Terbitan Khas Majalah Tempatan untuk Ditawarkan Sepanjang Bulan Januari!
1 Ramai orang dengan ikhlasnya menyoal sama ada maklumat dalam Bible adalah bernilai atau tidak. Antara soalan-soalan yang ditanyakan ialah, jika manusialah yang menulis Bible, mengapakah Bible dipanggil Firman Tuhan? Apakah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Bible boleh dipercayai dan patut dijadikan sebagai pedoman hidup saya? Jika saya meluangkan masa untuk membaca dan mempelajari Bible, apakah manfaat yang akan saya peroleh? Terjemahan Bible yang manakah patut saya gunakan? Terbitan khas majalah tempatan No. 711 yang bertajuk, “Can You Trust the Bible?” [“Bolehkah Anda Mempercayai Bible?”] akan menjawab soalan-soalan di atas dan soalan-soalan yang lain.
2 Kita ingin mengedarkan majalah ini secara meluas di seluruh kawasan penyebaran. Jika boleh, pada bulan Januari 2008, sertailah sidang anda dalam aktiviti penyebaran dari rumah ke rumah pada setiap hari Sabtu. Berikan majalah ini kepada saudara-mara, jiran-jiran, rakan sekerja, guru-guru, rakan sekolah, dan kunjungan kembali anda. Bawalah majalah-majalah ini bersama anda semasa anda keluar untuk membeli-belah atau ke mana sahaja anda pergi. Para penatua telah pun memesan naskhah-naskhah tambahan agar sidang anda mempunyai bekalan yang mencukupi.
3 Mulakan Pembelajaran Bible: Jika penghuni rumah menerima majalah ini, anda boleh menyediakan asas untuk kembali agar anda dapat mengadakan pembelajaran Bible dengannya. Contohnya, sebelum mengakhiri perbualan anda, anda boleh berkata, “Apabila saya kembali, saya ingin tunjukkan kepada anda jawapan daripada Bible kepada soalan ini, ‘Apakah tujuan Tuhan bagi bumi?’ ” Kemudian, kembalilah dengan membawa buku Bible Teach dan tunjukkan muka surat 4-5 kepada penghuni rumah atau bincangkan perenggan 1-3 dalam bab 3 bersamanya. Atau, anda boleh berkata, “Pada kesempatan yang lain, saya ingin membincangkan nubuat dalam Bible yang sedang menjadi kenyataan sekarang.” Semasa anda kembali, tunjukkan bab 9 dalam buku Bible Teach kepada penghuni rumah dan bincangkan perenggan 1-3 bersamanya. Satu lagi cara yang anda boleh gunakan adalah dengan memberitahu penghuni rumah, “Ramai orang mendapati bahawa apa yang terkandung dalam Bible amat sukar untuk difahami. Lain kali, saya ingin tunjukkan kepada anda bagaimana anda dapat lebih memahami apa yang terkandung dalam Bible anda.” Pada kunjungan kembali, perkenalkan buku Bible Teach dan tunjukkan bagaimana pembelajaran Bible diadakan.
4 Hanya Bible sahaja yang ‘boleh memberikan kita kebijaksanaan untuk mendapat penyelamatan.’ (2 Tim. 3:15) Oleh itu, kita patut mengambil bahagian dalam kerja mengedarkan terbitan khas ini dengan semangat membara agar orang lain juga dapat memupuk kepercayaan dalam Bible!