Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Memperkenalkan Pembelajaran Bible dengan Menggunakan Buku Ajaran Bible
Mengapa Penting: Jika kita sekadar menawarkan pembelajaran Bible, orang mungkin berfikir bahawa kursus Bible diadakan secara berkumpulan atau menerusi surat-menyurat. Jadi, adalah baik jika kita memperkenalkan pembelajaran Bible kepada mereka. Kita boleh menggunakan beberapa minit untuk menunjukkan caranya di depan pintu rumah mereka. Maka, mereka dapat melihat bahawa pembelajaran Bible sangat bermanfaat dan mudah diadakan.
Cubalah Bulan Ini:
Minta bantuan Yehuwa agar dapat memulakan pembelajaran Bible yang baru.—Flp. 2:13.
Cuba memperkenalkan pembelajaran Bible dengan menggunakan buku Ajaran Bible, atau tunjukkan video Apakah yang Berlaku semasa Pembelajaran Bible? sekurang-kurangnya sekali semasa aktiviti penyebaran.