PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 12/10 ms. 1
  • Gunakannya pada Setiap Kesempatan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Gunakannya pada Setiap Kesempatan
  • Kerja Teokratik Kita—2010
  • Bahan yang Berkaitan
  • Cadangan Penyampaian
    Kerja Teokratik Kita—2014
  • Risalah Baru Laman Web
    Kerja Teokratik Kita—2014
  • Kempen Pengedaran Risalah Istimewa 20 Oktober–16 November!
    Kerja Teokratik Kita—2008
  • Dapatkah Anda Memulakan Pembelajaran Bible pada Bulan Oktober?
    Kerja Teokratik Kita—2010
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2010
km 12/10 ms. 1

Gunakannya pada Setiap Kesempatan

1. Apakah kegunaan risalah Mengetahui Kebenaran?

1 Risalah Adakah Anda Ingin Mengetahui Kebenaran? direka khas untuk membantu kita memulakan pembelajaran Bible. Risalah ini juga sangat berguna untuk menabur benih kebenaran. (Pkh. 11:6) Cadangan-cadangan berikut dapat membantu kita menggunakannya dengan baik.

2. Bagaimanakah kita dapat menggunakan risalah ini untuk memulakan perbualan?

2 Untuk Memulakan Perbualan: Anda boleh memberikan risalah ini kepada penghuni rumah, menunjukkan enam soalan pada muka hadapan, dan bertanya, “Soalan manakah yang menarik minat anda?” Selepas mendengar jawapannya, bincangkan ajaran Bible yang terdapat dalam risalah dan bacakan salah satu ayat rujukan Bible. Kemudian, baca halaman belakang atau terangkannya secara ringkas, dan tawarkan brosur Dikehendaki. Meskipun penghuni rumah tidak menerima brosur itu, dia telah menerima risalah itu. Dengan ini, benih kebenaran dapat bercambah di hatinya.—Mat. 13:23.

3. Jika penghuni rumah sibuk, apakah yang boleh kita lakukan?

3 Jika Penghuni Rumah Sibuk: Anda boleh berkata, “Jika anda sibuk sekarang, ambilah risalah ini. Di dalamnya terdapat jawapan Bible kepada enam soalan yang penting. Lain kali, beritahulah saya pendapat anda.”

4. Bagaimanakah kita dapat menawarkan risalah ini semasa kesaksian tidak formal?

4 Semasa Kesaksian Tidak Formal: Anda boleh berkata, “Hai, pernahkah anda berfikir tentang soalan-soalan ini? [Izinkan maklum balas.] Risalah ini mengandungi jawapan Bible yang jelas dan ringkas kepada semua soalan ini.” Jika orang itu tidak mengejar masa, anda mungkin dapat membincangkan salah satu jawapan daripada risalah itu dan bahkan menawarkan brosur Dikehendaki.

5. Kadangkala, bagaimanakah kita dapat menggunakan risalah ini apabila penghuni tiada di rumah?

5 Tiada di Rumah: Jika penghuni tiada di rumah, penyiar di sesetengah sidang biasanya meninggalkan bahan bacaan untuk mereka di tempat yang tidak mudah dilihat oleh orang yang lalu-lalang. Sekiranya sidang anda biasa berbuat demikian, bolehkah anda meninggalkan risalah Mengetahui Kebenaran sekali-sekala? Apabila anda kembali, anda boleh berkata, “Anda tiada di rumah semasa kami mengunjungi anda dahulu. Jadi, kami telah meninggalkan risalah ini. Soalan manakah yang menarik minat anda?”

6. Mengapakah risalah Mengetahui Kebenaran amat berkesan dalam kerja penyebaran?

6 Risalah Mengetahui Kebenaran mengajarkan kebenaran dengan mudah dan ringkas. Risalah ini menarik bagi orang dari pelbagai budaya dan agama. Risalah ini mudah ditawarkan; penyiar yang muda dan yang baru juga boleh melakukannya. Adakah anda menggunakannya pada setiap kesempatan?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi