PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 3/09 ms. 1
  • Buatlah Persediaan yang Lengkap untuk Peringatan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Buatlah Persediaan yang Lengkap untuk Peringatan
  • Kerja Teokratik Kita—2009
  • Bahan yang Berkaitan
  • Peringatan untuk Perjamuan Malam Tuan
    Kerja Teokratik Kita—2008
  • Peringatan untuk Perjamuan Malam Tuan
    Kerja Teokratik Kita—2007
  • Sudahkah Anda Membuat Persediaan untuk Peringatan?
    Kerja Teokratik Kita—2015
Kerja Teokratik Kita—2009
km 3/09 ms. 1

Buatlah Persediaan yang Lengkap untuk Peringatan

Betapa besarnya penghormatan dan rasa sukacita kita sebagai pengikut Yesus Kristus untuk membuat persediaan yang lengkap bagi memperingati kematiannya! (Luk. 22:19) Apakah langkah-langkah yang wajar diambil untuk bersedia bagi Peringatan?

◼ Masa dan Tempat: Semua orang patut mendapat maklumat yang jelas tentang masa dan tempat berlangsungnya Peringatan. Jika lebih daripada sebuah sidang akan menggunakan Dewan Perjumpaan, adalah penting untuk tiba tepat pada masanya dan beredar dengan cara yang teratur, kerana kita mempunyai masa yang terhad sebelum program Peringatan yang berikutnya bermula. Adalah penting untuk mengelakkan kesesakan di pintu masuk, di ruang legar atau lobi, di laluan pejalan kaki, dan di tempat letak kereta.

◼ Surat Jemputan: Sudahkah semua penyiar mendapat bekalan surat jemputan mereka? Adakah mereka mengetahui isi kandungan surat jemputan? Sudahkah anda berlatih cara untuk menawarkan surat jemputan ini? Siapakah yang akan anda jemput? Berusahalah untuk mengedarkan semua surat jemputan.

◼ Pengangkutan: Sesetengah orang yang berminat dan sebilangan saudara saudari kita mungkin memerlukan pengangkutan atau bantuan yang lain. Apakah aturan yang telah dibuat untuk menjaga keperluan mereka?

◼ Lambang-lambang: Pastikan lambang-lambang hanya diedarkan selepas matahari terbenam. Aturkan supaya orang Kristian terurap yang uzur dan yang tidak dapat hadir dihidangkan roti dan wain. Roti dan wain yang sesuai harus diperoleh dan disediakan.—Lihat majalah pembelajaran (E), 15 Februari 2003, muka surat 14-15, perenggan 14, 17.

◼ Dewan Perjumpaan: Dewan patut dibersihkan sebersih-bersihnya terlebih dahulu. Pinggan, cawan atau gelas wain, meja, dan alas meja yang sesuai patut dibawa ke dewan dan diletakkan di tempat yang dikhaskan sebelum program bermula. Jika tempat lain digunakan, pastikan sistem pembesar suara yang sesuai disediakan supaya para hadirin dapat mendengar suara penceramah. Atendan atau pengiring dan mereka yang menghidangkan lambang-lambang patut dipilih dan dimaklumkan terlebih dahulu tentang tanggungjawab mereka, tatacara yang harus dipatuhi, dan perlunya mengenakan pakaian dan dandanan yang sopan dan yang memuliakan Yehuwa.

Peringatan kematian Yesus Kristus merupakan peristiwa yang penting sekali. Maka, kita secara individu dan sebagai sidang ingin membuat persiapan yang lengkap. Marilah kita dengan ikhlas menunjukkan penghargaan atas semua pemberian Yehuwa yang disediakan menerusi pengorbanan Anak kesayangan-Nya, Yesus Kristus. Sudah pasti, Yehuwa akan melimpahkan berkat kepada semua orang yang berbuat demikian.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi