PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Hari Ini

Khamis, 31 Julai

Teruslah mengenal pasti perkara-perkara yang diperkenankan Tuan kita.​—Ef. 5:10.

Semasa membuat keputusan yang penting, kita perlu “memahami kehendak Yehuwa” dan bertindak selaras dengannya. (Ef. 5:17) Jika kita mencari prinsip Bible yang berkaitan dengan situasi kita, kita sedang mencari nasihat Yehuwa. Apabila kita menerapkan prinsip Yehuwa, kita akan dapat membuat keputusan yang lebih bijak. Musuh kita, “Si Jahat,” mahu kita begitu sibuk dengan hal-hal duniawi sehingga tiada masa untuk berkhidmat kepada Tuhan. (1 Yoh. 5:19) Jika seorang Kristian terlalu bertumpu kepada kekayaan, pendidikan, atau kerjayanya, sehingga tidak memikirkan apa yang dapat dilakukannya untuk Yehuwa, dia sudah diracuni oleh fikiran dunia. Sudah tentu, kekayaan, pendidikan, atau kerjaya bukanlah dosa, tetapi hal-hal ini tidak patut menjadi keutamaan hidup kita. w24.03 24 ¶16-17

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025

Jumaat, 1 Ogos

Orang yang melakukan apa yang benar mengalami banyak kesusahan, tetapi Yehuwa menyelamatkannya daripada semua itu.​—Mzm. 34:19.

Ada dua isi utama dalam mazmur ini: (1) Orang yang berbuat benar akan mengalami kesusahan. (2) Yehuwa akan menyelamatkan kita daripada cubaan. Bagaimana? Satu cara adalah dengan membantu kita berpandangan realistik tentang kehidupan. Yehuwa berjanji bahawa kita akan bersukacita kerana menyembah-Nya, tetapi Dia tidak berkata bahawa hidup kita sekarang akan bebas daripada masalah. (Yes. 66:14) Dia mahu kita bertumpu kepada masa depan, iaitu masanya kita dapat menikmati kehidupan kekal. (2 Kor. 4:​16-18) Sementara itu, Dia membantu kita untuk terus bertabah. (Rat. 3:​22-24) Apakah yang dapat kita belajar daripada umat Yehuwa yang setia pada zaman Bible dan zaman kita? Kita mungkin menghadapi masalah yang tidak terduga, tetapi jika kita bergantung pada Yehuwa, Dia pasti membantu kita.​—Mzm. 55:22. w23.04 14-15 ¶3-4

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025

Sabtu, 2 Ogos

Taat kepada pihak berkuasa.​—Rm. 13:1.

Perhatikan bagaimana Yusuf dan Maria sedia mematuhi pihak berkuasa biarpun tidak senang. (Luk. 2:​1-6) Semasa Maria mengandung hampir sembilan bulan, Agustus, maharaja Empayar Roma, memerintahkan agar semua rakyatnya dibanci. Maka, Yusuf dan Maria perlu membuat perjalanan kira-kira 150 kilometer melalui kawasan yang berbukit ke Betlehem. Perjalanan itu pasti tidak mudah, terutamanya bagi Maria. Yusuf juga mungkin risau tentang keselamatan Maria dan anak dalam rahimnya, yang merupakan Mesias yang dijanjikan. Selain itu, mereka mungkin risau jika Maria tiba-tiba hendak bersalin semasa dalam perjalanan. Adakah Yusuf dan Maria akan menggunakan hal-hal ini sebagai alasan untuk tidak mematuhi perintah tersebut? Walaupun Yusuf dan Maria mungkin risau, mereka tetap mematuhi perintah raja. Hasilnya, Yehuwa memberkati kepatuhan mereka. Maria sampai ke Betlehem dan melahirkan anaknya dengan selamat. Oleh sebab mereka patuh, mereka telah membantu untuk memenuhi nubuat Bible!​—Mi. 5:2. w23.10 8 ¶9; 9 ¶11-12

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari—2025
Selamat Datang.
Laman ini disediakan untuk membantu anda membuat penyelidikan dengan menggunakan bahan bacaan Saksi-Saksi Yehuwa yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa.
Untuk memuat turun bahan bacaan, sila kunjungi jw.org.
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi