PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 1/08 ms. 3-6
  • ‘Khabarkan Berita Baik tentang Rahmat Tuhan’

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • ‘Khabarkan Berita Baik tentang Rahmat Tuhan’
  • Kerja Teokratik Kita—2008
  • Bahan yang Berkaitan
  • Umumkan Keunggulan Yehuwa Secara Meluas
    Kerja Teokratik Kita—2007
  • Musim Peringatan—Peluang untuk Menggiatkan Usaha Anda!
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Sudikah Anda Menjadi Perintis Sokongan?
    Kerja Teokratik Kita—2013
  • Matlamat yang Baik untuk Tahun Aktiviti Penyebaran Baru
    Kerja Teokratik Kita—2007
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2008
km 1/08 ms. 3-6

‘Khabarkan Berita Baik tentang Rahmat Tuhan’

1 Di dunia ini, berita baik jarang kedengaran. Oleh itu, kita mempunyai peluang istimewa untuk “mengkhabarkan Berita Baik tentang rahmat [Tuhan].” (Kis. 20:24) Kerja ini melibatkan usaha memberitahu orang bahawa tidak lama lagi “hari-hari terakhir” ini akan digantikan dengan dunia baharu Yehuwa yang adil benar. Pada masa itu, ‘perkara-perkara lama akan lenyap.’ (2 Tim. 3:​1-5; Pny. 21:⁠4) Penyakit akan dibasmi. (Yes. 33:24) Orang tercinta yang telah meninggal akan keluar dari makam-makam peringatan dan pulang ke pangkuan keluarga dan rakan-rakan mereka. (Yoh. 5:​28, 29) Seluruh bumi akan menjadi sebuah firdaus yang indah. (Yes. 65:​21-23) Perkara-perkara ini hanyalah sebahagian daripada berita baik yang kita ingin khabarkan!

2 Pada bulan Mac, April, dan Mei, kita akan mempunyai peluang-peluang baik untuk menghebahkan berita baik ini. Lagipun, peristiwa tahunan yang terpenting, yakni sambutan Peringatan akan diadakan di serata dunia pada hari Sabtu, 22 Mac selepas matahari terbenam. Oleh itu, sekaranglah masanya untuk bermula membuat persiapan bagi meningkatkan aktiviti kita.

3 Khidmat Perintis Sokongan: Bolehkah anda menyusun jadual agar anda dapat menjadi perintis sokongan untuk satu, dua, atau ketiga-tiga bulan tersebut? Luangkanlah sedikit masa untuk membincangkan hal ini semasa pembelajaran keluarga anda yang berikutnya. Jika semua ahli keluarga bekerjasama dengan baik, mungkin beberapa orang dalam keluarga boleh menjadi perintis sokongan. (Ams. 15:22) Berdoalah tentang perkara ini dan lihat bagaimana Yehuwa memberkati usaha-usaha anda. (Ams. 16:⁠3) Biarpun tiada sesiapa dalam keluarga anda dapat menjadi perintis sokongan, semua anggota keluarga boleh menetapkan matlamat yang spesifik untuk meningkatkan aktiviti penyebaran mereka seraya bekerja bersama perintis-perintis lain.

4 Jika anda bekerja sepenuh masa, anda boleh menjadi perintis sokongan dengan adanya jadual yang baik. Mungkin anda boleh menggunakan sebahagian daripada waktu makan tengah hari untuk menjalankan kerja penyebaran. Anda juga boleh mendapatkan kawasan penyebaran peribadi yang berhampiran dengan rumah atau tempat kerja anda. Dengan itu, anda dapat mengambil bahagian dalam aktiviti penyebaran untuk lebih kurang satu jam sebelum atau selepas kerja. Anda mungkin dapat meluangkan lebih banyak masa untuk aktiviti penyebaran dengan mengubah jadual anda agar aktiviti-aktiviti lain yang kurang penting dilakukan pada bulan lain. Sesetengah penyiar bergiat sehari suntuk dalam aktiviti penyebaran pada hujung minggu; ada pula yang telah mengambil cuti untuk satu atau dua hari untuk bergiat dalam aktiviti penyebaran.

