PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 7/15 ms. 2
  • Kotak Pertanyaan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kotak Pertanyaan
  • Kerja Teokratik Kita—2015
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kotak Pertanyaan
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Cara-Cara untuk Menyebarkan Berita Baik
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
  • Bertindaklah dengan Segera
    Kerja Teokratik Kita—2014
  • Internet—Gunakannya dengan Bijak
    Menara Pengawal—2011
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2015
km 7/15 ms. 2

Kotak Pertanyaan

◼ Haruskah penyiar menggunakan Internet untuk menginjil atau belajar dengan orang yang tidak dikenali di negara lain?

Beberapa penyiar menggunakan Internet untuk mencari pelajar Bible di negara yang mengharamkan kerja kita atau di kawasan yang tidak mempunyai ramai penyiar. Kadangkala, kita menikmati hasil yang baik. Namun, penyiar terdedah kepada bahaya semasa berhubung dengan orang yang tidak dikenali melalui emel atau chat room. (Lihat Kerja Teokratik Kita, Ogos 2007, ms. 6) Walaupun kita ingin mencapai orang yang berhati jujur dengan mesej Bible, perbincangan sebegini mungkin menyebabkan seorang saudara atau saudari terlibat dalam pergaulan buruk, termasuk pergaulan dengan orang murtad. (1 Kor. 1:19-25; Kol. 2:8) Selain itu, apa jua bentuk komunikasi yang digunakan di negara yang mengharamkan kerja kita mungkin diperhatikan oleh pihak berkuasa. Hal ini boleh membahayakan saudara saudari tempatan. Oleh itu, para penyiar tidak harus menggunakan Internet untuk mencari orang dari negara lain untuk berkongsi berita baik.

Jika pejabat cawangan tempatan tidak memberikan arahan mengenai kesaksian tidak formal kepada orang yang melawat dari negara lain, kita tidak harus menghubungi orang yang berminat itu setelah dia pulang ke negara asalnya. Sebaliknya, kita boleh tunjukkan cara untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menghubungi pejabat cawangan di negara asalnya menerusi jw.org. Kita juga boleh menggalakkannya untuk mengunjungi Dewan Perjumpaan yang berdekatan dengan rumahnya. Sesetengah negara mungkin tidak mempunyai Dewan Perjumpaan. Jika dia ingin dikunjungi, kita harus mengisi borang Kunjungan Susulan (S-43) dan serahkan kepada setiausaha sidang. Borang itu akan dihantar menerusi jw.org. Pejabat cawangan yang menyelia aktiviti di negara itu dapat memberikan bantuan rohani yang sesuai dengan keadaan di kawasan itu.—Lihat Kerja Teokratik Kita, Jun 2014, ms. 7 dan November 2011, ms 2.

Jika orang yang kita sedang kunjungi berpindah ke negara lain atau kita sedang belajar dengan orang di negara lain yang kita kenal menerusi Internet, kita harus mengikut arahan yang dinyatakan di atas. Namun, kita mungkin boleh terus memupuk minat orang itu sehingga penyiar tempatan menghubunginya. Tetapi, jika orang itu tinggal di negara yang mengharamkan kerja kita, perbincangan Bible menerusi surat, telefon, atau alat elektronik yang lain harus dilakukan dengan berwaspada.—Mat. 10:16.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi