PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb17 Mac ms. 5
  • Cara Menggunakan Brosur Dengarlah Cakap Tuhan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Cara Menggunakan Brosur Dengarlah Cakap Tuhan
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bantu Orang Mendengar Cakap Tuhan
    Kerja Teokratik Kita—2012
  • Cara Menggunakan Berita Baik daripada Tuhan!
    Kerja Teokratik Kita—2013
  • Gunakan “Nikmati Hidup Selama-Lamanya!” dalam Kerja Penyebaran
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
  • Salah Satu Cara Menggunakan Brosur Mesej Bible
    Kerja Teokratik Kita—2011
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
mwb17 Mac ms. 5

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Cara Menggunakan Brosur Dengarlah Cakap Tuhan

Dengarlah Cakap Tuhan

Sesetengah orang mungkin berasa susah untuk membaca. Maka, brosur Dengarlah Cakap Tuhan direka khas agar kebenaran Bible dapat diajar dengan menggunakan gambar. Setiap pelajaran mempunyai dua muka surat. Gambar-gambar dalam brosur ini disertai anak panah supaya perbincangan boleh diadakan mengikut urutan.

Gambar-gambar dalam brosur ini juga terdapat dalam brosur Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya. Tetapi, brosur Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya mengandungi lebih banyak teks dan boleh digunakan bersama pelajar yang lebih mahir membaca. Selain itu, terdapat maklumat dalam kotak yang dapat dibincangkan mengikut kemampuan pelajar. Sesetengah penyiar menggunakan brosur ini sebagai rujukan apabila mengajar pelajar Bible yang menggunakan brosur Dengarlah Cakap Tuhan.

Seorang saudari menggunakan brosur Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya sementara pelajar Biblenya menggunakan brosur Dengarlah Cakap Tuhan

Kedua-dua brosur ini boleh ditawarkan pada bila-bila masa. Semasa pembelajaran, gunakanlah gambar-gambar untuk menjelaskan kisah Bible. Tanyalah soalan untuk melibatkan pelajar anda dalam perbincangan itu. Dengan demikian, anda juga dapat mengenal pasti sama ada dia memahami apa yang dipelajarinya. Baca dan bincangkan ayat-ayat Bible pada bahagian bawah setiap halaman. Selepas brosur ini, anda boleh menggunakan buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? untuk membantu pelajar anda membuat kemajuan sehingga dibaptis.

Pelajaran dalam brosur Dengarlah Cakap Tuhan mengenai Adam dan Hawa di Taman Eden
    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi