PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 8/08 ms. 1
  • Program Baru untuk Hari Perhimpunan Istimewa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Program Baru untuk Hari Perhimpunan Istimewa
  • Kerja Teokratik Kita—2008
  • Bahan yang Berkaitan
  • Makanan yang Disajikan Tepat pada Masanya
    Kerja Teokratik Kita—2010
  • Program Hari Perhimpunan Istimewa untuk Tahun 2010
    Kerja Teokratik Kita—2009
  • Pemberian Tuhan kepada Penyebar Kristian
    Kerja Teokratik Kita—2010
  • Program Baru untuk Hari Perhimpunan Istimewa
    Kerja Teokratik Kita—2007
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2008
km 8/08 ms. 1

Program Baru untuk Hari Perhimpunan Istimewa

Tema hari perhimpunan istimewa untuk tahun aktiviti penyebaran 2009 yang berdasarkan Kolose 4:​17, NW, ialah “Terus Memberikan Perhatian pada Aktiviti Penyebaran . . . , agar Kamu Melaksanakannya.” Sebagai orang Kristian, kita memandang berat akan seruan itu. Matlamat kita adalah untuk melaksanakan aktiviti penyebaran kita dengan setia, sepertimana yang telah dilakukan oleh Yesus. (Yoh. 17:⁠4) Hawari Paulus juga memberi kita suri teladan dalam hal ini. Dia bertekad untuk menyelesaikan tugasnya dalam aktiviti penyebaran.​—Kis. 20:⁠24.

Bahagian yang disampaikan oleh penyelia litar akan menunjukkan bagaimana penyiar-penyiar yang berlainan sedang mengatasi pelbagai cabaran dalam aktiviti penyebaran mereka. Kemudian, ceramah “Pupuklah Apa yang Telah Anda Tanamkan” akan menyoroti bagaimana kita betul-betul dapat membantu mereka yang lurus hati untuk memperoleh kehidupan abadi. (Kis. 13:48) Penceramah undangan akan membincangkan 2 Korintus 6:​1-10 ayat demi ayat, dalam ceramah “Bagaimana Kita Menunjukkan bahawa Kita Ialah Penyebar Tuhan.” Pada sesi petang, dia akan berucap kepada para hadirin berdasarkan tema “Menjunjung Tinggi Aktiviti Penyebaran Kita.” Anda pasti akan menerima galakan daripada bahagian “Kaum Tua dan Muda Bersukacita dalam Aktiviti Penyebaran” dan bahagian “Kaum Muda yang Melaksanakan Aktiviti Penyebaran.” Mereka yang berhasrat untuk melambangkan pembaktian mereka dengan pembaptisan, sama ada semasa hari perhimpunan istimewa atau perhimpunan litar yang akan datang, harus memaklumkan koordinator badan penatua dengan secepat mungkin. Salah satu bahagian yang penting dalam perhimpunan dan konvensyen kita ialah perbincangan majalah pembelajaran. Sila bawa terbitan majalah anda yang akan dibincangkan pada minggu berlangsungnya hari perhimpunan istimewa.

Kita berikhtiar untuk memastikan bahawa perkara-perkara yang kita gemari serta aktiviti-aktiviti lain tidak merampas masa yang sepatutnya digunakan untuk tugas yang telah dipercayakan oleh Yehuwa kepada kita. Dengan demikian, kita sedang ‘memberi perhatian pada aktiviti penyebaran kita agar dapat melaksanakannya.’ Galakan daripada Bible yang disediakan menerusi program hari perhimpunan istimewa ini patut membantu kita masing-masing untuk menyedari apa yang harus kita lakukan bagi mengekalkan tumpuan yang betul. Kita juga dibantu untuk memikirkan secara mendalam apa yang sedang kita lakukan dalam aktiviti penyebaran agar kita dapat melaksanakan aktiviti ini dengan sepenuhnya.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi