KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Membuat Kunjungan Kembali
MENGAPA PENTING: Banyak orang yang berminat terhadap mesej Bible sebenarnya ingin mencari kebenaran tentang Tuhan. (Ul 4:29) Maka, kita harus kembali mencari mereka agar dapat membantu mereka secara beransur- ansur. Memandangkan cabaran setiap orang adalah berbeza, cara kita memupuk minat mereka juga harus berbeza mengikut keadaan. Untuk mengasah kemahiran kita, persiapan rapi amatlah penting. Fikirkan apa yang ingin kita capai setiap kali kita melakukan kunjungan kembali, dan ingat akan matlamat utama kita, iaitu memulakan pembelajaran Bible.
CARANYA:
Berusaha untuk kembali dalam masa beberapa hari.—Mt 13:19
Tunjukkan hormat dan bersikap ramah. Jangan terlalu gementar
Berikan salam dan sebut namanya. Beritahu sebab anda kembali, sama ada untuk menjawab suatu soalan, memberikan majalah yang terkini, menunjukkan laman web kita, memainkan video, atau menawarkan pembelajaran Bible. Ubahlah penyampaian anda jika dia nampaknya berminat tentang topik lain.—Flp 2:4
Siram benih kebenaran dengan mengongsi ayat Bible dan bahan bacaan. (1Ko 3:6) Cuba kenalinya dengan lebih baik lagi
Sediakan asas untuk kunjungan yang seterusnya