PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr24 September ms. 1-4
  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk “Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian”
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2024
  • Tajuk Kecil
  • 2-8 SEPTEMBER
  • 9-15 SEPTEMBER
  • 16-22 SEPTEMBER
  • 14-20 OKTOBER
  • 21-27 OKTOBER
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian—2024
mwbr24 September ms. 1-4

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

© 2024 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania

2-8 SEPTEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN MAZMUR 79-81

Permata Rohani

it-2-E 111

Yusuf

Nama Yusuf Diberi Penghormatan. Yusuf memainkan peranan yang penting dalam keluarga Yakub. Maka, namanya kadangkala digunakan untuk mewakili semua suku Israel (Mz 80:1) atau 10 suku di kerajaan utara Israel. (Mz 78:67; Amo 5:6, 15; 6:6) Namanya juga digunakan dalam nubuat Bible. Dalam nubuat Yehezkiel, Yusuf akan mendapat dua bahagian tanah. (Yeh 47:13) Selain itu, terdapat pintu Yusuf di kota yang dinamakan “Yehuwa Ada di Situ.” (Yeh 48:32, 35) Tambahan lagi, mengenai penyatuan umat Yehuwa, Yusuf dikatakan akan memimpin sebahagian bangsa Israel, dan Yehuda akan memimpin sebahagian lagi. (Yeh 37:15-26) Nubuat Obaja pula menyingkapkan bahawa “keturunan Yusuf” akan terlibat dalam pembinasaan “keturunan Esau” (Ob 18), manakala Zakharia mengatakan bahawa Yehuwa akan menyelamatkan “keturunan Yusuf.” (Za 10:6) Suku Yusuf, dan bukannya suku Efraim, disebut dalam senarai suku-suku yang menganggotai Israel rohani.​—Why 7:8.

Oleh sebab nama Yusuf disenaraikan di Wahyu 7:8, hal ini mungkin bermaksud bahawa nubuat Yakub sebelum kematiannya ada kaitan dengan Israel rohani. Yang menariknya, Tuhan yang berkuasa dan yang membantu Yakub, iaitu Yehuwa, telah mengutus Yesus Kristus sebagai Gembala yang baik. Sebagai Gembala, Yesus telah menyerahkan nyawanya demi “biri-birinya.” (Yoh 10:11-16) Yesus juga merupakan batu penjuru yang utama yang menjadi asas bagi rumah rohani yang merujuk kepada kaum terurap. (Ef 2:20-22; 1Pt 2:4-6) “Gembala” dan “batu” ini ada bersama dengan Tuhan Yang Maha Kuasa.​—Yoh 1:1-3; Kis 7:56; Ibr 10:12; bandingkan Kej 49:24, 25.

9-15 SEPTEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN MAZMUR 82-84

Hargailah Khidmat Anda kepada Yehuwa

wp16.6-E 8 ¶2-3

Pengajaran daripada Burung-Burung

Penduduk Yerusalem biasa melihat burung layang-layang. Burung ini selalu membuat sarang di celah-celah atau bawah atap bangunan. Ada juga yang membuat sarang di Rumah Tuhan yang dibina oleh Salomo. Di sana, anak burung layang-layang dapat membesar dalam keadaan yang aman.

Penggubah Mazmur 84, iaitu salah seorang anak Korah, memerhatikan hal ini semasa dia berkhidmat di Rumah Tuhan selama seminggu setiap enam bulan. Sepertimana burung layang-layang menetap di Rumah Tuhan, dia mempunyai keinginan untuk berada di sana buat masa yang lama. Dia kata, “Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga, betapa indahnya khemah suci-Mu yang agung! Jiwaku sangat merindukan halaman-halaman di Rumah-Mu. Ya, aku asyik merindukan halaman-halaman di Rumah Yehuwa . . . Bahkan burung tinggal di situ dan burung layang-layang membuat sarangnya di situ, supaya burung itu dapat menjaga anak-anaknya dekat mazbah-Mu yang agung, ya Yehuwa, ketua angkatan syurga, Rajaku dan Tuhanku!” (Mazmur 84:1-3) Adakah kita dan anak-anak kita juga mempunyai penghargaan dan keinginan yang sama untuk berkumpul bersama sidang?​—Mazmur 26:8, 12.

w08-E 7/15 30 ¶3-4

Memupuk Pandangan yang Munasabah dan Tetap Bersukacita

Masalah kesihatan atau usia yang tua mungkin membatasi khidmat seseorang kepada Yehuwa. Jika anda ialah seorang ibu atau bapa, anda mungkin rasa bahawa anda hanya meraih sedikit manfaat daripada pembelajaran peribadi atau perjumpaan Kristian kerana kebanyakan masa dan tenaga anda telah diberikan kepada anak-anak. Namun, adakah anda terlalu bertumpu kepada keterbatasan anda sehingga susah melihat apa yang mampu anda lakukan?

Ribuan tahun dahulu, seorang lelaki Lewi juga berasa sedemikian. Dia ingin melakukan sesuatu untuk Yehuwa tetapi hal itu di luar kemampuannya. Contohnya, dia mahu berkhidmat lebih lama di Rumah Tuhan tetapi dia hanya dapat melakukannya dua minggu setiap tahun. (Mzm. 84:1-3) Walaupun demikian, dia berpuas hati dengan apa yang dia dapat lakukan. Dia menganggapnya suatu penghormatan untuk berkhidmat di halaman Rumah Tuhan biarpun hanya untuk sehari. (Mzm. 84:4, 5, 10) Begitu juga, daripada bertumpu kepada keterbatasan kita, kita mahu mengenal pasti dan menghargai apa sahaja yang mampu kita lakukan bagi Yehuwa.

Permata Rohani

it-1-E 816

Anak Yatim

Adalah mudah untuk mengabaikan anak yatim yang lemah dan hidup susah. Maka, Yehuwa menggunakan ungkapan “anak yatim” untuk menggambarkan tahap kerohanian orang Israel. Jika mereka sihat secara rohani, anak yatim dalam kalangan mereka akan dijaga dengan baik. Namun, jika ketidakadilan berleluasa, anak yatim akan terabai. Hal ini menunjukkan bahawa bangsa Israel sakit secara rohani. (Mz 82:3; 94:6; Yes 1:17, 23; Yer 7:5-7; 22:3; Yeh 22:7; Za 7:9-11; Mal 3:5) Yehuwa akan mengutuk dan menghukum orang yang menindas anak yatim. (Ul 27:19; Yes 10:1, 2) Yehuwa menggambarkan diri-Nya sebagai Penebus (Ams 23:10, 11, nota kaki), Penolong (Mz 10:14), dan Bapa (Mz 68:5) kepada anak yatim. Yehuwalah yang akan menegakkan keadilan (Ul 10:17, 18), menunjukkan belas kasihan (Ho 14:3), melegakan (Mz 146:9), dan memelihara mereka.​—Yer 49:11.

Salah satu tanda pengenal orang Kristian sejati ialah kasih dan keprihatinan yang ditunjukkan kepada anak yatim dan balu. Yakobus menulis kepada sidang Kristian, “Di mata Tuhan, Bapa kita, inilah ibadat yang murni dan suci: Menjaga anak yatim dan balu yang menderita, dan memastikan diri tidak dicemari oleh dunia ini.”​—Yak 1:27.

16-22 SEPTEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN MAZMUR 85-87

Permata Rohani

it-1-E 1058 ¶5

Hati

Menyembah Yehuwa “dengan Sepenuh Hati.” Jantung kita haruslah lengkap supaya dapat berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan hati kiasan kita. Tapi masalahnya ialah hati kiasan kita, iaitu perasaan dan kasih kita mungkin berbelah bahagi. Oleh itu, Daud berdoa, “Satukanlah hatiku supaya aku takut akan nama-Mu.” (Mz 86:11) Seseorang yang ada hati yang “berbelah bahagi” tidak menyembah Tuhan dengan bersungguh-sungguh. (Mz 119:113; Why 3:16) Bible juga kata bahawa seseorang mungkin mendua hati. Ini bermaksud dia mungkin menyembah dua tuan atau hatinya licik dan tidak setia. (1Ta 12:33; Mz 12:2) Yesus sangat membenci sikap bermuka dua dan dia mengutuknya secara terang-terangan.​—Mt 15:7, 8.

14-20 OKTOBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN MAZMUR 96-99

“Umumkanlah Berita Baik”!

w11-E 3/1 6 ¶1-2

Apakah Itu “Berita Baik”?

SEMUA orang Kristian harus menyebarkan “berita baik tentang Kerajaan Tuhan.” Mereka akan memberitahu orang lain tentangnya dan menjelaskan bahawa kerajaan itu akan memerintah bumi dengan adil dan benar. Namun, ungkapan “berita baik” juga digunakan dalam cara yang lain dalam Bible. Contohnya, “berita baik tentang penyelamatan [Tuhan]” (Mazmur 96:2); “berita baik Tuhan” (Roma 15:16); dan “berita baik tentang Yesus Kristus.”​—Markus 1:1.

Dalam kata lain, berita baik merangkumi semua kebenaran yang Yesus ajarkan dan yang ditulis oleh murid-muridnya. Sebelum Yesus naik ke syurga, dia beritahu para pengikutnya, “Pergilah kepada semua bangsa dan jadikanlah mereka pengikutku. Baptislah mereka atas nama Bapa, Anak, dan kuasa suci Tuhan. Ajarlah mereka mentaati segala yang telah aku perintahkan kepada kamu.” (Matius 28:19, 20) Jadi, orang Kristian bukan sahaja menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan, tetapi mereka juga berusaha untuk menjadikan orang murid Yesus.

Permata Rohani

it-2-E 994

Lagu

Ungkapan “lagu baharu” atau “lagu yang baharu” bukan sahaja digunakan di Mazmur, tetapi juga digunakan dalam penulisan Yesaya dan Rasul Yohanes. (Mz 33:3; 40:3; 96:1; 98:1; 144:9; 149:1; Yes 42:10; Why 5:9; 14:3) Konteks ayat Bible yang menggunakan ungkapan “lagu baharu” sering merujuk kepada perkembangan baharu yang berkaitan dengan kedaulatan Yehuwa. Contohnya, lagu di Mazmur 96:10 berbunyi, “Yehuwa sudah menjadi Raja.” Isi utama “lagu baharu” ini nampaknya merangkumi ungkapan-ungkapan baharu mengenai perkembangan dalam pemerintahan Yehuwa yang mempengaruhi syurga dan bumi.​—Mz 96:11-13; 98:9; Yes 42:10, 13.

21-27 OKTOBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN MAZMUR 100-102

Hargailah Kasih Setia Yehuwa

w11-E 7/15 16 ¶7-8

Adakah Anda Akan Mengikut Amaran Yehuwa?

7 Bagaimanakah kita dapat menghindari guru-guru palsu? Kita tidak akan menyambut mereka di rumah mahupun bersapa dengan mereka. Kita juga tidak akan baca bahan mereka, menonton program TV, melayari laman web, atau memberi komen di blog mereka. Kita berbuat demikian kerana kita mengasihi Yehuwa, “sumber kebenaran.” Jadi, kita tidak berminat dan tidak mahu menerima ajaran sesat yang bercanggah dengan kebenaran Bible. (Mzm. 31:5; Yoh. 17:17) Kita juga mengasihi organisasi Yehuwa yang telah mengajarkan kebenaran kepada kita. Organisasi inilah yang telah membantu kita mengenali nama Yehuwa dan maknanya, tujuan Tuhan bagi bumi, keadaan orang mati, dan harapan pembangkitan. Adakah anda masih ingat perasaan anda apabila anda baru mempelajari kebenaran ini? Patutkah anda membiarkan para penentang membuat anda meragui dan rasa tidak puas dengan organisasi yang telah mengajarkan kebenaran kepada anda?​—Yoh. 6:66-69.

8 Tidak kira apa yang dikatakan oleh guru palsu, kita tidak akan mengikut mereka! Mereka umpama perigi-perigi kering yang tidak dapat memberikan apa-apa. Sebaliknya, bertekadlah untuk tetap setia kepada Yehuwa dan organisasi-Nya. Selama ini, merekalah yang telah memberi kita air kebenaran yang menyegarkan daripada Firman Tuhan.​—Yes. 55:1-3; Mat. 24:45-47.

Permata Rohani

it-2-E 596

Burung Undan

Selepas burung undan sudah kenyang, burung itu akan terbang ke tempat yang sunyi. Burung itu akan berdiri kaku selama berjam-jam dengan kepalanya tenggelam di bahu. Dari jauh, burung ini kelihatan seperti batu putih. Posisi burung ini yang nampaknya sedih dan hiba sesuai untuk menggambarkan perasaan pemazmur. Oleh itu, dia berkata, “Aku seperti burung undan di padang belantara.” (Mz 102:6) Istilah “padang belantara” tidak semestinya merujuk kepada kawasan gurun tetapi boleh memaksudkan tempat yang terpencil dan jauh dari orang, contohnya kawasan paya. Pada musim-musim tertentu, burung undan akan tinggal di paya yang terletak di bahagian utara Lembah Jordan. Terdapat tiga jenis burung undan di Israel. Yang paling biasa ditemui ialah burung undan putih (Pelecanus onocrotalus). Burung undan Dalmatia (Pelecanus crispus) dan burung undan merah jambu hitam (Pelecanus rufescens) pula lebih jarang ditemui.

Sememangnya, burung undan suka tempat-tempat yang terbiar kerana tempat itu sunyi dan tidak diganggu orang. Di situ, burung undan bersarang dan menetaskan telur, serta berehat selepas menangkap ikan. Oleh sebab burung ini sering mengunjungi tempat-tempat yang terbiar, Bible menggunakan ungkapan burung undan untuk menggambarkan kemusnahan dan keadaan yang terbiar. Contohnya, Yesaya menubuatkan bahawa burung undan akan tinggal di tanah Edom. Hal ini menunjukkan bahawa Edom bakal dimusnahkan. (Yes 34:11) Untuk menggambarkan kemusnahan Niniwe pula, Zefanya menubuatkan bahawa burung undan akan tinggal di antara tiang-tiang yang runtuh di kota itu.​—Zef 2:13, 14.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi