Musim Peringatan—Peluang untuk Menggiatkan Usaha Anda!
1. Mengapakah kita patut menggiatkan usaha kita sepanjang bulan Mac, April, dan Mei?
1 Dapatkah anda menggiatkan usaha dalam aktiviti penyebaran pada musim Peringatan yang menjelang tiba? Sesetengah penyiar yang bersekolah atau bekerja mempunyai masa cuti yang boleh digunakan untuk aktiviti penyebaran. Bermula 2 April, kita akan mengadakan kempen khas bagi menjemput mereka yang berminat untuk menghadiri sambutan Peringatan bersama kita pada 17 April. Selepas itu, kita akan berusaha memupuk minat mereka yang telah hadir dan mengundang mereka untuk mendengar ceramah istimewa yang akan diberikan pada minggu 25 April. Sememangnya, kita mempunyai banyak sebab untuk menggiatkan usaha kita sepanjang bulan Mac, April, dan Mei.
2. Apakah satu cara yang baik untuk menggiatkan usaha kita dalam aktiviti penyebaran?
2 Perintis Sokongan: Satu cara yang baik untuk menggiatkan usaha kita adalah dengan menjadi perintis sokongan. Memandangkan kita semua sibuk, kita perlu membuat perancangan awal dan mengubah jadual kita. (Ams. 21:5) Mungkin anda dapat menangguhkan beberapa aktiviti yang kurang penting dalam jadual harian anda. (Flp. 1:9-11) Beritahulah saudara saudari lain tentang hasrat anda untuk merintis. Barangkali mereka juga dapat menjadi perintis sokongan bersama anda.
3. Bagaimanakah keluarga dapat merancang untuk menggiatkan usaha mereka?
3 Adalah baik untuk berbincang tentang matlamat-matlamat keluarga anda semasa malam Penyembahan Keluarga yang akan datang. (Ams. 15:22) Dengan adanya kerjasama daripada seluruh keluarga, mungkin sesetengah ahli keluarga dapat menjadi perintis sokongan untuk sekurang-kurangnya satu bulan. Bagaimana pula jika anda sekeluarga tidak dapat berbuat demikian? Keluarga anda masih boleh menggiatkan usaha dengan menyertai kerja penyebaran pada sesetengah hari petang atau dengan meluangkan lebih banyak masa pada hujung minggu.
4. Jika kita menggiatkan usaha kita dalam aktiviti penyebaran pada musim Peringatan ini, apakah berkat yang dapat diperoleh?
4 Yehuwa memperhatikan dan menghargai semua usaha dan pengorbanan yang kita lakukan untuk menyembah-Nya. (Ibr. 6:10) Pemberian kepada Yehuwa dan kepada orang lain membawa sukacita. (1 Taw. 29:9; Kis. 20:35) Bolehkah anda menggiatkan usaha anda pada musim Peringatan ini dan menuai rasa sukacita dan berkat yang berlipat ganda?