PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 8/08 ms. 1
  • Program Baru untuk Perhimpunan Litar

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Program Baru untuk Perhimpunan Litar
  • Kerja Teokratik Kita—2008
  • Bahan yang Berkaitan
  • Pemberian Tuhan kepada Penyebar Kristian
    Kerja Teokratik Kita—2010
  • Perhimpunan Litar yang Membantu Kita Menjaga Kerohanian Kita
    Kerja Teokratik Kita—2009
  • Program Baru untuk Perhimpunan Litar
    Kerja Teokratik Kita—2007
Kerja Teokratik Kita—2008
km 8/08 ms. 1

Program Baru untuk Perhimpunan Litar

Bagaimanakah kita dapat teguh dalam pendirian kita semasa menghadapi mereka yang menentang penyembahan sejati dengan sengit? Oleh sebab Syaitan sentiasa berusaha menggoda kita untuk kembali ke dunia yang tidak soleh, bagaimanakah kita dapat mematahkan usahanya? Program perhimpunan litar untuk tahun aktiviti penyebaran 2009 akan menjawab soalan-soalan yang penting ini. Tema perhimpunan litar ialah “Terus Mengalahkan Kejahatan dengan Kebaikan.” (Rm. 12:21) Berikut merupakan apa yang bakal disampaikan semasa perhimpunan itu.

Penyelia distrik akan menyampaikan ceramah-ceramah “Diperkukuh untuk Mengalahkan Kejahatan dengan Kebaikan,” “Berwaspadalah agar Tidak Terlalu Yakin!,” “Akhir Semua Kejahatan Sudah Dekat!,” dan “Memperkukuh Kepercayaan Kita untuk Mengalahkan Dunia.” Penyelia litar akan berucap kepada kita berasaskan tema “Sekaranglah Masanya untuk Tetap Berjaga-jaga!,” berdasarkan Roma 13:​11-13, dan “Jangan Tawar Hati pada Masa Kesusahan,” berdasarkan Amsal 24:10. Kita juga menanti-nantikan bahagian yang akan disampaikan oleh penyelia litar “Memberikan Perhatian pada Keperluan Litar.” Satu lagi bahagian yang sungguh menggalakkan ialah bahagian “Bolehkah Anda Giat Berkhidmat sebagai Seorang Perintis?” Simposium pertama daripada dua simposium yang akan disampaikan bertajuk “Berdiri Teguh Menentang Muslihat-muslihat Si Iblis.” Simposium ini akan membantu kita untuk mengenal pasti dan menolak muslihat-muslihat Si Iblis yang licik dalam bidang teknologi, hiburan, dan pendidikan. Simposium “Memperoleh Kekuatan untuk Melawan Syaitan pada Masa Fasiq Ini” akan menunjukkan bagaimana kita dapat terus membuat kemajuan dalam menerapkan nasihat yang terilham di Efesus 6:​10-18.

Kerja menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan berkait langsung dengan usaha kita untuk mengalahkan punca kejahatan. (Pny. 12:17) Tidak hairanlah bahawa Syaitan tidak henti-henti menyerang Saksi-Saksi Yehuwa! (Yes. 43:​10, 12) Walau bagaimanapun, Si Iblis akan gagal dengan teruk kerana kita bertekad untuk terus ‘mengalahkan kejahatan dengan kebaikan.’ Buatlah rancangan yang spesifik sekarang untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada keempat-empat sesi perhimpunan litar ini.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi