PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 10/10 ms. 2
  • Brosur Baru untuk Ditawarkan!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Brosur Baru untuk Ditawarkan!
  • Kerja Teokratik Kita—2010
  • Bahan yang Berkaitan
  • Cara Menggunakan Berita Baik daripada Tuhan!
    Kerja Teokratik Kita—2013
  • Adakah Anda Menggunakan Brosur-brosur Ini?
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Salah Satu Cara Menggunakan Brosur Mesej Bible
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Mengajar dengan Menggunakan Brosur Berita Baik
    Kerja Teokratik Kita—2015
Kerja Teokratik Kita—2010
km 10/10 ms. 2

Brosur Baru untuk Ditawarkan!

1. Apakah yang akan ditawarkan pada bulan November? Mengapakah bahan bacaan ini disediakan?

1 Semasa Konvensyen Distrik “Berjaga-jagalah!” pada tahun 2009, kita telah menerima senaskhah brosur baru yang bertajuk Bible—Apakah Mesejnya? Pada bulan November, sidang-sidang di serata dunia akan menawarkannya buat kali pertama. Bagaimanakah brosur ini dapat membantu orang dalam kawasan penyebaran kita? Kebanyakan orang, terutamanya mereka yang tidak beragama Kristian, kurang berpengetahuan tentang Bible. Oleh itu, muka surat 3 brosur ini menjelaskan bahawa “brosur ini disediakan khas untuk membantu anda mendapat pengetahuan dasar tentang apa yang terkandung dalam Bible.”

2. Bagaimanakah kita dapat menawarkan brosur ini?

2 Cara Menawarkannya: Kita boleh berkata, “Kami ingin mendengar pendapat anda tentang apa yang dikatakan di sini. [Baca 2 Timotius 3:16.] Ramai orang yang kami temui bersetuju dengan kata-kata ini; yang lain berasa bahawa Bible hanya sebuah buku yang bagus. Bagaimana pula dengan anda? [Izinkan maklum balas.] Tidak kira apa kepercayaan agama kita, terdapat alasan yang baik bagi kita untuk mengkaji Bible. [Baca perenggan pembukaan pada bahagian atas muka surat 3.] Seraya anda membaca ringkasan yang menarik tentang Bible dalam brosur ini, anda akan menyedari sesuatu: Seluruh Bible dikaitkan oleh satu tema dan mesej.”

3. Apakah penyampaian lain yang boleh kita gunakan, terutamanya di kawasan yang ramai penduduknya tidak beragama Kristian?

3 Jika ramai penduduk di suatu kawasan tidak beragama Kristian, kita boleh berkata, “Kami ingin mendengar pendapat anda tentang apa yang dicatatkan di dalam Bible (atau dalam kitab suci ini). [Baca Mazmur 37:11.] Pada pendapat anda, bagaimanakah keadaan bumi apabila kata-kata ini menjadi kenyataan? [Izinkan maklum balas.] Inilah salah satu contoh bagaimana Bible membawa harapan dan kelegaan hati kepada orang dari pelbagai kebudayaan dan kepercayaan.” Baca perenggan pada bahagian atas muka surat 3, dan tawarkan brosur ini.

4. Bagaimanakah kita dapat memulakan pembelajaran Bible dengan menggunakan brosur ini?

4 Mulakan Pembelajaran Bible: Semasa kita kembali mengunjungi penghuni rumah, kita boleh mengingatkannya tentang subjek perbincangan kita sebelum ini. Kemudian, pilih bahagian yang sesuai dengan subjek itu lalu bincangkan satu atau dua perenggan dengan menggunakan soalan-soalan pada akhir bahagian itu. Atau jika kita ingin memperkenalkan brosur Dikehendaki dengan serta-merta, kita boleh membaca kulit belakang brosur Mesej Bible lalu memberinya brosur Dikehendaki. Tanya dia mana satu tajuk yang menarik minatnya, dan bincangkan satu atau dua perenggan daripada bab tersebut bersamanya. Semoga kita menawarkan brosur ini dengan bersungguh-sungguh sepanjang bulan November!

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi