Firman Tuhan Berkuasa
1. Apakah tema program hari perhimpunan istimewa bagi tahun aktiviti penyebaran 2014?
1 Tidak seperti buku-buku yang ditulis oleh menusia yang tidak sempurna, Bible mempunyai kuasa untuk mengubah dan menjadikan pemikiran serta tingkah laku kita selaras dengan kehendak Yehuwa. Berapa besarkah pengaruh Firman Tuhan? Bagaimanakah kita dapat menggunakan kuasa Firman Tuhan dalam kehidupan kita dengan sepenuhnya? Bagaimanakah kita boleh menggunakannya untuk membantu orang lain dengan lebih berkesan? Kami yakin bahawa semua yang hadir akan dikuatkan secara rohani semasa hal ini dibincangkan dalam program hari perhimpunan istimewa bagi tahun aktiviti penyebaran 2014. Temanya ialah “Firman Tuhan Berkuasa,” yang berdasarkan Ibrani 4:12.
2. Apakah soalan-soalan yang akan dibincangkan?
2 Cari Jawapan kepada Soalan Berikut: Semasa program berlangsung, tuliskanlah jawapan kepada soalan-soalan berikut.
• Mengapakah kita harus yakin pada Firman Yehuwa? (Mzm. 29:4)
• Bagaimanakah Firman Tuhan mempengaruhi hidup kita? (Mzm. 34:9)
• Bagaimanakah anda boleh menggunakan Firman Tuhan dalam kerja penyebaran? (2 Tim. 3:16, 17)
• Bagaimanakah kita boleh mengelakkan diri daripada jerat keinginan dunia Syaitan? (1 Yoh. 5:19)
• Bagaimanakah kaum muda boleh berjaya dalam hal-hal rohani? (Yer. 17:7)
• Bagaimanakah kita boleh mendapat kekuatan meskipun kita lemah? (2 Kor. 12:10)
• Bagaimanakah kita boleh terus membuat perubahan dalam hidup walaupun sudah lama mempunyai tabiat buruk? (Ef. 4:23)
3. Selain daripada menumpukan perhatian, apakah manfaat lain yang boleh kita nikmati daripada hari perhimpunan istimewa ini?
3 Marilah kita tumpukan perhatian sepenuhnya kepada program ini yang pasti memanfaatkan kita! Seperti perhimpunan litar dan konvensyen distrik, perhimpunan ini membuka peluang agar kita dapat menikmati pergaulan bersama saudara saudari daripada sidang berlainan. (Mzm. 133:1-3; 2 Kor. 6:11-13) Jadi, luangkan masa untuk bergaul bersama rakan-rakan anda serta berkenalan dengan saudara saudari yang lain. Ambillah peluang untuk mengalu-alukan penceramah undangan seperti penyelia distrik atau saudara dari Bethel dan isteri mereka. Sudah tentu kita mempunyai banyak sebab dalam menantikan hari perhimpunan istimewa ini!