Peringatan untuk Perjamuan Malam Tuan
Para penatua harus memberi perhatian kepada perkara-perkara yang berikut semasa membuat persiapan untuk Perjamuan Malam Tuan:
◼ Pastikan lambang-lambang hanya diedarkan selepas matahari terbenam.
◼ Roti dan wain yang sesuai harus disediakan terlebih dahulu.—Lihat majalah pembelajaran (E) 15 Februari 2003, muka surat 14-15.
◼ Pinggan, cawan atau gelas wain, meja, dan alas meja yang sesuai harus dibawa ke dewan dan diletakkan pada tempat yang dikhaskan sebelum program bermula.
◼ Dewan Perjumpaan atau tempat perjumpaan yang lain harus dibersihkan dengan baik terlebih dahulu.
◼ Atendan dan mereka yang ditugaskan untuk mengedarkan lambang-lambang patut dipilih dan dimaklumkan terlebih dahulu tentang tugasan mereka dan tatacara sambutan Peringatan. Mereka perlu mengenakan pakaian serta dandanan yang sopan dan yang memuliakan Yehuwa.
◼ Jika orang Kristian terurap yang berusia lanjut dan yang uzur tidak dapat hadir, aturan harus dibuat untuk menghidangkan lambang-lambang kepada mereka.
◼ Apabila lebih daripada satu sidang dijadualkan untuk menggunakan Dewan Perjumpaan yang sama, sidang-sidang perlu bekerjasama bagi mengelakkan kesesakan di pintu masuk, di lobi, di laluan pejalan kaki, dan di tempat letak kereta.
◼ Sekiranya tempat perjumpaan yang lain digunakan, pastikan bahawa tempat itu mempunyai sistem pembesar suara yang baik agar semua yang hadir boleh mendengar ceramah yang disampaikan.