5 Sekiranya anda berusia lanjut, mempunyai penyakit kronik, atau lemah secara fizikal, anda boleh menjadi perintis sokongan dengan menghabiskan sedikit masa setiap hari dalam aktiviti penyebaran. Berdoalah kepada Yehuwa untuk membekalkan anda dengan lebih banyak tenaga dan kekuatan. (2 Kor. 4:⁠7) Seorang saudari telah dapat menjadi perintis sokongan pada usia 106 tahun! Dengan bantuan saudara-mara Kristian dan orang lain daripada sidang, dia telah menjalankan kerja penyebaran dari rumah ke rumah, membuat kunjungan kembali, menyertai kerja pembelajaran Bible, dan mengambil bahagian dalam aspek-aspek aktiviti penyebaran yang lain. Dia telah membantu memulakan pembelajaran Bible dengan sepuluh orang yang berminat. Dia berkata, “Apabila saya memikirkan peluang istimewa untuk berkhidmat sebagai perintis sokongan, hati saya dipenuhi dengan kasih dan kesyukuran kepada Yehuwa, Putera-Nya, dan organisasi-Nya. Saya benar-benar ingin berkata, ‘terima kasih Yehuwa!’ ”

6 Jika anda merupakan seorang belia yang sudah dibaptis yang masih berada di bangku sekolah, anda juga boleh menjadi perintis sokongan. Seperti mereka yang bekerja sepenuh masa, anda juga boleh menggunakan masa pada hujung minggu dengan sepenuhnya untuk aktiviti penyebaran. Mungkin anda juga boleh menjalankan aktiviti penyebaran untuk lebih kurang satu jam pada hari-hari tertentu selepas waktu persekolahan. Bolehkah anda menggunakan cuti sekolah anda untuk menjalankan aktiviti penyebaran? Seandainya anda berhasrat untuk menjadi perintis sokongan, bincangkan hasrat anda dengan ibu bapa anda.

7 Semarakkan Semangat: Para penatua memainkan peranan yang sangat penting untuk menyemarakkan semangat sidang. Mereka boleh berbuat demikian melalui teladan mereka. (1 Ptr. 5:​2, 3) Mereka boleh memutuskan agar lebih banyak perjumpaan sebelum aktiviti penyebaran diadakan untuk penyiar yang akan menyertai aktiviti penyebaran pada awal pagi, selepas waktu sekolah, atau selepas waktu kerja. Penyelia aktiviti penyebaran harus memastikan bahawa perjumpaan sebelum aktiviti penyebaran dikendalikan oleh penyiar-penyiar yang layak. Selain itu, dia harus memastikan bahawa kawasan penyebaran serta bekalan bahan bacaan dan majalah adalah mencukupi untuk bulan-bulan yang penuh dengan aktiviti istimewa ini.

8 Beberapa bulan sebelum sambutan Peringatan, para penatua sebuah sidang telah bermula menggalakkan para penyiar untuk menjadi perintis sokongan. Setiap minggu, mereka memaklumkan sidang tentang bilangan penyiar yang telah diluluskan untuk menjadi perintis sokongan. Hasilnya, mereka yang berhasrat untuk meningkatkan usaha dalam aktiviti penyebaran tidak perlu risau bahawa mereka akan keseorangan kerana mereka boleh dibantu oleh perintis-perintis sokongan yang lain. Lebih banyak perjumpaan sebelum aktiviti penyebaran telah diaturkan pada awal pagi dan waktu petang. Hasilnya, hampir separuh daripada sidang itu, iaitu 53 orang penyiar telah menjadi perintis sokongan pada bulan April!

9 Bantu Orang Lain: Selepas orang baru dan anak muda layak menjadi penyiar, mereka boleh dijemput untuk mengambil bahagian dalam aktiviti penyebaran bersama penyiar-penyiar yang berpengalaman. Mereka berpeluang berbuat demikian semasa musim Peringatan kerana ramai dalam sidang akan meningkatkan aktiviti mereka. Adakah anda mempunyai seorang pelajar Bible yang sedang maju secara rohani dan yang hidup selaras dengan prinsip-prinsip Yehuwa yang adil benar? Adakah anda mempunyai anak-anak yang berkelakuan baik dan yang sedang membuat kemajuan tetapi belum menjadi penyiar? Sekiranya mereka mengatakan bahawa mereka ingin menjadi penyiar yang belum dibaptis dan anda berasa bahawa mereka layak, maklumkanlah salah seorang penatua dalam sidang. Koordinator badan penatua akan meminta dua orang penatua untuk membincangkan hal ini dengan anda dan anak anda atau pelajar anda.

10 Bulan-bulan yang akan datang juga memberikan peluang yang baik kepada penyiar yang telah menjadi tidak aktif untuk bergiat semula dalam aktiviti sidang. Semua penyelia Kumpulan Pembelajaran Buku dan penatua-penatua lain harus menggabungkan usaha untuk melawat penyiar-penyiar yang tidak aktif dan mempelawa penyiar-penyiar ini dengan mesra untuk bekerja dengan mereka dalam aktiviti penyebaran. Jika penyiar-penyiar ini telah lama tidak aktif, dua orang penatua harus berjumpa dengan mereka terlebih dahulu bagi menentukan sama ada mereka layak untuk menyertai kerja penyebaran atau tidak.​—km 11/00 ms. 3.

11 Buat Persediaan untuk Sambutan Peringatan: Tebusan Kristus merupakan perbuatan kasih yang teragung yang memperlihatkan “rahmat [Tuhan]” yang tidak selayaknya diperoleh. (Kis. 20:24) Jutaan orang di serata dunia yang menghargai perbuatan yang penuh kasih ini akan berkumpul bersama pada hari Sabtu, 22 Mac selepas matahari terbenam untuk menyambut Peringatan kematian Kristus. Peristiwa yang penting ini memberi kesaksian akan kebaikan hati Yehuwa yang tidak selayaknya diperoleh yang ditunjukkan terhadap umat manusia. Maka, kita ingin mengundang dan membantu semua orang yang berhati jujur untuk menghadiri sambutan ini.

12 Senaraikan nama-nama mereka yang anda ingin jemput. Sudah pasti senarai anda akan mengandungi nama-nama saudara-mara, jiran, kenalan dari tempat kerja atau sekolah, mereka yang pernah atau sedang belajar Bible, dan orang lain yang anda kunjungi secara tetap. Jika sesetengah orang yang anda jemput menanyakan soalan tentang sambutan Peringatan, anda boleh menggunakan maklumat daripada bahagian lampiran yang terdapat pada muka surat 206-8 buku Bible Teach yang membincangkan Perjamuan Malam Tuan. Dengan menggunakan peluang ini untuk memperkenalkan buku Bible Teach yang kita gunakan untuk mengadakan pembelajaran Bible, anda mungkin dapat memulakan satu pembelajaran Bible.

13 Seorang saudari telah menyenaraikan nama 48 buah keluarga yang ingin diundang olehnya. Selepas menjemput mereka, dia menandakan nama-nama mereka dan mencatatkan tarikh dia menjemput mereka. Betapa gembiranya saudari kita apabila 26 orang yang telah dijemput olehnya menghadiri sambutan Peringatan! Seorang saudara yang merupakan seorang pemilik kedai telah menjemput salah seorang pekerjanya yang merupakan bekas paderi. Selepas menghadiri sambutan Peringatan, lelaki tersebut berkata, “Saya telah mempelajari lebih banyak tentang Bible dalam satu jam berbanding dengan apa yang saya pelajari selama 30 tahun di Gereja Katolik.” Tidak lama selepas sambutan Peringatan, dia menerima pembelajaran Bible dengan menggunakan buku Bible Teach.

14 Kempen: Bermula pada 1 Mac, iaitu hari Sabtu hingga 22 Mac, jemputan istimewa untuk menghadiri sambutan Peringatan akan diedarkan di seluruh dunia. Sudah pasti semua penyiar ingin mengambil bahagian dengan sepenuhnya dalam kempen yang penting ini. Jika boleh, kita digalakkan untuk menyerahkan jemputan ini kepada penghuni rumah daripada sekadar meninggalkan jemputan di dalam peti surat mereka. Namun, jika anda mempunyai kawasan penyebaran yang luas, para penatua boleh memutuskan agar jemputan-jemputan ditinggalkan di rumah penghuni yang telah keluar. Pastikan jemputan ditinggalkan dengan cermat agar tidak dilihat oleh orang yang lalu-lalang. Pada hujung minggu, kita juga akan menawarkan majalah-majalah tempatan.

15 Memandangkan kita mempunyai masa yang terhad untuk mengedarkan jemputan-jemputan Peringatan, kita seharusnya memberikan penyampaian yang ringkas sahaja. Pastikan anda bersikap ramah dan bersemangat. Anda boleh berkata, “Kami ingin menjemput anda serta keluarga dan kawan-kawan anda ke suatu peristiwa penting yang akan diadakan pada 22 Mac. Inilah jemputan anda. Butir-butir sambutan telah dicetak pada jemputan.” Sesetengah penghuni rumah mungkin menanyakan soalan; ada pula yang akan menerima jemputan itu dan mengatakan bahawa mereka akan datang. Catatkan butir-butir mereka yang berminat dan buat janji temu untuk kembali.

