Makanan yang Disajikan Tepat pada Masanya
1. Bagaimanakah program hari perhimpunan istimewa yang diadakan baru-baru ini membantu anda dan orang lain?
1 “Maklumat inilah yang kita perlukan!” Kita sering meluahkan kata-kata ini selepas menghadiri hari perhimpunan istimewa. Seorang penyelia litar melaporkan bahawa sesetengah penyiar dalam litarnya telah menyatakan hasrat mereka untuk lebih bergiat dalam kerja penyebaran setelah mendengar program perhimpunan baru-baru ini. Seorang penyelia lawatan berkata, “Perhimpunan ini membantu kita menilai semula pilihan hidup sendiri, memandangkan akhir sistem ini sudah berada di ambang pintu.” Seorang lagi berkata, “Beberapa orang penyiar menyatakan bahawa perhimpunan ini adalah peringatan yang jelas kepada mereka agar bertumpu pada perkara yang paling penting, iaitu kerja penyebaran.” Bagaimanakah hari perhimpunan istimewa telah membantu anda?
2. Apakah program yang disediakan bagi tahun aktiviti penyebaran yang akan datang?
2 Program bagi tahun aktiviti penyebaran yang akan datang juga mengandungi maklumat yang kita perlukan. Temanya “Berlindung kepada Yehuwa” diambil daripada Mazmur 118:8, 9. Berikut adalah beberapa subjek yang akan dibincangkan: “Bagaimana Yehuwa Ialah Kubu yang Kuat pada Masa Kesusahan,” “Bantu Orang Lain Bernaung di Bawah Sayap Yehuwa,” “Tirulah Yehuwa dengan Menjadi Tempat Perlindungan,” “Kaum Muda, Percayalah pada Yehuwa!” dan “Firdaus Rohani Kita—Perlindungan daripada Yehuwa.”
3. Semasa menghadiri perhimpunan, bagaimanakah kita dapat memperoleh manfaat dengan sepenuhnya?
3 Peroleh Manfaat: Sebaik sahaja tarikh perhimpunan diumumkan, buatlah perancangan untuk hadir, dan jemput pelajar Bible anda untuk ikut bersama. Jika kita hendak “bertekun sehingga menghasilkan buah,” kita harus menyimpan di dalam hati apa yang didengar. (Luk. 8:15) Maka, dengarlah program dengan teliti sambil membuat nota yang ringkas. Catatkan isi-isi utama serta ajaran yang ingin anda terapkan dalam kehidupan dan dalam kerja penyebaran. Selepas perhimpunan, luangkan masa untuk membincangkan program bersama ahli keluarga. Fikirkan cara yang spesifik untuk menerapkan maklumat tersebut secara peribadi dan dalam kalangan keluarga.
4. Mengapakah kita patut menantikan hari perhimpunan istimewa yang bakal berlangsung dengan hati yang gembira?
4 Hari perhimpunan istimewa tahun ini adalah seperti hidangan yang sedap dan berkhasiat. Hal ini melibatkan perancangan yang teliti, dan organisasi Yehuwa telah mencurahkan banyak kasih dan usaha untuk menyediakannya. Perhimpunan ini merupakan makanan yang disajikan tepat pada masanya untuk menjaga kerohanian para penyebar Kristian. Semoga Yehuwa memberkati usaha anda untuk menghadiri dan memanfaatkannya—Mat. 24:45.