Dapatkah Anda Memulakan Pembelajaran Bible pada Bulan Oktober?
1 Tawaran bagi bulan Oktober ialah brosur Kehidupan Abadi. Bagi memupuk minat orang, kita digalakkan untuk menggunakan risalah Adakah Anda Ingin Mengetahui Kebenaran? dan mencuba memulakan pembelajaran Bible. Bagaimanakah kita dapat berbuat demikian semasa kunjungan kembali?
2 Cara Menggunakan Risalah: Kita boleh berkata, “Brosur yang saya tinggalkan dulu menggalakkan orang dari pelbagai lapisan masyarakat dan agama untuk mengkaji Bible. [Berikan risalah Mengetahui Kebenaran kepada penghuni rumah, dan tunjukkan soalan-soalan pada muka depan.] Bible memberikan jawapan yang memuaskan kepada soalan-soalan yang menarik ini. Pernahkah anda menanyakan soalan-soalan sedemikian?” Selepas penghuni rumah menjawab, gunakan risalah untuk membincangkan jawapan kepada salah satu soalannya, dan bacakan satu ayat rujukan daripada Bible. Kemudian, jelaskan bahawa terdapat banyak lagi ajaran dalam Bible dan berikan brosur Dikehendaki kepadanya. Kemudian, jemputnya untuk memilih satu pelajaran daripada senarai kandungan dan bincangkan perenggan-perenggan dalam pelajaran tersebut. Atau kita boleh menunjukkan lebih banyak maklumat tentang topik yang sedang dibincangkan dalam risalah. Rujukan-rujukan berikut boleh digunakan:
● Adakah Tuhan benar-benar mengambil berat tentang kita? (Pelajaran 2)
● Adakah peperangan dan penderitaan akan berakhir? (Pelajaran 5)
● Apakah yang berlaku kepada kita apabila kita mati? (Pelajaran 5)
● Adakah orang yang telah mati mempunyai harapan? (Pelajaran 5)
● Apakah caranya untuk berdoa supaya didengari Tuhan? (Pelajaran 7)
● Bagaimanakah saya boleh mendapat kebahagiaan hidup? (Pelajaran 1)
3 Dalam sesetengah keadaan, kita tidak dapat menggunakan brosur Dikehendaki pada kunjungan kembali pertama untuk memulakan dan menunjukkan cara pembelajaran Bible diadakan. Namun, kita masih dapat membuat aturan untuk menyambung perbincangan kita pada kunjungan yang berikutnya. Setelah menilai tahap minat penghuni rumah, kita mungkin memilih untuk membincangkan beberapa soalan lagi dalam risalah sebelum menawarkan brosur itu. Semoga kita menggunakan risalah ini dengan baik pada bulan Oktober untuk memulakan pembelajaran Bible dan membantu mereka yang berhati jujur untuk “mengetahui kebenaran.”—Yoh. 8:31, 32, nota kaki.
[Soalan Pembelajaran]
1. Apakah tawaran bagi bulan Oktober?
2. Semasa mengunjungi seseorang yang menerima brosur, bagaimanakah kita boleh menggunakan risalah Mengetahui Kebenaran untuk memulakan pembelajaran Bible?
3. Bagaimanakah kita dapat menyesuaikan pendekatan kita mengikut keadaan?