Adakah Anda Menunjukkan Bagaimana Pembelajaran Bible Diadakan pada Kunjungan Pertama?
Semasa kita menawarkan pembelajaran Bible kepada penghuni rumah, ada yang berkata bahawa mereka tidak berminat atau mereka sudah menghadiri kelas Bible di gereja. Memandangkan mereka tidak mengetahui bahawa cara kita mengajar Bible berbeza dengan kumpulan keagamaan yang lain, maka mereka langsung tidak sedar bahawa mempelajari Bible ialah pengalaman yang menyenangkan dan boleh meningkatkan pemahaman mereka. Oleh itu, daripada hanya menawarkan pembelajaran Bible kepada penghuni rumah, bukankah lebih baik untuk meluangkan beberapa minit pada kunjungan pertama dan menunjukkan cara pembelajaran Bible diadakan? Sebagai perumpamaan: Jangan hanya memberitahu mereka bahawa anda seorang tukang masak yang handal dan berjanji akan memasak untuk mereka pada lain hari. Sebaliknya, biarlah mereka merasai masakan anda saat itu juga! Anda hanya memerlukan beberapa minit untuk berbuat demikian dengan menggunakan cadangan ini:
“Pada pendapat anda, mungkinkah kata-kata ini menjadi kenyataan suatu hari nanti? [Baca Yesaya 33:24, dan izinkan maklum balas.] Saya ingin menunjukkan sesuatu yang menarik berkenaan hal ini.” Berikan penghuni rumah brosur Dikehendaki, dan tunjukkan perenggan 5, dan 6 pada muka surat 11. Bacakan soalan pada permulaan pelajaran tersebut, dan minta penghuni rumah untuk mencari jawapannya seraya anda membaca dua perenggan itu. Kemudian, ulangi soalan itu, dan dengar jawapan penghuni rumah. Baca satu lagi ayat Bible bersama-samanya. Ajukan satu soalan, dan buatlah temu janji untuk memberikan jawapan pada kunjungan seterusnya. Dengan ini, anda sudah pun memulakan satu pembelajaran Bible!