PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 2/14 ms. 2
  • Tingkatkan Sukacita pada Musim Peringatan!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tingkatkan Sukacita pada Musim Peringatan!
  • Kerja Teokratik Kita—2014
  • Bahan yang Berkaitan
  • Rancanglah Sekarang untuk Menginjil dengan Lebih Giat
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Sudikah Anda Menjadi Perintis Sokongan?
    Kerja Teokratik Kita—2013
  • Musim Peringatan—Peluang untuk Menggiatkan Usaha Anda!
    Kerja Teokratik Kita—2011
  • Umumkan Keunggulan Yehuwa Secara Meluas
    Kerja Teokratik Kita—2007
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2014
km 2/14 ms. 2

Tingkatkan Sukacita pada Musim Peringatan!

1. Apakah salah satu cara untuk tingkatkan sukacita pada musim Peringatan?

1 Mahukah anda tingkatkan sukacita pada bulan Mac, April, dan Mei? Satu cara adalah dengan bergiat dalam aktiviti penyebaran dan jika boleh sertailah khidmat perintis sokongan. Bagaimanakah cara ini dapat meningkatkan sukacita anda?

2. Mengapakah bergiat dalam aktiviti penyebaran dapat meningkatkan sukacita?

2 Tingkatkan Sukacita Anda: Yehuwa mencipta kita dengan keupayaan untuk menikmati sukacita dan kepuasan daripada menyembah-Nya seraya kita memenuhi keperluan rohani semula jadi. (Mat. 5:3) Kita juga dicipta agar menikmati kebahagiaan dengan membantu orang. (Kis. 20:35) Aktiviti penyebaran membolehkan kita menyembah Tuhan dan membantu orang. Maka, meningkatkan usaha dalam aktiviti penyebaran menghasilkan sukacita yang lebih besar. Selain itu, kita mungkin lebih mahir kerana giat menginjil. Kemahiran ini akan menambahkan keyakinan dan mengurangkan perasaan takut. Kita akan mempunyai banyak peluang untuk menginjil dan memulakan pembelajaran Bible. Semua ini menjadikan aktiviti penyebaran lebih seronok.

3. Mengapakah Mac dan April ialah bulan yang sesuai untuk menjadi perintis sokongan?

3 Mac dan April ialah bulan yang sesuai untuk menjadi perintis sokongan, kerana kita boleh memilih untuk merintis sebanyak 30 atau 50 jam. Selain itu, pada Sabtu, 22 Mac, sehingga hari Peringatan pada Isnin, 14 April, kita akan mengambil bahagian dalam kempen yang menggembirakan untuk menjemput orang menghadiri Peringatan. Sidang pasti teruja apabila kita semua bekerjasama meliputi sebanyak mungkin kawasan penyebaran dalam masa yang diperuntukkan.— Zef. 3:9.

4. Apakah yang harus dilakukan jika kita ingin menjadi perintis sokongan?

4 Bersedialah Sekarang: Jika anda belum membuat persediaan, kajilah jadual anda. Buatlah penyesuaian agar dapat bergiat dalam aktiviti penyebaran bagi satu bulan atau lebih. Berdoalah mengenai hal ini. (Yak. 1:5) Bincanglah dengan ahli keluarga serta ahli sidang yang lain. (Ams. 15:22) Walaupun menghadapi masalah kesihatan atau jadual kerja yang sibuk, anda dapat menikmati sukacita dengan menjadi perintis sokongan.

5. Apakah hasilnya jika kita bergiat dalam aktiviti penyebaran pada musim Peringatan ini?

5 Yehuwa ingin hamba-Nya bersukacita. (Mzm. 32:11) Dengan bergiat dalam aktiviti penyebaran pada musim Peringatan ini, kita bukan sahaja meningkatkan sukacita malah dapat menggembirakan Bapa kita di syurga.—Ams. 23:24; 27:11.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi