PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 1/08 ms. 6
  • Jangan Bertangguh Lagi!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Jangan Bertangguh Lagi!
  • Kerja Teokratik Kita—2008
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jangan Bertangguh Lagi!
    Kerja Teokratik Kita—2010
  • Adakah Anda Bersedia Menghadapi Kecemasan Perubatan?
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Tahukah Anda Pilihan-pilihan yang Ada?
    Kerja Teokratik Kita—2009
  • Tahukah Anda Pilihan-pilihan yang Ada?
    Kerja Teokratik Kita—2011
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2008
km 1/08 ms. 6

Jangan Bertangguh Lagi!

Tangguhkan apa? Melengkapkan kad Health Care Directive (HCD [Arahan Penjagaan Kesihatan]) yang disediakan untuk Saksi-Saksi yang sudah dibaptis. Sudahkah anda memutuskan jenis rawatan dan prosedur perubatan yang anda sedia terima semasa kecemasan? Oleh sebab ‘anda tidak tahu apa yang akan berlaku dengan kehidupan anda esok,’ dari awal-awal lagi anda patut menyatakan keputusan anda dalam hitam putih. (Yak. 4:14; Kis. 15:​28, 29) Video Transfusion-Alternative Health Care​—Meeting Patient Needs and Rights telah dikeluarkan untuk membantu anda. Tontonlah video ini. Kemudian berdoalah sebelum anda mengkaji semula apa yang anda telah pelajari dengan menggunakan soalan-soalan berikut.​—Perhatian: Oleh sebab video ini mengandungi adegan pembedahan yang ringkas, ibu bapa harus memutuskan jika video ini sesuai untuk ditonton bersama anak-anak kecil mereka.

(1) Mengapakah sesetengah doktor dan pakar perubatan yang lain sedang menilai semula penggunaan transfusi darah? (2) Berikan tiga contoh pembedahan yang rumit yang telah dilakukan tanpa transfusi darah. (3) Berapa ramaikah pakar perubatan dan pakar bedah di serata dunia yang telah menyatakan kesanggupan mereka untuk merawat dan membedah pesakit tanpa transfusi darah? (4) Apakah hasil dapatan daripada kajian-kajian hospital yang dilakukan baru-baru ini tentang penggunaan darah? (5) Apakah risiko-risiko yang dikaitkan dengan transfusi darah? (6) Apakah kesimpulan yang telah dibuat oleh ramai pakar perubatan tentang manfaat-manfaat daripada menggunakan alternatif transfusi (bahan-bahan dan kaedah-kaedah rawatan tanpa penggunaan transfusi darah)? (7) Apakah yang menyebabkan anemia? Apakah tahap anemia yang mampu ditanggung oleh tubuh manusia? Apakah yang boleh dilakukan untuk membantu pesakit anemia? (8) Apakah caranya untuk merangsang penghasilan sel darah merah dalam tubuh seorang pesakit? (9) Apakah teknik-teknik yang sedang digunakan untuk meminimumkan kehilangan darah semasa pembedahan? (10) Bolehkah alternatif transfusi digunakan dengan jayanya ke atas kanak-kanak dan ke atas mereka yang mengalami kecemasan yang mengancam nyawa? (11) Apakah salah satu prinsip etika yang utama dalam penjagaan perubatan yang baik? (12) Mengapakah orang Kristian perlu menentukan pilihan mereka tentang rawatan tanpa darah sebelum berlakunya kecemasan atau pembedahan? Bagaimanakah kita dapat berbuat demikian?

Setiap individu mesti membuat keputusan peribadi sama ada untuk menerima atau menolak sesetengah kaedah rawatan yang ditayangkan dalam video ini. Keputusan ini mestilah dibuat berdasarkan hati nurani masing-masing yang dilatih oleh prinsip Bible. Sudahkah anda membuat keputusan yang jelas menunjukkan pendirian anda tentang jenis rawatan dan prosedur perubatan yang anda sanggup terima untuk diri anda dan anak-anak anda? Untuk keterangan yang lebih lengkap dan terperinci, sila rujuk bahagian “Questions from Readers” (“Soalan-soalan daripada Pembaca”) dalam majalah pembelajaran (E) 15 Jun 2004 dan 15 Oktober 2000, dan sisipan Kerja Teokratik Kita (E) terbitan bulan November 2006 yang bertajuk “How Do I View Blood Fractions and Medical Procedures Involving My Own Blood?” (“Apakah Pandangan Saya terhadap Pecahan-pecahan Darah dan Kaedah-kaedah Rawatan yang Melibatkan Penggunaan Darah Saya?”). Anda patut memaklumkan keputusan anda kepada orang hubungan kecemasan anda dan ahli-ahli keluarga yang tidak sekepercayaan.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi