Cadangan Penyampaian
Berita Kerajaan Tuhan No. 38
“Saya sedang menyertai kempen sedunia untuk mengedarkan mesej penting ini. Risalah ini untuk anda.”
Perhatian: Agar dapat meliputi kawasan penyebaran, gunalah penyampaian yang ringkas. Jika terdapat penghuni rumah yang menunjukkan minat dan ingin meneruskan perbualan, anda boleh tanya pendapatnya mengenai soalan pada muka hadapan. Kemudian baca jawapan Bible dan bincangkan beberapa isi yang terdapat dalam risalah sekiranya masa mengizinkan. Sebelum beredar, tunjukkan soalan pada bahagian “Cuba Fikirkan” di belakang risalah dan buatlah aturan untuk kembali dan membincangkan soalan itu.
Menawarkan buku Ajaran Bible:
“Apabila seseorang yang dikasihi meninggal, tidakkah anda setuju bahawa kita ingin berjumpa dengannya lagi? [Izinkan maklum balas.] Ramai orang mendapat kelegaan daripada janji Bible mengenai pembangkitan. [Baca Yohanes 5:28, 29 dan perenggan 16-17 pada muka surat 82.] Bab ini juga menjawab soalan-soalan ini.” Tunjukkan soalan-soalan pengenalan pada muka surat 75 dan buat aturan untuk kembali bagi menjawab salah satu soalan.
Membuat kunjungan kembali:
“Minggu lalu, saya berjanji untuk kembali dan menjawab salah satu soalan yang terdapat pada muka surat 75. Cuba lihat jawapan bagi soalan, ‘Apakah perasaan Yehuwa terhadap pembangkitan orang yang telah mati?’” [Baca perenggan 14 dan 15 serta Ayub 14:13-15]. Tanya penghuni rumah sama ada dia berminat untuk meneruskan perbincangan dan cara menghubunginya.