PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp21 No. 3 ms. 4-5
  • Apakah yang Menentukan Masa Depan Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah yang Menentukan Masa Depan Anda?
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KEPERCAYAAN RAMAI ORANG
  • APAKAH HASILNYA?
  • Semua Orang Menginginkan Masa Depan yang Lebih Baik
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Adakah Menjadi Orang yang Baik Menjamin Masa Depan Kita?
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
  • Adakah Bible Mengajar tentang Penjelmaan Semula?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Dapatkah Pendidikan dan Wang Menjamin Masa Depan yang Lebih Baik?
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2021
wp21 No. 3 ms. 4-5
Kolaj: 1. Seorang tukang tilik membaca kad tarot bagi pelanggannya. 2. Kompas feng shui dan pelan rumah. 3. Seseorang mempersembahkan makanan, bunga, dan membakar colok untuk nenek moyang yang sudah meninggal.

Apakah yang Menentukan Masa Depan Anda?

Ramai orang percaya bahawa masa depan mereka ditentukan oleh takdir atau nasib. Oleh itu, mereka mengikut sesetengah amalan yang dipercayai dapat membawa tuah atau masa depan yang baik.

KEPERCAYAAN RAMAI ORANG

ASTROLOGI: Sesetengah orang percaya bahawa masa depan mereka ditentukan oleh kedudukan bintang pada masa kelahiran mereka. Jadi, mereka menggunakan horoskop untuk mengetahui apa yang akan berlaku kepada mereka, dan melakukan sesuatu untuk mengelakkan malapetaka dan mendapat kejayaan.

FENG SHUI: Ada yang percaya bahawa jika rumah mereka direka dan dibina dalam cara tertentu supaya mencapai keseimbangan dan keharmonian dengan persekitaran mereka, hal itu akan membawa tuah. Lo Wing,a yang tinggal di Hong Kong, berkata, “Seorang ahli feng shui beritahu saya jika saya meletakkan kristal khas di sudut tertentu dalam kedai saya, keuntungan saya akan berganda.”

PEMUJAAN NENEK MOYANG: Yang lain pula percaya bahawa mereka mesti menyenangkan roh nenek moyang mereka atau dewa dewi supaya mereka dilindungi dan diberkati. Van, yang tinggal di Vietnam, berkata, “Saya percaya jika saya menyembah nenek moyang saya, hidup saya akan lebih baik dan masa depan saya dan anak-anak saya akan terjamin.”

KELAHIRAN SEMULA: Ramai orang percaya bahawa selepas seseorang mati, dia akan dilahirkan semula, dan proses ini akan berlaku berkali-kali. Mereka percaya bahawa hal baik dan hal buruk yang terjadi dalam kehidupan mereka disebabkan oleh perbuatan mereka dalam kehidupan yang lalu.

Banyak orang menganggap kepercayaan sebegini sebagai kepercayaan karut. Namun, mereka masih melakukan hal seperti menilik nasib, membaca horoskop, menggunakan papan Ouija®, membaca kad tarot, dan sebagainya. Mereka berasa bahawa hal-hal ini mungkin dapat membantu mereka mengetahui masa depan mereka.

APAKAH HASILNYA?

Adakah orang yang mengikut kepercayaan dan amalan sebegini hidup bahagia dan mendapat masa depan yang baik?

Perhatikan pengalaman Hào, yang tinggal di Vietnam. Dia mempercayai astrologi dan feng shui, dan dia memuja nenek moyangnya. Adakah dia mendapat bimbingan yang diperlukan untuk berjaya? Hào berkata, “Perniagaan saya gagal dan saya berhutang keliling pinggang. Saya menghadapi masalah keluarga dan menjadi murung.”

Qiuming, yang berasal dari Taiwan, juga mempercayai astrologi, kelahiran semula, takdir, feng shui, dan pemujaan nenek moyang. Namun, setelah mengkaji kepercayaan-kepercayaan ini, dia berkata, “Saya dapati ajaran dan adat sebegini mengelirukan dan saling bercanggahan. Ramalan astrologi juga sering kali tidak tepat. Mengenai kelahiran semula pula, jika kita tiada ingatan tentang kehidupan lalu kita, bagaimana kita dapat berubah dan menjadi insan yang lebih baik dalam kehidupan akan datang?”

“Saya dapati ajaran dan adat sebegini mengelirukan dan saling bercanggahan.”​—QIUMING, TAIWAN

Hào, Qiuming, dan banyak orang lain telah sedar bahawa masa depan kita tidak ditentukan oleh takdir, bintang-bintang, nenek moyang, atau kelahiran semula. Adakah hal ini bermaksud kita tidak mampu menentukan masa depan kita?

PILIHAN ANDA PENTING

Banyak perkara yang terjadi kepada kita memang di luar kawalan kita. Namun, pilihan kita mampu mempengaruhi masa depan kita. Contohnya, mengapakah kita membasuh tangan atau memakai pelitup muka semasa terdapat wabak penyakit seperti COVID-19? Kerana pilihan ini dapat melindungi kita. Jelaslah, pilihan anda sangat penting.

Sudah tentu, kita perlu membuat pilihan yang bijak untuk mendapat hasil yang baik. Kira-kira 2,000 tahun lalu, seorang guru yang bijaksana berkata, “Seseorang akan menuai apa yang ditanamnya.”b

Ramai orang berasa bahawa untuk memiliki masa depan yang baik, mereka perlu mengejar pendidikan tinggi dan kekayaan. Namun, adakah pilihan mereka membawa hasil yang baik?

a Sesetengah nama dalam rencana ini dan rencana-rencana seterusnya telah diubah.

b Kata-kata ini terdapat dalam Bible di Galatia 6:7. Pengajarannya juga dinyatakan dalam pepatah bahasa Cina: “Tanam labu dapat labu, tanam kacang dapat kacang.”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi