PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 8/13 ms. 1
  • Firman Tuhan Berguna untuk Mengajar

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Firman Tuhan Berguna untuk Mengajar
  • Kerja Teokratik Kita—2013
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jagalah Fikiranmu
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • ‘Semoga Kehendak Tuhan Ditaati’
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Firman Tuhan Berkuasa
    Kerja Teokratik Kita—2013
  • Makanan yang Disajikan Tepat pada Masanya
    Kerja Teokratik Kita—2010
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2013
km 8/13 ms. 1

Firman Tuhan Berguna untuk Mengajar

1. Apakah tema program perhimpunan litar bagi tahun aktiviti penyebaran 2014? Apakah soalan yang akan dibincangkan semasa program itu?

1 Yehuwa, Pendidik Agung kita, merupakan guru yang paling baik di alam semesta. (Yes. 30:20, 21) Bagaimanakah Yehuwa mengajar kita? Dia telah menyediakan sebuah buku yang tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana buku yang lain—Firman-Nya, Bible. Bagaimanakah ajaran Tuhan dapat memberi kita manfaat secara fizikal, mental, emosi, dan rohani? Jawapan bagi soalan ini akan dibincangkan semasa program perhimpunan litar bagi tahun aktiviti penyebaran 2014. Tema program ini adalah “Firman Tuhan Berguna untuk Mengajar,” berdasarkan ayat di 2 Timotius 3:16.

2. Jawapan kepada soalan-soalan apakah yang merupakan isi penting program?

2 Carilah Jawapan kepada Isi-isi Ini: Isi-isi penting program akan dijawab melalui soalan berikut:

• Apakah kesan ajaran Tuhan ke atas hidup kita? (Yes. 48:17, 18)

• Apakah keyakinan yang kita miliki sekiranya kita membuat perubahan dalam kehidupan untuk menyembah Yehuwa sepenuh masa? (Mal. 3:10)

• Apakah yang harus kita lakukan sewaktu berdepan dengan “ajaran ganjil”? (Ibr. 13:9)

• Bagaimanakah kita dapat meniru ‘cara Yesus mengajar’? (Mat. 7:28, 29)

• Mengapakah saudara-saudara yang mengajar di dalam sidang harus mengajar diri mereka? (Rm. 2:21)

• Mengapakah Firman Tuhan bermanfaat? (2 Tim. 3:16)

• Apakah kesannya apabila bangsa-bangsa ‘digoncangkan’? (Hag. 2:6, 7)

• Apakah keyakinan Yehuwa terhadap kita? (Ef. 5:1)

• Mengapakah kita harus berusaha agar tetap berada dalam ajaran Yehuwa? (Luk. 13:24)

3. Mengapakah sangat penting untuk menghadiri dan memberikan sepenuh perhatian pada program ini?

3 Di 2 Timotius bab 3, Paulus menulis tentang hari-hari terakhir di mana akan timbul banyak kesusahan. Kemudian dia berkata, “orang jahat dan penipu akan menjadi semakin jahat. Mereka menipu orang lain, padahal mereka sendiri juga tertipu.” (2 Tim. 3:13) Kita harus mendengar dan menerapkan ajaran Tuhan agar kita tidak disesatkan! Oleh itu, marilah kita bertekad untuk menghadiri dan memberikan sepenuh perhatian pada program ini yang disediakan tepat pada waktunya.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi