PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 8/12 ms. 2
  • Jagalah Fikiranmu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Jagalah Fikiranmu
  • Kerja Teokratik Kita—2012
  • Bahan yang Berkaitan
  • Perhimpunan Litar yang Membantu Kita Menjaga Kerohanian Kita
    Kerja Teokratik Kita—2009
  • Jagalah Hati Nuranimu
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Pemberian Tuhan kepada Penyebar Kristian
    Kerja Teokratik Kita—2010
  • Firman Tuhan Berguna untuk Mengajar
    Kerja Teokratik Kita—2013
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2012
km 8/12 ms. 2

Jagalah Fikiranmu

1. Apakah tema perhimpunan litar untuk tahun aktiviti penyebaran 2013? Apakah tujuan program ini?

1 Yesus mengarahkan murid-muridnya supaya mengasihi Yehuwa dengan sepenuh hati, jiwa, dan akal. (Mat. 22:37, 38) Konvensyen dan program-program litar tahun ini disediakan untuk membantu kita menguatkan batin. Seperti yang anda tahu, tema konvensyen distrik kita ialah “Jagalah Hatimu!” Tema program hari perhimpunan istimewa untuk tahun aktiviti penyebaran 2013 ialah “Jagalah Hati Nuranimu.” Dan tema perhimpunan litar yang akan bermula bulan depan ialah “Jagalah Fikiranmu,” berdasarkan Matius 22:37. Program ini bertujuan untuk membantu kita masing-masing menilai dan menyelaraskan fikiran sendiri agar lebih menyenangkan hati Yehuwa.

2. Apakah soalan-soalan penting yang akan dijawab sepanjang program?

2 Apa yang akan Disampaikan: Seraya kita mendengar program perhimpunan litar, kita patut mencatatkan jawapan kepada soalan-soalan penting yang berikut:

• Bagaimanakah kita boleh menghindari “fikiran manusia”?

• Bagaimanakah kita dapat membantu menanggalkan selubung yang menutup fikiran orang?

• Apakah sikap mental yang ingin kita pupuk?

• Apakah manfaat yang diraih jika kita merenungkan hal-hal yang baik?

• Bagaimanakah kita boleh mengizinkan Yehuwa membentuk fikiran kita?

• Bagaimanakah suami, isteri, ibu bapa, dan kaum muda dapat menyumbang kepada kebahagiaan keluarga?

• Bagaimanakah kita boleh bersedia untuk hari Yehuwa?

• Apakah erti menyiapkan minda untuk bertindak?

• Apakah manfaat yang diraih oleh mereka yang menerapkan apa yang dipelajari?

3. Mengapakah penting untuk menghadiri seluruh program perhimpunan, memberikan sepenuh perhatian, dan menerapkan apa yang dipelajari?

3 Syaitan sedang melancarkan serangan ke atas fikiran kita dan berusaha mencemarinya. (2 Kor. 11:3) Jadi, kita mesti menjaga dan mengawal fikiran kita. Kita perlu terus mencerminkan fikiran Kristus dan melawan pengaruh dunia yang tidak berakhlak ini. (1 Kor. 2:16) Jadi buatlah aturan untuk menghadiri seluruh program perhimpunan litar. Berikan sepenuh perhatian. Dengan menerapkan maklumat penting ini, kita dapat menyiapkan minda untuk menjalankan khidmat suci dengan bersemangat.—1 Ptr. 1:13.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi