada waktu itu, umat Israel bukan sekadar perlu meminta pengampunan bagi dosa yang diwarisi mereka, mereka juga perlu meminta pengampunan kerana mereka telah melanggar perintah Yehuwa dan menyembah patung lembu emas. (Im 9:1-7; Kel 32:1-10) Selepas upacara itu selesai, Yehuwa menunjukkan perkenan-Nya terhadap pelantikan para imam dengan menurunkan api dari tiang awan di atas khemah suci untuk membakar korban di atas mazbah.—Im 9:23, 24.

Mencari Permata Rohani

(Imamat 8:14-17) Kemudian Musa membawa lembu jantan untuk korban dosa ke hadapan, lalu Harun dan anak-anak lelakinya meletakkan tangan mereka di atas kepala lembu itu. 15 Musa menyembelih lembu itu dan mengambil sedikit darah lembu itu dengan jarinya, lalu menyapukan darah itu pada tanduk-tanduk di setiap sisi mazbah untuk menyucikannya. Dia menuangkan darah yang selebihnya di bahagian bawah mazbah untuk menyucikan mazbah supaya korban dapat dipersembahkan di atasnya. 16 Musa mengambil semua lemak yang meliputi usus lembu, lemak yang ada pada hati lembu, dan kedua-dua ginjal berserta lemaknya, lalu membakar semuanya sehingga asap naik dari mazbah. 17 Tetapi kulit, daging, dan tahi lembu itu, iaitu semua bahagian lain lembu jantan itu, dibakar di luar perkhemahan, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada Musa.

it-2 169 per. 4

Musa

Tuhan melantik Musa untuk menjadi perantara dalam perjanjian-Nya dengan orang Israel. Selain Yesus Kristus yang dilantik menjadi perantara perjanjian baharu, tiada manusia lain yang pernah diberikan kedudukan yang istimewa ini. Musa telah memercikkan darah binatang pada kitab perjanjian (yang mewakili Yehuwa) dan pada umat Israel (yang diwakili oleh para pemimpin). Selepas itu, dia membacakan kitab itu kepada seluruh umat, dan mereka berkata, “Kami rela mentaati Yehuwa dan melakukan segala perintah-Nya.” (Kel 24:3-8; Ibr 9:19) Sebagai perantara, Musa ditugaskan untuk menyelia pembinaan khemah suci dan penghasilan peralatannya (menurut reka bentuk yang ditentukan oleh Tuhan), melakukan upacara pelantikan imam, mentahbiskan khemah suci, dan mengurapi Harun sebagai imam agung dengan menggunakan minyak suci. Kemudian dia menyelia para imam yang baru dilantik semasa mereka mempersembahkan korban buat kali pertama.—Kel bab 25-29; Im bab 8, 9.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi