PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 1/10 ms. 3
  • Jangan Bertangguh Lagi!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Jangan Bertangguh Lagi!
  • Kerja Teokratik Kita—2010
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jangan Bertangguh Lagi!
    Kerja Teokratik Kita—2008
  • Adakah Anda Bersedia Menghadapi Kecemasan Perubatan?
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Tahukah Anda Pilihan-pilihan yang Ada?
    Kerja Teokratik Kita—2009
  • Tahukah Anda Pilihan-pilihan yang Ada?
    Kerja Teokratik Kita—2011
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2010
km 1/10 ms. 3

Jangan Bertangguh Lagi!

Tangguhkan apa? Melengkapkan kad Arahan Penjagaan Kesihatan (Health Care Directive-E) yang disediakan untuk Saksi-Saksi yang sudah dibaptis. Sudahkah anda memutuskan jenis rawatan dan kaedah perubatan yang akan anda terima semasa kecemasan? Oleh sebab anda tidak tahu ‘apa yang akan berlaku dengan kehidupan anda esok,’ dari awal lagi anda patut menyatakan keputusan anda dalam hitam putih. (Yak. 4:14; Kis. 15:28, 29) Video Transfusion-Alternative Health Care—Meeting Patient Needs and Rights (Rawatan Perubatan Tanpa Darah—Memenuhi Keperluan dan Hak Pesakit) telah disediakan untuk membantu anda. Tontonlah video ini, dan kemudian berdoalah sebelum anda mengkaji semula apa yang telah dipelajari dengan menggunakan soalan-soalan berikut.—Perhatian: Video ini mengandungi adegan pembedahan yang ringkas. Maka, ibu bapa harus memutuskan sama ada video ini sesuai untuk ditonton bersama anak-anak kecil.

(1) Mengapakah sesetengah doktor dan pakar perubatan sedang menilai semula penggunaan transfusi darah? (2) Berikan tiga contoh pembedahan rumit yang telah dilakukan tanpa transfusi darah. (3) Berapa ramaikah pakar perubatan dan pakar bedah di serata dunia yang telah menyatakan kesanggupan mereka untuk merawat dan membedah pesakit tanpa transfusi darah? Mengapakah mereka sanggup berbuat demikian? (4) Hasil kajian hospital baru-baru ini menunjukkan apa tentang penggunaan darah? (5) Apakah risiko-risiko yang dikaitkan dengan transfusi darah? (6) Apakah kesimpulan ramai pakar perubatan tentang manfaat-manfaat alternatif transfusi (pelbagai bahan dan kaedah rawatan tanpa penggunaan transfusi darah)? (7) Apakah yang menyebabkan anemia? Apakah tahap anemia yang mampu ditanggung oleh tubuh manusia? Apakah yang boleh dilakukan untuk membantu pesakit anemia? (8) Apakah caranya untuk merangsang penghasilan sel darah merah dalam tubuh seorang pesakit? (9) Apakah teknik-teknik yang sedang digunakan untuk meminimumkan kehilangan darah semasa pembedahan? (10) Adakah alternatif transfusi juga berkesan untuk kanak-kanak dan mereka yang mengalami kecemasan yang mengancam nyawa? (11) Apakah salah satu prinsip etika yang utama dalam penjagaan perubatan yang baik? (12) Mengapakah orang Kristian mesti memilih kaedah rawatan tanpa darah yang akan diterima sebelum berlakunya kecemasan atau pembedahan? Bagaimanakah kita dapat berbuat demikian?

Setiap individu mesti membuat keputusan peribadi sama ada untuk menerima atau menolak sesetengah kaedah rawatan yang ditayangkan dalam video ini. Keputusan ini mestilah dibuat berdasarkan hati nurani masing-masing yang dilatih oleh Bible. Sudahkah anda menyatakan dengan jelas keputusan anda tentang jenis rawatan dan kaedah perubatan yang sanggup anda terima untuk diri sendiri dan anak-anak anda? Sudahkah anda mencatatkan keputusan anda pada kad APK (HCD)? Untuk keterangan yang lengkap dan terperinci, sila kaji buku “Kasih Tuhan” (God’s Love-E), bab 7 dan bahan rujukan yang dinyatakan di dalamnya. Lihat juga sisipan Kerja Teokratik Kita, November 2009 yang bertajuk “Apakah Pandangan Saya terhadap Pecahan Kecil Darah dan Kaedah Rawatan yang Melibatkan Penggunaan Darah Saya?” Selepas itu, pastikan anda menuliskan keputusan peribadi anda pada kad APK. Maklumkan keputusan anda kepada orang hubungan kecemasan anda dan ahli-ahli keluarga yang tidak sekepercayaan.

[Kotak pada muka surat 3]

• Sudahkah anda memutuskan rawatan dan kaedah perubatan yang sudi diterima untuk diri sendiri dan anak-anak anda?

• Sekiranya berlaku kecemasan, adakah anda membawa kad APK yang telah dilengkapkan?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi