Cara Memulakan Pembelajaran Bible dengan Menggunakan Buku Ajaran Bible
Alangkah gembiranya perasaan kita jika kita berjaya mengadakan sebuah pembelajaran Bible. Buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? dapat membantu kita. Maklumat pada muka surat 3-7 disusun khas untuk membantu kita mengadakan perbincangan Bible. Bahkan orang yang baru menyertai kerja penyebaran pun dapat memulakan pembelajaran Bible dengan senang.
◼ Cubalah kaedah yang menggunakan muka surat 3:
Nyatakan berita semasa atau masalah terkini yang dikhuatiri ramai. Kemudian halakan perhatian penghuni rumah kepada soalan-soalan dalam huruf tebal pada muka surat 3, dan jemput dia untuk meluahkan pendapatnya. Kemudian, buka ke muka surat 4-5.
◼ Atau anda boleh menggunakan muka surat 4-5:
Anda boleh berkata, “Apakah perasaan anda jika apa yang ditunjukkan dalam gambar-gambar ini benar-benar berlaku?” Atau anda boleh bertanya, “Manakah antara janji-janji ini yang paling menarik bagi anda?” Dengarkan jawapan penghuni rumah dengan teliti.
Jika penghuni rumah memilih sebuah ayat Bible, tunjukkan kepadanya perenggan yang berkaitan dalam buku ini dan jelaskan ajaran Bible tentang hal tersebut. (Lihat kotak pada muka surat ini.) Gunakan cara soal jawab untuk membincangkan perenggan itu, seperti yang dilakukan semasa mengadakan pembelajaran Bible. Hal ini dapat dilakukan dalam masa lima hingga sepuluh minit pada kunjungan pertama di depan rumahnya.
◼ Kaedah lain adalah dengan mengundang penghuni rumah untuk meluahkan pendapatnya berdasarkan muka surat 6:
Tunjukkan soalan-soalan pada hujung muka surat 6. Kemudian tanyalah, “Pernahkah anda fikir tentang mana-mana soalan ini?” Jika dia berminat dalam salah satu soalan, tunjukkan perenggan dalam buku yang menjawab soalan itu. (Lihat kotak pada muka surat ini.) Semasa anda membincangkan maklumat itu bersamanya, anda sudah pun memulakan sebuah pembelajaran Bible.
◼ Muka surat 7 dapat digunakan untuk menunjukkan cara mengadakan pembelajaran Bible:
Bacakan tiga ayat pertama pada muka surat itu. Kemudian buka ke bab 3 dan gunakan perenggan 1-3 untuk menunjukkan bagaimana pembelajaran diadakan. Buat aturan untuk kembali dan membincangkan soalan-soalan di perenggan 3.
◼ Mengaturkan kunjungan kembali:
Pada akhir pembelajaran yang pertama, buat aturan agar anda dapat meneruskan perbincangan anda. Anda boleh berkata, “Dalam masa beberapa minit, kita telah mempelajari apa yang diajarkan dalam Bible tentang satu subjek yang penting. Lain kali, kita boleh bincang tentang [nyatakan soalan yang akan dibincangkan.] Minggu depan, bolehkah saya datang pada masa yang sama?”
Seraya akhir kian mendekat, Yehuwa terus membantu kita untuk melaksanakan kerja penyebaran. (Mat. 28:19, 20; 2 Tim. 3:17) Semoga kita menggunakan buku yang menarik ini untuk memulakan pembelajaran Bible.
[Kotak pada muka surat 5]
Perbincangan Ayat-ayat Bible pada Muka Surat 4-5
◻ Wahyu 21:4 (ms. 30-31, per. 1-3)
◻ Yesaya 33:24; 35:5, 6 (ms. 38-40 per. 22)
◻ Yohanes 5:28, 29 (ms. 82-83, per. 17-19)
◻ Mazmur 72:16 (ms. 38 per. 19)
Jawapan kepada Senarai Soalan pada Muka Surat 6
◻ Mengapakah kita menderita? (ms. 124-125, per. 6-8)
◻ Bagaimanakah kita dapat menangani kekhuatiran hidup? (ms. 212-213, per. 1-3)
◻ Bagaimanakah kita boleh menjadikan kehidupan keluarga kita lebih bahagia? (ms. 164-165, per. 20)
◻ Apakah yang berlaku apabila kita mati? (ms. 65-66, per. 5-6)
◻ Adakah kita berpeluang untuk berjumpa semula dengan orang tersayang yang telah mati? (ms. 82-83, per. 17-19)
◻ Bagaimanakah kita tahu bahawa Tuhan pasti akan menunaikan janji-janji-Nya untuk masa hadapan? (ms. 28, per. 17)