Tahukah Anda Pilihan-pilihan yang Ada?
Semakin banyak pusat perubatan di serata dunia sedang melakukan pembedahan tanpa penggunaan darah. Adakah anda mengetahui dan memahami sepenuhnya pilihan-pilihan yang ada dalam bidang rawatan tanpa darah? Anda perlu memperoleh maklumat sebegini agar dapat membuat keputusan sehubungan dengan rawatan perubatan dan pembedahan. Tontoni video “Kejayaan Bidang Perubatan dalam Rawatan Tanpa Darah” (No Blood—Medicine Meets the Challenge). Kemudian, berdoalah tentang keputusan anda dan apa yang anda telah pelajari dengan menggunakan soalan-soalan yang terdapat di bawah.—Perhatian: Oleh sebab video ini mempunyai adegan pembedahan yang ringkas, ibu bapa harus memutuskan jika video ini sesuai untuk ditonton bersama anak-anak kecil mereka.
(1) Apakah sebab utama Saksi-Saksi Yehuwa enggan menerima transfusi darah? (2) Apakah rawatan perubatan yang diingini oleh Saksi-Saksi Yehuwa? (3) Apakah hak asasi seorang pesakit? (4) Mengapakah alternatif transfusi (salah satu rawatan yang tidak melibatkan transfusi darah) adalah pilihan yang rasional dan bertanggungjawab? (5) Apakah dua hal yang mesti segera dilakukan oleh doktor apabila pesakit kehilangan banyak darah? (6) Apakah empat prinsip bagi alternatif transfusi? (7) Bagaimanakah doktor dapat (a) mengurangkan kehilangan darah (minimize blood loss), (b) memulihara sel darah merah (conserve red blood cells), (c) merangsang penghasilan darah (stimulate blood production), dan (d) memperoleh semula darah yang telah hilang (recover lost blood)? (8) Jelaskan kaedah-kaedah (a) pencairan darah (hemodilution) dan (b) penyelamatan sel (cell salvage). (9) Apakah yang patut anda ketahui sehubungan dengan mana-mana alternatif transfusi? (10) Dapatkah pembedahan yang besar dan rumit dilakukan tanpa transfusi darah? (11) Apakah perkembangan positif yang sedang berlaku dalam kalangan komuniti perubatan?
Setiap individu mesti membuat keputusan peribadi sama ada untuk menerima atau menolak sesetengah kaedah rawatan yang ditayangkan dalam video ini. Keputusan ini mestilah dibuat berdasarkan hati nurani masing-masing yang dilatih oleh prinsip Bible. Sudahkah anda menyatakan dengan jelas keputusan anda tentang jenis rawatan dan kaedah perubatan yang anda sanggup terima untuk diri anda dan anak-anak anda? Sudahkah anda mencatatkan keputusan itu pada kad “Arahan Penjagaan Kesihatan” (HCD)? Untuk keterangan yang lengkap dan terperinci, sila rujuk Questions From Readers (“Soalan-soalan daripada Pembaca”) dalam majalah pembelajaran (E), 15 Jun 2004 dan 15 Oktober 2000. Kemudian gunakan lembaran kerja yang terdapat dalam sisipan Kerja Teokratik Kita (E), November 2006 yang bertajuk How Do I View Blood Fractions and Medical Procedures Involving My Own Blood? (“Apakah Pandangan Saya terhadap Pecahan-pecahan Darah dan Kaedah-kaedah Rawatan yang Melibatkan Penggunaan Darah Saya?”) untuk membuat keputusan peribadi tentang apa yang anda akan terima atau tolak. Selepas itu, pastikan anda menuliskan keputusan peribadi anda pada kad HCD anda. Maklumkan keputusan anda kepada orang hubungan kecemasan anda dan ahli-ahli keluarga yang tidak sekepercayaan.
[Box on page 3]
• Sudahkah anda memutuskan rawatan dan kaedah perubatan yang anda sudi terima untuk diri anda dan anak-anak anda?
• Sekiranya berlaku kecemasan, adakah anda membawa kad HCD yang telah dilengkapkan?