16 Pada tahun lepas, seorang askar telah menjumpai jemputan Peringatan di pintu rumahnya. Dia bercadang untuk hadir tetapi perlu meminta izin daripada sarjannya. Apabila dia menunjukkan jemputan itu kepada sarjannya, sarjan tersebut terdiam dan kemudian mengatakan bahawa ibu bapanya merupakan Saksi-Saksi Yehuwa. Dia mengatakan bahawa dia pernah menghadiri perjumpaan bersama mereka. Dia bukan sahaja memberi kebenaran kepada askar itu untuk menghadiri sambutan Peringatan, malah menemaninya ke sambutan itu!

17 Perlihatkan Kesyukuran: Menjelang musim Peringatan tahun 2008, semoga kita masing-masing merenungkan berkat-berkat daripada kebaikan hati Yehuwa yang tidak selayaknya diperoleh. Hawari Paulus menulis, “Kami menggesa kamu supaya tidak mensia-siakan rahmat [Tuhan] yang sudah kamu terima.” (2 Kor. 6:⁠1) Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita tidak mensia-siakan rahmat Tuhan? Paulus menulis, “Sebaliknya, dalam segala hal kami menunjukkan bahawa kami hamba [Tuhan].” (2 Kor. 6:⁠4) Oleh itu, kita menunjukkan kesyukuran terhadap kurniaan Yehuwa melalui tingkah laku yang baik dan dengan menyebarkan berita baik dengan semangat yang membara. Pada musim Peringatan ini, kita akan mempunyai peluang yang sangat baik untuk meningkatkan aktiviti kita dengan mengkhabarkan berita baik kepada seberapa banyak orang yang mungkin.

[Soalan Pembelajaran]

1. Apakah berita baik yang ingin kita khabarkan?

2. Mengapakah musim Peringatan memberi kita peluang yang sangat baik untuk mengkhabarkan berita baik?

3. Apakah yang akan membantu kita untuk meningkatkan aktiviti rohani keluarga kita?

4. Bagaimanakah kita boleh mengaturkan jadual kita untuk menjadi perintis sokongan jika kita bekerja sepenuh masa?

5. Bagaimanakah anda boleh membantu mereka yang berusia lanjut atau yang mempunyai penyakit kronik untuk menjadi perintis sokongan?

6. Bagaimanakah belia-belia yang sudah dibaptis dan yang masih bersekolah boleh menjadi perintis sokongan?

7. Apakah yang boleh dilakukan oleh para penatua bagi menyemarakkan semangat untuk aktiviti penyebaran semasa musim Peringatan?

8. Apakah yang dapat kita pelajari daripada pengalaman sebuah sidang?

9. Mengapakah mereka yang memenuhi syarat untuk menjadi penyiar mempunyai peluang yang baik untuk bermula menyebarkan berita baik semasa musim Peringatan?

10. Apakah yang boleh dilakukan oleh para penatua untuk membantu penyiar yang tidak aktif?

11. Apakah perbuatan kasih yang teragung yang memperlihatkan rahmat Tuhan yang tidak selayaknya diperoleh?

12. Siapakah yang patut kita jemput ke sambutan Peringatan?

13. Bagaimanakah Yehuwa telah memberkati usaha dua orang penyiar yang berikhtiar untuk menjemput orang lain ke sambutan Peringatan?

14. Apakah kempen yang akan bermula pada 1 Mac di serata dunia?

15. Apakah yang boleh kita katakan semasa memberikan jemputan Peringatan kepada orang lain?

16. Pengalaman apakah yang menunjukkan bahawa kempen untuk menjemput penduduk di kawasan penyebaran ke sambutan Peringatan adalah sangat penting?

17. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita tidak mensia-siakan rahmat Tuhan?

[Kotak pada muka surat 3]

Siapakah yang Boleh Menjadi Perintis Sokongan?

◼ Keluarga-keluarga

◼ Mereka yang bekerja sepenuh masa

◼ Mereka yang berusia lanjut dan yang berpenyakit kronik

◼ Pelajar-pelajar sekolah

[Kotak pada muka surat 4]

Semasa Mengedarkan Jemputan-jemputan Peringatan:

◼ Gunakan penyampaian yang ringkas; bertutur dengan bersemangat

◼ Catatkan butir-butir mereka yang berminat dan buat kunjungan kembali

◼ Tawarkan majalah tempatan pada hujung minggu

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi