Peringatan untuk Perjamuan Malam Tuan
Sambutan Peringatan pada tahun ini jatuh pada hari Isnin, 2 April. Para penatua harus memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut.
◼ Apabila menetapkan masa bagi perjumpaan, pastikan lambang-lambang hanya diedarkan selepas matahari terbenam.
◼ Semua, termasuk penceramah, harus dimaklumkan masa dan lokasi yang tepat untuk sambutan.
◼ Jenis roti dan wain yang sesuai harus disediakan terlebih dahulu.—Lihat majalah pembelajaran (E) 15 Februari 2003, ms. 14-15.
◼ Pinggan, gelas, meja, dan alas meja yang sesuai harus dibawa ke dewan dan ditempatkan terlebih dahulu.
◼ Dari awal lagi, Dewan Perjumpaan atau tempat perjumpaan yang lain harus dibersihkan dengan sebaik-baiknya.
◼ Atendan dan pelayan patut dipilih dan dimaklumi terlebih dahulu tentang tugasan mereka, prosedur yang sepatutnya, dan perlunya mengenakan pakaian dan dandanan yang sopan dan yang sewajarnya.
◼ Para penatua harus mengaturkan supaya lambang-lambang dihidangkan kepada mana-mana Kristian terurap yang kurang upaya dan tidak dapat hadir.
◼ Apabila lebih daripada satu sidang dijadualkan untuk menggunakan Dewan Perjumpaan yang sama, koordinasi yang baik di antara sidang-sidang diperlukan bagi mengelakkan kesesakan di lobi atau di pintu masuk, di laluan jalan kaki, dan di tempat letak kereta.